Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

RM 520 JUTA

Dewan Rakyat kembali bersidang di bangunan utama
Dewan Rakyat kembali bersidang di bangunan utama
Keadaan dewan persidangan di kompleks Bangunan Parlimen yang siap untuk digunakan, - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Mesyuarat pertama penggal kelima Parlimen ke-13 yang bermula Isnin ini akan kembali bersidang di bangunan utama Parlimen yang selesai menjalani proses pengubahsuaian dan penambahbaikan sejak 2012.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, projek membaik pulih dan menaik taraf bangunan Parlimen telah siap sepenuhnya dan boleh digunakan pada persidangan kali ini.

"Secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan segala proses penambahbaikan dan persiapan yang telah dibuat. Saya berharap persidangan akan berjalan dengan lebih lancar dan baik di bangunan asal," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Azalina ditemui selepas melakukan tinjauan di bangunan Parlimen yang kini giat menjalani proses pembersihan peringkat akhir selepas kerja-kerja pengubahsuaian dan penambahbaikan siap mengikut fasa yang ditetapkan.

Beliau sempat melawat pusat media yang akan berpindah dari pejabat sementara Blok C ke blok utama bagi memudahkan proses membuat laporan persidangan.

Tinjauan Bernama mendapati bilik sidang media kini ditempatkan di sebelah kiri dewan persidangan khusus untuk sidang akhbar anggota Kabinet dan bilik rehat tetamu dan Ahli Parlimen pula ditempatkan di sebelah kanan dewan.

Dewan persidangan juga kini lebih canggih dan moden dihiasi kerusi dan meja baharu termasuk ukiran kayu di meja hasil tangan anak tempatan, selain lantai beralas permaidani biru yang menambah seri dewan tersebut.

Pelbagai kemudahan dan kelengkapan bangunan Parlimen juga telah siap ditambah baik seperti dewan serba guna, bumbung Blok Utama yang sebelum ini bocor dan tempat letak kereta bawah tanah.   

Bangunan sementara yang sebelum ini digunakan untuk persidangan akan digunakan untuk persidangan lain antaranya Parlimen Belia dan Parlimen Mahasiswa.

Sebelum ini, Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk S A Vigneswaran memaklumkan proses membaik pulih dan mengubah suai kompleks bangunan Parlimen dilaksanakan mengikut pelbagai fasa dan dijangka siap sepenuhnya menjelang 2020 melibatkan anggaran kos RM520 juta.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof dilaporkan berkata, pelaksanaan projek membaik pulih dan menaik taraf bangunan Parlimen dibahagikan kepada tiga fasa membabitkan naik taraf dan ubah suai dewan serbaguna; projek membaik pulih blok utama dan pembinaan blok baru Ahli Parlimen dan pentadbiran.

Fadillah berkata, fasa melibatkan blok utama yang menempatkan Dewan Rakyat dan Dewan Negara telah siap pada Januari 2017 dan persidangan boleh berlangsung semula di tempat asal bermula Mac.

Persidangan Dewan Rakyat akan bermula Isnin ini hingga 6 April selama 20 hari yang akan dirasmikan dalam upacara penuh adat istiadat oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Persidangan bermula dengan perbahasan usul menjunjung kasih selama tujuh hari diikuti dengan perbahasan dan penggulungan usul itu selain sesi khas pertanyaan menteri, soal jawab lisan, sesi kamar khas dan pembentangan rang undang-undang (RUU).

Selepas selesai persidangan Dewan Rakyat, tumpuan akan teralih kepada persidangan Dewan Negara selama 10 hari bermula 17 April hingga 27 April. - Bernama

8 orang berkata:

Anonymous said...

Takde dah citer orang pakai baju warna oren jahat?

Anonymous said...

Cerita orang nak sekeh kepala mufti pun dah tak ada ke?

Anonymous said...

lepas ni saya cadang buat citer tentang DAP banyak 2. kita nak tengok bagaimana budak al keldai al fitnati wa PANngan pertahankan kekasih hatinya bermati2 an. demi mabuk asmara dgn si khinzir, si keldai akan buat apa saje. kah5.

Anonymous said...

Perbanyakkan lagi iklan2 no togel diblog parti ugama ni kerana ahli2 nak cuba kot2 bolih menang 90 jota.

Anonymous said...

al keldai nak cipta fitnah barulah tu. kah 3. fitnah dgn al keldai tak boleh dipisahkan,

Anonymous said...

Hahahaha.....bisu bila citer pasal no.togel.

Anonymous said...

Dlm ruu, kalu ditengkap pakcucing boleh kena denda berapa rm yer?

Anonymous said...

Bangunan parlimen pun dah baru suasana pun ceria, kabarnya microphone pun dah diganti baru. Lepas ni hadi jgn nak dalih buat akal keling lagi ya, nak bentang ruu355 sila bentang betul2, jgn nak tangguh2.

Eh! Jap! Jadi ke hadi bentang usul ruu355 tu? Hahaha

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.