Bersatu mungkin guna plan B
KOTA BHARU - Parti Bersatu tidak menolak kemungkinan saingan tiga
penjuru berlaku jika Pas masih tidak memutuskan sebarang keputusan
berhubung kerjasama antara dua parti itu, kata Ketua Penerangannya,
Datuk Kamarudin Md Nor.
Menurutnya, kerjasama yang wujud antara Bersatu dan Pakatan Harapan
bukanlah satu perkara baharu, malah ia tidak sepatutnya dijadikan alasan
untuk Pas menolak kerjasama dengan parti itu.
"Kita bekerjasama dengan Pakatan Harapan ni bukannya baharu.. tetapi
saya baca kenyataan Datuk Mohd Amar seperti dia menggunakan itu sebagai
alasan untuk menjauhkan Pas dari Bersatu.
"Kita pada awalnya mengharapkan dapat bertanding satu lawan satu
menentang Barisan Nasional (BN) tapi suasana sekarang ini kita terpaksa
menggunakan plan 'B' iaitu lebih dari dua penjuru," katanya selepas
ceramah Perdana Pakatan Harapan kelmarin.
Turut hadir Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad, Penasihat
Amanah Kelantan, Datuk Husam Musa, Datuk Zaid Ibrahim dan pemimpin
tertinggi gabungan Pakatan Harapan.
Beliau diminta mengulas kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar
Nik Abdullah yang memberi gambaran awal tiada sebarang kerjasama dan
perbincangan akan dilakukan dengan Bersatu selepas parti itu mengumumkan
secara rasminya menyertai Pakatan Harapan.
Kamarudin berkata, walau apa pun keputusan Pas, namun Bersatu tetap
meneruskan usaha kerjasama dalam blok pembangkang yang ada kini, selari
dengan hasrat parti itu yang mahu bertanding di semua negeri di
semenanjung Malaysia.
Beliau juga berkata, kini pihaknya sedang menjalankan kajian menyeluruh
melibatkan aspek untuk meletakkan calon terutamanya untuk bertanding di
kawasan parlimen.
"Sekarang ini sedang dalam rangka berunding dengan rakan-rakan dalam
pakatan pembangkang. Kita bukan sekadar mahu bertanding tetapi mahu
pastikan kemenangan dapat dicapai.
"Kita harap ada wakil kita dalam Dun dan Parlimen dan Parlimen sudah
pasti fokus dan keutamaan kita. Kita mahu menang, bukan hanya
bertanding, kalau bertanding 14, menang 14 lah, sebab itu kita mahu
tempat yang kita pilih itu boleh bawa kemenangan," katanya.
7 orang berkata:
Mohon sgt2 bersatu tak kerjasama dgn pondan2 tua tu
Kalu bersatu guna plan B, punah ranah, rahai la parti pongdang
Bersatu parti baru. Baru beberapa hari jer ditubuhkan. Kalau nak dikira bilangan hari rasanya bilangan hari janji Pas nak saman Sarawak Report lagi lama. Janji Pas utk keluar dari kerajaan Selangor pun lagi lama dari umur Bersatu. Kalau kumpul 1 hari 1 ringgit pun belum cukup rm90juta, begitulah mudanya parti Bersatu. Janganlah takut wahai walaunta Pas sekalian, relax laa.
Buatlah apa pon...yg mrembat duit rakyat sbhgian besar tetap org politik..sembang mcm blh pulih negara...politik kencing je kat msia ni....
Kalu brani...istihar harta kpd awam..sblm dan slps jd wakil rakyat...ni kencing je.....baik pmbngkang atau krjaan...brani buat la...
Muda lagi..kalau lama sangat dlm politik kang..jadi politik natang..
Tu la. Mengaku lebai tapi mulut laju je kapirkan org nak tanam kat jirat cina. Perangai syiah dibawaknya.
Post a Comment