Bersatu kesan ahli bermasalah, lakukan sabotaj
ALOR SETAR - Bersatu sudah mengenal pasti segelintir ahlinya yang
bermasalah termasuk disogok habuan wang untuk merosakkan parti itu dari
dalam.
Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, bagaimanapun
tindakan perundangan tidak akan diambil terhadap golongan itu
memandangkan kesemua yang terpalit dengan kontroversi itu sudah
meninggalkan parti.
“Ia melibatkan segelintir ahli parti sahaja, kemungkinan jumlahnya
hanya puluhan yang terlibat dengan perbuatan itu. Namun saya ingin
tegaskan, ia tidak beri kesan buruk kepada parti kerana majoriti ahli
nekad pastikan matlamat untuk selamatkan negara diutamakan,” katanya,
selepas majlis penyerahan watikah kepada Ketua Srikandi Bahagian Bersatu
Kedah, semalam.
Hadir sama, Ketua Srikandi Bersatu, Rina Mohd Harun.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan sumber mendedahkan wujudnya
aktiviti menjual jawatan tertinggi parti itu di beberapa bahagian, dan
ditawarkan jawatan dengan syarat tertentu, selain terpalit dengan
kepimpinan yang tidak bersih seperti pemimpin muflis dan mempunyai rekod
polis, sehingga Bersatu dilabel berdepan masalah kepimpinan yang
serius.
Menurutnya, ia adalah masalah remeh yang sudah diselesaikan.
“Kita juga maklum ada unsur sabotaj oleh satu parti lawan yang
menggalakkan ahlinya sertai Bersatu dengan tujuan memecah belah kita
dari dalam. Hasil siasat segelintir itu turut ditawarkan habuan wang
termasuk tawaran tertentu. Kami ambil pendekatan berhemah untuk tangani
isu ini,” katanya.
Mukhriz berkata, pihaknya turut mempunyai bukti sahih berkenaan isu itu, dan bukannya tuduhan melulu.
“Memang ada bukti yang didedah tanpa sengaja oleh individu terlibat.
Mereka pun sudah umum keluar parti, jadi kami tidak berhasrat ambil
tindakan perunda-ngan,” katanya.
Menurutnya, bagaimanapun bukan semua ahli yang meninggalkan parti itu
terjebak dengan sogokan wang yang ditawarkan pihak ketiga.
“Sebahagian ahli yang keluar ada berikan alasan peribadi atau alasan lain,” katanya.
Mukhriz berkata, parti itu mahu menerapkan budaya lebih sihat kepada
ahlinya sebagai pegangan dengan mengekang budaya makan dedak mahupun
mengampu pemimpin untuk jawatan selain menolak rasuah.
2 orang berkata:
Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...
Wah ada iklan nomor togel
Post a Comment