ISLAM BUAT KERJA ISLAM, SYAITAN BUAT KERJA SYAITAN !
FULL STOP.
DI AKHIRAT BIAR TUHAN TENTUKAN TEMPAT
SYAITAN !
FULL STOP.
Pak Karamu
'Syaitan besar, kecil ganggu gelombang RUU 355'
TIDAK diduga betapa pindaan Rang Undang-undang (RUU)
Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 mencetuskan
gelombang besar terhadap perkara yang tersirat di dalam lubuk hati semua
kumpulan terhadap Islam.
Walaupun ia bukan hukum hudud yang selalu dijadikan senjata paling
tajam mengikut tanggapan semua kumpulan anti- Islam, namun tetap
dikaitkan juga. Tujuannya untuk menikam Islam daripada segenap penjuru
dengan hukum ALLAH SWT tersebut, walaupun mereka jahil berkenaannya.
Matlamatnya semata-mata mencacatkan wajah Islam yang murni dan mulia.
Walaupun RUU 355 melalui proses demokrasi paling lembut perjalanannya
melalui parlimen dengan kebijaksanaan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri
Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Mulia menangguh lagi untuk
memanjangkan perbahasannya bagi memberi peluang lebih panjang kepada
semua pihak.
Pas dan semua yang menyokongnya daripada Umno dan lain-lain menerima
dengan terbuka, namun kepada penentangnya laksana batu besar yang
dicampak ke dalam lubuk tenang yang tidak disangka adanya buaya, bukan
sahaja ikannya terkejut gelombangnya.
Tiba-tiba semua menimbulkan diri, termasuk ular dan buaya paling besar
menerkam dengan rakus menempik segala hujah, termasuk mencetuskan
perkara yang tersasul tidak ada kena mengena dengan tajuk RUU 355,
apabila menimbulkan Peraturan Mesyuarat yang tidak menyentuhnya sedikit
pun, niatnya untuk memamah masa supaya tidak ada ruang langsung bagi RUU
355.
RUU 355 adalah perkara Islam yang paling mudah difahami oleh setiap
penganut Islam yang beriman dan budiman walaupun sebesar zarah paling
halus dan paling lemah pegangan agamanya, tetapi rasa kasihkan Islam
masih tersemat di dalam dirinya.
Maka, RUU 355 berjaya sehingga menyatukan semua penganut Islam termasuk
paling jahil agamanya, namun masih wujud jati diri Islamnya tanpa
mengira aliran politik dan pendidikan, kecuali segelintir yang
terpinggir laksana melukut di tepi gantang.
Adapun kalangan bukan Islam yang bersaudara dalam masyarakat majmuk
tidak menghalang kerana punya sifat persaudaraan kemanusiaannya dalam
satu negara yang wajib dihormati, kerana bahasa penjelasannya pula
sangat mudah difahami perlunya bagi umat Islam sahaja, tanpa gangguan
terhadap bukan Islam.
Disebabkan setiap perjalanan menuju Islam itu pasti diganggu oleh
syaitan yang sentiasa mengekori di sepanjang jalan dan masa, termasuk
perkara paling asas dan mudah seperti mengambil wudhu’ dan sembahyang
pun ada was-was syaitan.
Maka, begitulah RUU 355 terus menghadapi gangguan syaitan besar dan
kecil, sekurang-kurangnya mewas-waskan hati manusia. Apatah lagi perkara
Mahkamah Syariah yang hendak dimuliakan itu bergelumang dengan
masyarakat umum yang masih dibejati karat semangat penjajah, menjadikan
RUU 355 diganggu begitu rupa.
ALLAH SWT mendedahkan betapa kalangan bukan Islam yang bermusuh
terhadapnya dan segelintir serpihan kalangan Islam yang ada sifat
munafiq lapuk bersamanya, berpura-pura Islam mencari kesempatan
semata-mata apabila mereka tidak dapat menyembunyikan rasa hati sanubari
mereka kebenciannya terhadap Islam, walaupun penganut Islam menunjukkan
semangat persaudaraan bermasyarakat majmuk.
