Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SUDAH BERAPA LAMA BERSATU MENJADI PARTI POLITIK ?

Bersatu mungkin guna plan B
Bersatu mungkin guna plan B

KOTA BHARU - Parti Bersatu tidak menolak kemungkinan saingan tiga penjuru berlaku jika Pas masih tidak memutuskan sebarang keputusan berhubung kerjasama antara dua parti itu, kata Ketua Penerangannya, Datuk Kamarudin Md Nor.

Menurutnya, kerjasama yang wujud antara Bersatu dan Pakatan Harapan bukanlah satu perkara baharu, malah ia tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk Pas menolak kerjasama dengan parti itu.

"Kita bekerjasama dengan Pakatan Harapan ni bukannya baharu.. tetapi saya baca kenyataan Datuk Mohd Amar seperti dia menggunakan itu sebagai alasan untuk menjauhkan Pas dari Bersatu.

"Kita pada awalnya mengharapkan dapat bertanding satu lawan satu menentang Barisan Nasional (BN) tapi suasana sekarang ini kita terpaksa menggunakan plan 'B' iaitu lebih dari dua penjuru," katanya selepas ceramah Perdana Pakatan Harapan kelmarin.

Turut hadir Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad, Penasihat Amanah Kelantan, Datuk Husam Musa, Datuk Zaid Ibrahim dan pemimpin tertinggi gabungan Pakatan Harapan.


Beliau diminta mengulas kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang memberi gambaran awal tiada sebarang kerjasama dan perbincangan akan dilakukan dengan Bersatu selepas parti itu mengumumkan secara rasminya menyertai Pakatan Harapan.

Kamarudin berkata, walau apa pun keputusan Pas, namun Bersatu tetap meneruskan usaha kerjasama dalam blok pembangkang yang ada kini, selari dengan hasrat parti itu yang mahu bertanding di semua negeri di semenanjung Malaysia.


Beliau juga berkata, kini pihaknya sedang menjalankan kajian menyeluruh melibatkan aspek untuk meletakkan calon terutamanya untuk bertanding di kawasan parlimen.

"Sekarang  ini sedang dalam rangka berunding dengan rakan-rakan dalam pakatan pembangkang. Kita bukan sekadar mahu bertanding tetapi mahu pastikan kemenangan dapat dicapai.

"Kita harap ada wakil kita dalam Dun dan Parlimen dan Parlimen sudah pasti fokus dan keutamaan kita. Kita mahu menang, bukan hanya bertanding, kalau bertanding 14, menang 14 lah, sebab itu kita mahu tempat yang kita pilih itu boleh bawa kemenangan," katanya.
 

7 orang berkata:

Anonymous said...

Mohon sgt2 bersatu tak kerjasama dgn pondan2 tua tu

Anonymous said...

Kalu bersatu guna plan B, punah ranah, rahai la parti pongdang

Anonymous said...

Bersatu parti baru. Baru beberapa hari jer ditubuhkan. Kalau nak dikira bilangan hari rasanya bilangan hari janji Pas nak saman Sarawak Report lagi lama. Janji Pas utk keluar dari kerajaan Selangor pun lagi lama dari umur Bersatu. Kalau kumpul 1 hari 1 ringgit pun belum cukup rm90juta, begitulah mudanya parti Bersatu. Janganlah takut wahai walaunta Pas sekalian, relax laa.

Anonymous said...

Buatlah apa pon...yg mrembat duit rakyat sbhgian besar tetap org politik..sembang mcm blh pulih negara...politik kencing je kat msia ni....

Anonymous said...

Kalu brani...istihar harta kpd awam..sblm dan slps jd wakil rakyat...ni kencing je.....baik pmbngkang atau krjaan...brani buat la...

Anonymous said...

Muda lagi..kalau lama sangat dlm politik kang..jadi politik natang..

Anonymous said...

Tu la. Mengaku lebai tapi mulut laju je kapirkan org nak tanam kat jirat cina. Perangai syiah dibawaknya.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.