Ada cubaan ganggu Muktamar Pas ke-63
ALOR SETAR - Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata,
terdapat usaha pihak tertentu untuk mengganggu perjalanan muktamar
tahunan parti, yang berlangsung di Kompeks Pas Kedah di sini.
"Kami kenal siapa yang buat tu sama ada guna poster oren, pamphlet
sebaran di dalam sisipan akhbar itu pun kami kenal dan kami tak
terkejutlah kerana kita mengenali kawan kita lebih daripada mengenali
musuh kita.
"Ia satu tindakan terdesak oleh pihak berkenaan untuk cuba mengganggu perjalanan muktamar kita," katanya kepada pemberita.
Takiyuddin berkata tindakan menggantung patung monyet berserban di
Jalan Tandop, terletak kira-kira lima kilometer dari Kompleks Pas juga
adalah serangan psikologi untuk mengganggu perjalanan muktamar, yang
akan berakhir esok.
"Itu cubaan ganggu tapi saya nampak ahli-ahli kita tenang tidak jadi
emosi dan kita terima itu sebagai satu serangan psikologi dari mereka
yang ingin menimbulkan suasana tidak tenang mungkin untuk mempengaruhi
keputusan pemilihan," katanya.
Poster bersaiz A4 bertajuk "Zuhud Pas" berbaur serangan peribadi
terhadap beberapa pemimpin Pas itu diedar kepada perwakilan, pengunjung
muktamar, malahan diagih kepada orang ramai di kawasan sekitar.
Dalam pada itu, Takiyuddin berkata, Pas bersedia mempertimbangkan wang
saguhati kepada peniaga mahupun orang ramai yang cedera dalam kejadian
ribut yang melanda di sekitar tapak niaga kompleks kira-kira jam 7.30
malam semalam.
"Yang penting, ini bukan kecuaian kita. Pada pandangan saya (peniaga
dan orang ramai yang cedera) tak layak menuntut ganti rugi, apa yang
boleh mungkin kita usahakan saguhati," katanya.
Pada kejadian semalam, sebuah khemah yang menempatkan pameran dan
jualan Kelab Keusahawanan Haraki (KU-Haraki) ranap selepas dipukul ribut
menyebabkan 19 mangsa cedera. - Bernama
4 orang berkata:
Jgn tuduh2 la. Mungkin org hangpa sendri. Taktik geng hangpa depa ikut kot
Ribut yang ganggu tu nak kena maki juga ke Pakkaram?
kapir kanada ko islamkan.
islam malaysia ko kapirkan.
adoi lebai2
Ribut melanda kawasan Muktamar sahaja . Allah dah beri per ingatan ........ Muhassabah lah PAS oiii
Post a Comment