Firman ALLAH SWT memberi peringatan kepada yang beriman:
﴿هَٰٓأَنتُمۡ أُوْلَآءِ تُحِبُّونَهُمۡ وَلَا يُحِبُّونَكُمۡ
وَتُؤۡمِنُونَ بِٱلۡكِتَٰبِ كُلِّهِۦ وَإِذَا لَقُوكُمۡ قَالُوٓاْ
ءَامَنَّا وَإِذَا خَلَوۡاْ عَضُّواْ عَلَيۡكُمُ ٱلۡأَنَامِلَ مِنَ
ٱلۡغَيۡظِۚ قُلۡ مُوتُواْ بِغَيۡظِكُمۡۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمُۢبِذَاتِ
ٱلصُّدُورِ١١٩﴾ [آل عمران: 119]
“Awaslah! Kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu
sahajalah yang suka (dan percayakan) mereka, sedang mereka tidak suka
kepada kamu. Kamu juga beriman kepada segala kitab ALLAH SWT (sedang
mereka tidak beriman kepada kitab (al-Quran) semuanya.
Dan apabila
mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: Kami beriman, tetapi apabila
mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana
geram marah (kepada kamu), katakanlah (wahai Muhammad): Matilah kamu
dengan kemarahan kamu itu.
Sesungguhnya ALLAH SWT sentiasa mengetahui
akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada)”. (Surah Ali-Imran: 119)
Kini umat Islam dapat meletakkan markah atau kadar suhu kepanasan
kemarahan mereka yang ingin bermusuh terhadap Islam dan membezakan
mereka yang mahu bersahabat bersama umat Islam dalam satu masyarakat
madani.
Namun, umat Islam tetap dilarang memaksa pihak lain dalam urusan
keagamaan dan kemasyarakatnya serta diwajibkan berlaku adil terhadap
semua dengan nas daripada Al-Quran:
﴿يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُواْ قَوَّٰمِينَ لِلَّهِ
شُهَدَآءَ بِٱلۡقِسۡطِۖ وَلَا يَجۡرِمَنَّكُمۡ شَنََٔانُ قَوۡمٍ عَلَىٰٓ
أَلَّا تَعۡدِلُواْۚ ٱعۡدِلُواْ هُوَ أَقۡرَبُ لِلتَّقۡوَىٰۖ وَٱتَّقُواْ
ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ٨﴾[المائدة: 8]
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi
orang-orang yang menegakkan keadilan kerana ALLAH SWT, lagi menerangkan
kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum
itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan.
Hendaklah kamu
berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir
kepada takwa dan bertakwalah kepada ALLAH SWT, sesungguhnya ALLAH Maha
Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan)” (Surah
al-Maidah: 8)
Di Malaysia, kita telah menerima konsep masyarakat majmuk yang
bersaudara, bukannya bermusuh dan kebencian, maka sepatutnya bersikap
saling menghormati di antara satu sama lain.
Apabila RUU 355 adalah
khusus bagi penganut Islam sahaja yang berkewajipan meninggikan
kedudukan agama Islam dari segi meninggikan taraf Mahkamah Syariah yang
berkait dengan penganut Islam sahaja, maka sepatutnya mereka
sekurang-kurangnya berdiam dan bersikap terbuka, tetapi malangnya ada
kalangan yang menunjukkan penentangan dan berkempen bagi menghalangnya,
serta mengugut yang tidak bersamanya.
RUU 355 adalah tangga menaikkan hukum syariat yang dihalang dan dihina
oleh penjajah dahulu dan pintu memperkenalkan sistem kehakiman Islam dan
hukuman Islam yang mendidik penjenayah dan masyarakat. Apabila
ditentang bermakna menghalang jalan ALLAH SWT, keadilan dan rahmat-Nya
kepada seluruh alam, bermaksud mahu meroboh tangga yang menaikkan Islam.
Tindakan menghalangnya adalah satu kezaliman dan kejahatan yang tidak
boleh diizinkan oleh umat Islam dan setiap manusia yang ingin mencari
kebenaran dan kebaikan. Tindakannya juga mengancam perpaduan masyarakat
majmuk dengan maksud melemahkan umat Islam yang menjadi terasnya, tanpa
menghargai sikap Islam yang terbuka dan fleksibel terhadap semua.
