JANGAN PULA TAK BUAT LAPORAN PADA SPRM.
JIKA BENAR IA SANGAT DI ALU-ALUKAN.
JIKA TIDAK SAMAN AKAN MENYUSUL.
-Pak Karamu-
Rafizi ucap terima kasih atas teguran Hadi
KUALA LUMPUR - Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menzahirkan ucapan
terima kasih berhubung ingatan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi, yang
meminta beliau bertaubat.
Rafizi yang juga merupakan ahli Parlimen Pandan berkata, beliau sedar
sebagai manusia biasa, beliau tidak akan terlepas daripada melakukan
dosa.
"Seperti mana ingatan Datuk Seri Hadi minta saya bertaubat, saya juga
harap Hadi menerima dengan terbuka ingatan saya mengenai dana 1MDB yang
mengalir dari akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak kepada seorang
tokoh yang rapat dengan pimpinan Pas," katanya kepada Sinar Online.
Beliau berkata demikian bagi mengulas gesaan Hadi yang menyifatkan
tuduhan beliau bahawa Pas menerima dana daripada 1 Malaysia Development
Berhad (1MDB) sebagai pembohongan besar dan tidak berasas.
Sehubungan itu, Abdul Hadi yang juga merupakan Ahli Parlimen Marang meminta agar pemimpin PKR itu segera bertaubat.
[ARTIKEL BERKAITAN: Sudah maafkan, tapi Rafizi perlu bertaubat]
Mengulas lanjut, Rafizi berkata, budaya ingat mengingatkan itu sewajarnya kita suburkan dalam masyarakat.
"Atas kesedaran saya tidak lari dari dosa juga, saya sangat peka kepada
amanah saya sebagai wakil rakyat kerana saya lebih takut kepada ALLAH.
"Sebab itu saya tidak kisah apa pun panggilan asalkan saya sudah buat amanah saya," katanya.
Oleh itu, katanya besar harapannya, agar Hadi bersikap terbuka dengan
bukti yang bakal beliau bentangkan kerana belum terlambat untuk
mengelakkan Pas semakin terjerat dengan muslihat Najib.
Terdahulu, mengenai dakwaannya itu, Rafizi akan membawa bukti kepada pihak SPRM dalam minggu ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: DANA 1MDB: Rafizi sahut cabaran Pas]
1 orang berkata:
Saman.....hahaha
Post a Comment