Dewan Rakyat kembali bersidang di bangunan utama
KUALA LUMPUR - Mesyuarat pertama penggal kelima Parlimen ke-13 yang
bermula Isnin ini akan kembali bersidang di bangunan utama Parlimen yang
selesai menjalani proses pengubahsuaian dan penambahbaikan sejak 2012.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said
berkata, projek membaik pulih dan menaik taraf bangunan Parlimen telah
siap sepenuhnya dan boleh digunakan pada persidangan kali ini.
"Secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan segala proses
penambahbaikan dan persiapan yang telah dibuat. Saya berharap
persidangan akan berjalan dengan lebih lancar dan baik di bangunan
asal," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Azalina ditemui selepas melakukan tinjauan di bangunan Parlimen yang
kini giat menjalani proses pembersihan peringkat akhir selepas
kerja-kerja pengubahsuaian dan penambahbaikan siap mengikut fasa yang
ditetapkan.
Beliau sempat melawat pusat media yang akan berpindah dari pejabat
sementara Blok C ke blok utama bagi memudahkan proses membuat laporan
persidangan.
Tinjauan Bernama mendapati bilik sidang media kini ditempatkan di
sebelah kiri dewan persidangan khusus untuk sidang akhbar anggota
Kabinet dan bilik rehat tetamu dan Ahli Parlimen pula ditempatkan di
sebelah kanan dewan.
Dewan persidangan juga kini lebih canggih dan moden dihiasi kerusi dan
meja baharu termasuk ukiran kayu di meja hasil tangan anak tempatan,
selain lantai beralas permaidani biru yang menambah seri dewan tersebut.
Pelbagai kemudahan dan kelengkapan bangunan Parlimen juga telah siap
ditambah baik seperti dewan serba guna, bumbung Blok Utama yang sebelum
ini bocor dan tempat letak kereta bawah tanah.
Bangunan sementara yang sebelum ini digunakan untuk persidangan akan
digunakan untuk persidangan lain antaranya Parlimen Belia dan Parlimen
Mahasiswa.
Sebelum ini, Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk S A Vigneswaran
memaklumkan proses membaik pulih dan mengubah suai kompleks bangunan
Parlimen dilaksanakan mengikut pelbagai fasa dan dijangka siap
sepenuhnya menjelang 2020 melibatkan anggaran kos RM520 juta.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof dilaporkan berkata,
pelaksanaan projek membaik pulih dan menaik taraf bangunan Parlimen
dibahagikan kepada tiga fasa membabitkan naik taraf dan ubah suai dewan
serbaguna; projek membaik pulih blok utama dan pembinaan blok baru Ahli
Parlimen dan pentadbiran.
Fadillah berkata, fasa melibatkan blok utama yang menempatkan Dewan
Rakyat dan Dewan Negara telah siap pada Januari 2017 dan persidangan
boleh berlangsung semula di tempat asal bermula Mac.
Persidangan Dewan Rakyat akan bermula Isnin ini hingga 6 April selama
20 hari yang akan dirasmikan dalam upacara penuh adat istiadat oleh Yang
di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.
Persidangan bermula dengan perbahasan usul menjunjung kasih selama
tujuh hari diikuti dengan perbahasan dan penggulungan usul itu selain
sesi khas pertanyaan menteri, soal jawab lisan, sesi kamar khas dan
pembentangan rang undang-undang (RUU).
Selepas selesai persidangan Dewan Rakyat, tumpuan akan teralih kepada
persidangan Dewan Negara selama 10 hari bermula 17 April hingga 27
April. - Bernama
8 orang berkata:
Takde dah citer orang pakai baju warna oren jahat?
Cerita orang nak sekeh kepala mufti pun dah tak ada ke?
lepas ni saya cadang buat citer tentang DAP banyak 2. kita nak tengok bagaimana budak al keldai al fitnati wa PANngan pertahankan kekasih hatinya bermati2 an. demi mabuk asmara dgn si khinzir, si keldai akan buat apa saje. kah5.
Perbanyakkan lagi iklan2 no togel diblog parti ugama ni kerana ahli2 nak cuba kot2 bolih menang 90 jota.
al keldai nak cipta fitnah barulah tu. kah 3. fitnah dgn al keldai tak boleh dipisahkan,
Hahahaha.....bisu bila citer pasal no.togel.
Dlm ruu, kalu ditengkap pakcucing boleh kena denda berapa rm yer?
Bangunan parlimen pun dah baru suasana pun ceria, kabarnya microphone pun dah diganti baru. Lepas ni hadi jgn nak dalih buat akal keling lagi ya, nak bentang ruu355 sila bentang betul2, jgn nak tangguh2.
Eh! Jap! Jadi ke hadi bentang usul ruu355 tu? Hahaha
Post a Comment