Sejarah Islam membuktikan keterbukaan Islam yang tegas pegangannya
boleh menerima kebijaksanaan daripada semua pihak yang tidak bercanggah
dengan maqasid syariah (tujuan mencari kebaikan dan menolak keburukan)
dalam perkara yang tiada ketetapan daripada al-Quran dan Hadis, termasuk
yang datang daripada kebijaksanaan akal, pengalaman dan kajian pihak
yang lain daripada Islam.
Ini menjadikan Islam mewarisi tamadun ilmu paling kaya dalam dunia termasuk dalam aspek perundangan dan sistem kehakiman.
Aspek spiritual yang ada dalam kehakiman Islam berkonsepkan iman dan
taqwa yang tidak ada dalam sistem ciptaan manusia, kerana konsep Islam
bukan sahaja ilmu dan akhlak, menjadikannya mendidik masyarakat bukannya
menghukum. Pendekatannya membawa keberkatan yang mewujudkan keamanan
dan perpaduan masyarakat majmuk yang unggul.
Contohya hukuman sebatan syariat yang tidak mencederakan jasad yang
berbeza dengan sebatan undang-undang sivil yang sangat menyeksakan dan
tidak ada kesan mendidik. Konsep saksi yang adil dalam sistem kehakiman
bermakna tidak fasik dalam sistem kehakiman Islam bersama konsep dosa
besar dan neraka terhadap saksi fasik, kerana tiada dosa dan tanpa
syarat menjaga maruah dalam undang-undang sivil sepatutnya diketahui
oleh semua kalangan pengamal undang-undang dalam proses reformasi
kehakiman yang perlu dihidupkan sepanjang zaman. Ini adalah ruang
daripada RUU 355.
Jelas bahawa kalangan yang menentangnya adalah secara yang disebut
dalam pepatah Melayu laksana membabi buta. Sudahlah babinya najis,
tiba-tiba buta pula.
Maka umat Islam yang bangkit bersatu tidak boleh memberi kemaafan
terhadap mereka. Adapun kalangan bukan Islam yang bersaudara dalam
masyarakat majmuk bermadani wajib menolak parti politik dan semua
kumpulan yang sifatnya sudah tidak adil dalam politiknya, bersifat
cauvinis dan opportunis tanpa perhitungan secara saksama.
Islam tetap mewajipkan keutamaan pendekatan damai dan bersaudara, serta
berhujah secara ilmu dan matang mencari kebenaran. Islam juga
mewajibkan penganutnya tegas dan bijak mencari kebenaran dan
menegakkannya bersama jaminan ALLAH SWT:
﴿يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن تَنصُرُواْ ٱللَّهَ يَنصُرۡكُمۡ
وَيُثَبِّتۡ أَقۡدَامَكُمۡ٧ وَٱلَّذِينَ كَفَرُواْ فَتَعۡسٗا لَّهُمۡ
وَأَضَلَّ أَعۡمَٰلَهُمۡ٨ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمۡ كَرِهُواْ مَآ أَنزَلَ
ٱللَّهُ فَأَحۡبَطَ أَعۡمَٰلَهُمۡ٩﴾[محمد: 7-9]
“Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) ALLAH SWT
nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan
tapak pendirian kamu. (7) Dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir, maka
kecelakaanlah bagi mereka dan (ALLAH SWT) mensia-siakan amal-amal
mereka. (8) Berlakunya yang demikian, kerana sesungguhnya mereka tidak
menyukai apa yang diturunkan oleh ALLAH SWT(mengenai ajaran tauhid dan
hukum-hukum syarak yang diterangkan di dalam al-Quran),
lalu ALLAH SWT
menggugurkan amal-amal mereka) (9)” (Surah Muhammad: 7-9)
“Inilah Penyelesaian Kita”
Abdul Hadi Awang, Presiden Pas.
2 orang berkata:
Apa pulak cerita pasal syaitan. Pikir lah sendiri. Matanglah sikit.
Malas nak layan orang yang budget diri suci.
Apabila org tegur dituduhnya Syaitan.
Syaitan paling besar adalah puak2 berserban munafik peralatkan Islam utk politik kotor, permainkan hukum Allah dan makan rasuah duit curi rakyat marhaen. Nama pun sesuai Parti Ajaran Syaitan.
Post a Comment