Anggap itu semua asam garam politik: Anina
SHAH ALAM - Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Anina Saadudin mendakwa apa
yang berlaku terhadap dirinya merupakan satu asam garam dalam
berkecimpung di arena politik tanah air.
Menurutnya, perjuangannya di dalam bidang politik bukanlah untuk diri sendiri tetapi buat semua rakyat Malaysia juga.
"Setiap ahli politik akan melalui ombak dan badai tetapi saya
bersyukur kerana sokongan rakyat kepada saya tidak pernah berganjak.
"Malahan lebih ramai yang menaruh harapan supaya saya berjaya menentang kerajaan kleptokrasi ini.
"Justeru, saya anggap apa yang berlaku ini hanyalah asam garam dalam perjalanan politik," katanya kepada Sinar Online.
Sebelum ini, bekas Setiausaha Kerja Bersatu, Kamarul Azman Habibur
Rahman mendakwa episod Anina di dalam Bersatu adalah malang sewaktu
sidang media mengumumkan pengunduran beliau dari parti itu.
Menurutnya, Anina merupakan mangsa dalam percaturan politik dan perebutan kuasa di parti tersebut.
Sementara itu, Anina mendakwa beliau kini memandang ke hadapan dan
fokus dengan perjuangan mengundurkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Tun Razak.
"Tidak wajar untuk saya memandang ke belakang, sebaliknya saya perlu
terus menyusun langkah ke hadapan untuk merempuh apa sahaja tembok yang
dibina oleh Najib dalam mempertahankan kuasa kerajaan kleptokrasinya.
"Pesan saya kepada Najib supaya hati-hati dengan harimau yang tidak
takut mati, pantang mengalah, saya kekal bersama (Penasihat Bersatu) Tun
Mahathir Mohamad dan (Presiden Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yasin,"
katanya lagi.
1 orang berkata:
Tanda2 pas akan kalah sudah semakin jelas. Kami tak mampu nak buat apa2. Kami serah pd takdir sajalah. Mungkin elok kalah utk bagi pengajaran kpd pemimpin atas2 yg sudah semakin sombong, angkuh, riak dan takabur.
Post a Comment