BERTAMBAH BERAT KES RAFIZI
Pak Karamu-
Ambil tindakan terhadap Rafizi
SHAH ALAM - Persatuan Peguam-Peguam Muslim mendesak agar Penguatkuasa
Agama mengambil tindakan terhadap Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli
atas kenyataan beliau berkaitan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang
Kuasa Jenayah) atau RUU 355.
Presidennya, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, Rafizi mesti bertanggungjawab terhadap apa yang diucapkannya semasa sidang parlimen
'olok-oloknya' itu.
"Kami sangat kesal dengan kenyatan Rafizi tersebut yang tidak berasas
dan tiada statistik yang dikeluarkan bagi menyokong dakwaan beliau, ia
turut menimbulkan fitnah, keraguan dan memperkecil malah menghina
Mahkamah Syariah di Malaysia.
"Oleh itu, PPMM mendesak agar tindakan dapat diambil menurut Akta
Tatacara Jenayah Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan
dimajukan kepada Ketua Pendakwa Syarie agar satu tindakan di bawah
seksyen 210 akta yang sama untuk diambil terhadap Rafizi," katanya
dalam satu kenyataan media, hari ini.
Terdahulu, dalam satu sidang Parlimen 'olok-olok' olehnya, Rafizi ada
membuat kenyataan mendakwa jika RUU 355 dipinda, ramai hakim Mahkamah
Syariah akan menerima rasuah dan lebih ramai akan ditangkap dan ditahan
kerana rasuah berbanding Hakim Mahkamah Sivil.
Mengulas lanjut, Zainul Rijal menasihati agar isu-isu agama tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak.
"Orang Islam hendaklah bersatu suara di dalam isu agama Islam dan tidak
dihambat kepentingan politik semata-mata, isu seperti ini janganlah di
permainkan.
"Umat Islam arus perdana sudah jelak dengan sikap pihak-pihak tertentu
yang tidak sudah-sudah mahu mempolitikkan kepentingan masing-masing
walaupun dalam isu agama," katanya lagi.
12 orang berkata:
Kah kah kah...kalut
Geng umngok dah mula backup Geng pigs
Ini zaman zaman penafian.
Masyaallah
Nafi sudah cukup tak payah saman. Maruah letak di bawah tapak kaki rafizi.
Tang mana pulak rafizi hina mahkamah syariah tu? Dah mcm kuku besi pulak tak boleh bg pandangan bila berbeza pendapat. Entahlah, dunia akhir zaman.
Kalau macamtu hukum mencuri duit pencuri hukuman potong tangan...lobai2 yang terima duit dari hasil mencuri juga hukuman potong tangan.
Saya amat tertarik apabila pemimpin pas semacam gwmbira mendapat peluang membelasah husam dan rafizi berikutan kenyataan rpk yg mengatakan mereka berdua menerima wang jutaan ringgit dr taukeh judi.
Saya sebenarnya simpati kpd pas apabila kata2 watak seperti rpk dipercayai bulat2 dan dijadikan bukti untuk menyerang balas. Saya juga amat simpati berita yg mungkin fitnah itu dipercayai bulat2 kemudian diolah semula untuk disampaikan kpd orang ramai. Berapa banyakkah dosa yg perlu ditanggung untuk penyebar fitnah spt itu.
Membuka keburukan orang sahaja sudah berdosa dan ini baru diulas oleh kepimpinan pas minggu lepas. Bagaimana pula dosanya kalau berita itu fitnah?
Apakah Allah akan memberkati dan redha dgn perbuatan parti spt ini walaupun menggunakan nama Islam? Mudah2an Allah mengampuni dosa2 kita.
Husam dan rafizi dah saman.
Tn haji bila nak saman?
Kepala berserban.
Badan berjubah.
Tangan pegang tasbih.
Tapi kenapa mulut memanjangkan fitnah rpk?
Pergi masuk sekolah agama darjah satu baliklah. Belajar hukum balik. Mungkin dah banyak lupa sbb sibuk baca buku politik.
Aku tabik spring kat orang yg percaya dgn cakap2 rpk.
Aku tabik spring sbb nampak sangat org tu bangang sangat2
Pak karam pun boleh tahan jugak. Percaya kat rpk ni. Siap masuk blog bg satu dunia baca. Banyak saham tu pak karam....
Tak apa. Akhirat tu lain kira. Pak karam muda lagi. Lama lagi nak mati.
RPK - Raja Paling Karut . Dari zaman Reformasi lagi wa tatak percaya ini olang . Sekalang ini haji mau pakai ini olang ke ? Nampak x sekarang ? Jelas lagi bersuluh , yg fitnah di angkat , yg benar di tutup . Lagi mau cilita ......
Post a Comment