Pembangkang belum sedia satu lawan satu dengan BN
KUALA TERENGGANU - Pembangkang seolah-olah belum bersedia mencabar BN
secara satu lawan satu menjelang PRU14, memandangkan belum ada satu kata
putus berhubung perkara itu sehingga kini.
Pemimpin pembangkang termasuk Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk
Mustafa Ali walaupun bersetuju strategi satu lawan satu boleh memberi
kelebihan kepada pembangkang dalam matlamat menjatuhkan kerajaan sedia
ada, namun suasana politik semasa ketika ini tidak memperlihatkan
perkembangan lebih positif ke arah itu.
“Dari sudut menghadapi BN Umno ini, (pertandingan) satu lawan satu
memang lebih baik daripada tiga penjuru. Tetapi adakah ini boleh dicapai
atau tidak, bergantung kepada keadaanlah,” katanya ketika ditemui pada
sidang media di sini, semalam.
Beliau turut menegaskan bahawa perlawanan tiga penjuru hanya akan menyebabkan keuntungan di pihak BN.
Bagaimanapun katanya, sebagai parti yang sudah lama menyertai dunia
pilihan raya, pihaknya tiada masalah kerana dengan jentera akar umbi
yang kuat, kedudukan Pas dalam politik tetap baik berbanding parti-parti
baharu.
Mengulas lanjut, Mustafa berkata, perlawanan tiga penjuru adalah satu
strategi dan bukan prinsip sambil menegaskan bahawa strategi boleh
berubah pada bila-bila masa sahaja.
Beliau bagaimanapun tidak menolak sebarang strategi atau kaedah yang
berpihak kepada pembangkang untuk berhadapan dengan Umno dan BN boleh
berlaku menjelang PRU14.
3 orang berkata:
Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...
Ada ke manusia yg masih percaya ckp mustapha big spender ni? Beruk2 walaun mungkin percaya..
Ada jentera pilihanraya yg kuat pun tak guna kalu tak ada org yg sokong. Tak guna ada ramai ahli yg pandai panjat pokok pasang bendera kalu yg nak sokong cuma ada 30 orang je
Post a Comment