Pas arah pembangkang jangan tanding 80 kerusi pilihan
SHAH ALAM - Pas 'mengarahkan' seluruh parti pembangkang supaya jangan
masuk bertanding di 80 kerusi pilihannya pada PRU14 akan datang.
Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali
berkata, ia bagi mengelakkan berlakunya pertembungan tiga penjuru
ketika Pas menentang Umno.
"Pakatan Harapan jangan masuk. Amanah jangan masuk. Bersatu pun jangan masuk.
"PKR bertanding di kerusi mereka PRU13. DAP pun sama. Dua penjuru akan berlaku," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Pas meletakkan sasaran untuk bertanding di 80 kerusi Parlimen pada
PRU14 dan tidak menolak kemungkinan bertanding di kerusi tradisi DAP dan
PKR.
Naib Presiden Pas, Idris Ahmad bagaimanapun berkata, angka dan kawasan
baharu belum dimuktamadkan dan perincian itu masih dibuat oleh jentera
pilihan raya sebelum keputusan dimuktamadkan oleh Pas pusat.
[ARTIKEL BERKAITAN: Lembah Pantai, Batu antara 80 Parlimen sasaran Pas]
Bagaimanapun Khairuddin dalam posting Facebooknya semalam sempat
menyatakan kerisauan berhubung pendirian Pakatan Harapan terhadap kerusi
yang dipertandingkan.
"Tapi bersediakah Amanah untuk tidak bertanding pilihanraya?
"Atau bersediakah PKR dan DAP untuk memberikan laluan kepada Amanah di
kerusi mereka tanpa menyentuh kerusi tradisi Pas pada PRU ke 13?"
soalnya.
13 orang berkata:
Dia ni siapa nak bagi arahan ni? Malaysia ni bapak dia punya ker?
Hadoiii
Jika PH berhasrat memerintah malaysia, pH mesti bertanding di semua kerusi. Penyokong pas boleh kira guna jari je. Ramai yg dah lari masuk Amanah.
Insyaallah, PH boleh memenangi pru14 dengan syarat terus mendekati rakyat. Biarkan pas terjun ke laut.
Amin.
Klu bini mung bole ler mung nak arah itu ini. Tapi kami bukang bini mung...
Kami bukang ahli pas lagi. Jadi buat apa kami nak dengar arahang kamu. Pergi mampooooos dgn arahang kamu tu
Belum perintah msia dah berani bagi arahan jangan bertanding. Klu dah perintah msia, agaknya diharamkan bertanding kot
Bengap betol la. Tak waras. Malaysia ni bapak dia sorang yg punyakah?
Ada ke undang2 kat msia ni yg benarkan orang bagi arahan supaya parti lain tak boleh jadi calon pilihanraya? Ini ikut undang2 zimvabwe ker ni?
Arahan ini adalah tanda ke 7 yg menunjukkan pas akan kalah teruk dalam pru14 dan kelantan akan tumbang. Bila dah takut, dah menggeletar lutut, dah bimbang tak dpt bayar ansuran kereta mewah, taktik lain yg digunakan ialah memberi arahan yg bersifat ngok ngek.
Padan muka.
Camner nak bayor kereta besor tu..
Kami ahli parti gabungan PH. Di mana kamu letak calon, di situ pemimpin kami akan datang untuk mengajar kamu cara berpolitik yg sebenar. Arahan kamu tu cuma butir2 taik keldai tua.
Incik sudah cuci kereta audi incik kah? Kalau belum cuci pergilah cuci kereta audi incik tu dulu.
Bagilah org lain jadi calun. Org lain pun nak merasa beli audi jugak. Takkan nak naik audi sorang2
Kau orang yg bodoh2 ni bila PAS keluarkan arahan ikut jer lah. Bodoh !!!
Mintak2 lebai dol tak keluar arahan sapa2 yg lawan calun walaunta boleh tanam kat jirat cina pulak
Post a Comment