Pas sahkan ahli bertambah lebih 4,000 sebulan
SHAH ALAM - Meskipun menerima serangan bertali arus daripada pelbagai pihak, Pas tetap diterima baik oleh rakyat.
Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, sokongan rakyat
terhadap Pas tidak pernah berubah malah keahlian Pas yang semakin
bertambah menjadi bukti yang parti itu tidak pernah 'suram' dalam arena
politik.
Menurutnya, pihak Pas menerima purata keahlian mencecah 4984 ahli pada setiap bulan sejak awal Januari tahun ini.
"Pas dikepung dari segenap arah. Serangan ke atasnya bertali arus.
Fitnah dilemparkan ke arahnya bertubi-tubi. Namun pemimpinnya tenang
sambil memacu perjuangan ini dengan langkah berhati-hati.
"Islam menjadi agenda utama perjuangan Pas. Penyatuan ummah adalah
usaha Pas secara berterusan untuk membina kekuatan. Pas tidak hanya
beraksi lincah di pentas politik tetapi perjuangannya mantap dan
berterusan. Membina akidah yang benar, fikrah Islami yang jelas dan
syakhsiah yang soleh," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya lagi, amalan budaya politik matang dan sejahtera yang menjadi
pendekatan Pas selama ini telah meyakinkan rakyat untuk menyokong
mereka.
"Pas terus istiqamah dan melangkah yakin menuju destinasi dan mencapai
matlamat perjuangan. Menang kalah itu urusan yang akan ditetapkan oleh
ALLAH.
"Tanggungjawab kita adalah berjuang segigihnya untuk menjulang Syariat
Islam dan izzah ummah sekaligus menjamin keharmonian dan kesejahteraan
rakyat berbilang kaum dan agama," ujarnya.
12 orang berkata:
Rafizi sudah dedah nama ahli pas terima dedak 1mdb.
Hadi bila nak dedah nama peguam dap yg berunding di Amerika? Ada telo???
Merosakkan nama baik Pas. Presiden Pas mesti pecat dia.
Ada bran?
Amal makruf nahi mungkar.
Tapi syubahah pun sebat...
"saya tahu sapa tokey pil kuda, hahaha"
Habok pom tarak
"menjamin kerhamonian pelbagai kaum...."
Kelakarnya....
"penyatuan ummah adalah usaha pas yang berterusan..'
Lagi kelakor....
..... Politik matang...
Lawok giler
"namun pemimpinnya tenang....."
Ya, memang tenang. Tenang semasa membarua, mengkafir, mentaik dan membinatangkan org lain.
....fitnah bertubi2..
Memang fitnah;
- membalak sampai licin
- guna duit potongan gaji cikgu
- guna tanah cina buat tugu
- gi Tehran jumpa ayotolola
- tak buat lebuh raya
Nak sebut pun dah jelak
Zaman ini semua orang sudah gila. Kanan kiri dia taram. Depan belakang dia taram.
Ye lah pak walaun..hari tu masa ketua lebai dihina jd ketua beruk..walaun yg dtg terloncat2 kat akhbar mca tak sampai 50ekor pun. Ramai betul penyokong2 Pas ni ye.
Kenapa tak cakap pas terima kemasukan 90 ahli juta sebulan. Kan lagi banyak.
Post a Comment