Rafizi berdepan hukuman jika dakwaan tidak benar
SHAH ALAM – Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli bakal berdepan hukuman
sekiranya akuan berkanun yang dilakukannya berhubung dakwaan bekas
pemimpin Pas, Dr Nasharudin Mat Isa menerima dana 1MDB daripada akaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Peguam, Syahredzan Johan berkata, akuan berkanun adalah satu dokumen,
di mana seorang deponen membuat pengakuan sumpah di hadapan Pesuruhjaya
Sumpah mengenai kebenaran pengataan-pengataan yang terkandung di
dalamnya.
“Akaun berkanun ini boleh digunakan sebagai suatu dokumen undang-undang sama di mahkamah sebagai bukti atau dalam urusan rasmi.
“Sekiranya dakwaan Rafizi tidak benar, beliau boleh didakwa di bawah
Kanun Keseksaan Seksyen 199 iaitu membuat kenyataan palsu di dalam suatu
deklarasi yang boleh diterima sebagai keterangan, seperti akaun
berkanun.
“Jika sabit kesalahan, beliau boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun
dan juga boleh dikenakan denda,” katanya kepada Sinar Harian.
Semalam, Sinar Harian cuba mendapatkan penjelasan Nasharudin mengenai
dakwaan Rafizi namun menemui jalan buntu selepas beliau gagal dihubungi.
[ARTIKEL BERKAITAN: Dana 1MDB: Nasharudin 'kunci mulut']
Sebelum ini, Rafizi menerusi sidang media di Ibu Pejabat Invoke,
semalam berkata, pendedahan itu dibuat setelah seminggu beliau mendakwa
ada wang dari akaun peribadi Najib mengalir kepada tokoh yang rapat
dengan pimpinan Pas.
[ARTIKEL BERKAITAN: Rafizi dedah nama tokoh Pas terlibat dengan 1MDB]
Mengulas lanjut, Syahredzan berkata, Rafizi juga berisiko berdepan
hukuman saman fitnah di mahkamah oleh Nasharudin melalui tindakan
undang-undang sivil.
“Tidak ada keperluan khusus untuk Rafizi buat akuan sumpah tersebut
tetapi ia untuk menunjukkan bahawa apa yang beliau dakwa itu adalah
benar.
“Dan beliau bukan sahaja sanggup disaman fitnah tetapi disiasat di
bawah kanun keseksaan dan didakwa di mahkamah sekiranya didapati bahawa
apa yang dikatakan adalah palsu,” katanya.
Sehubungan itu, Syahredzan berpandangan, dakwaan Rafizi sesuatu yang
serius dan pihak yang dinamakan tidak boleh berdiam diri serta perlu
memberi respons terhadap perkara tersebut.
Menurutnya, sekiranya tiada sebarang tindakan undang-undang diambil
terhadap Rafizi, orang ramai akan membuat kesimpulan bahawa apa yang
didakwa olehnya adalah benar.
“Bola di gelanggang Nasharudin pada masa ini dan dia perlu mengambil tindakan di atas dakwaan tersebut,” katanya.
10 orang berkata:
Mapuh lah mu pok KERA..walaunta biol..mkn dedak 90juta..lebai bangsatt
Parti lebai dedak 90juta perasuah pondan. Takut nak saman Rafizi, Husam dan SR. Tak habis2 cakap besar habuk pun tarak.
LEBAI PEROMPAK! BERMODALKAN SERBAN SEMUA ORANG PUJA....HAHAHAHA
“Oleh kerana Rafizi gunakan akuan bersumpah yang ditandatanganinya semalam, maknanya ia bukan tuduhan biasa.
“Oleh kerana kita ini orang politik, setelah apa berlaku ini memberi kesan kepada parti yang kita berada ketika itu, kecuali kita dapat tampil dan bersihkan nama kita.
“Saya harap Nasharudin tampil dan jelaskan. Itu bukan satu pertuduhan seperti di ceramah tetapi pendedahan yang berdasarkan nilai perundangan. Maka ia terpulang kepada Nasharudin untuk tampil ke depan bersihkan nama,” katannya kepada FMT.
Akuan berkanun yang ditandatangani Rafizi semalam mendakwa Nasharudin, yang kini mengetuai Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) tajaan Putrajaya, menerima sejumlah wang yang didakwa berasal dari SRC International, anak syarikat 1MDB yang menjadi fokus kontroversi sejak 2 tahun.
HIDUP PAS - PAS BUKAN AGAMA HANYA SEBUAH PARTI POLITIK. RASUAH ITU HALAL KE?
“PAS banyak keluarkan kenyataan dalam isu 1MDB. Saya sendiri berikan kenyataan dalam isu 1MDB. Isu Nasharudin adalah isu peribadi dia,” katanya.
“Bagi saya pendedahan Rafizi itu bukanlah pendedahan yang mengejutkan PAS. Kenyataan Rafizi itu hanyalah niat buruk. Bagi PAS, kita tidak anggap serius isu ini.” kata Tuan Ibrahim
Kah..kah...kah
Ayuh orang pas kita spin lagi....buat cerita beruk ke....kah...kah...kah
Salute Rafizi, berani buat pendedahan. Ini tindakan org yg bertanggungjawab. Selepas buat pendedahan Rafizi buat akuan bersumpah. Bukan mcm lebai abuduh, cuma pandai buat penafian dalam Facebook.
Ayuh Pas join umno kita jatuhkan PKR, Bersatu, Amanah, Dap.
Kita dah banyak korup walaupun kita dipandang tinggi kerana berserban.
Ayuh bangkitkan isu rasis dan sekular untuk tutup isu berbagai skandal ini secepatnya.
You can do it.
Come on PAS..you can duit.
Dari Umno dia datang, kpd Umno dia kembali.
bodoh ke gila geng pan ni. meracau. merapu aje dia tahu
Yg gila meracau geng pas parti lebai perasuah 90juta..mcm beruk terloncat2 tak cukup dedak.
Post a Comment