Sudah-sudahlah bertahan, kini masa untuk menyerang!
SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kini
sudah tiba masanya bagi mereka yang masih kekal setia bersama BN untuk
bangkit.
Menurutnya, parti itu sudah lama berada dalam mode pertahanan dan kini sudah tiba masanya giliran mereka pula menyerang.
“Pembangkang hanya berpegang pada satu prinsip sahaja iaitu ‘íf you
cannot convince them, confuse them’ (jika tidak boleh menyakinkan
mereka, kelirukan mereka). Taktik kotor mereka amat jelas.
“Jika mereka tidak dapat menyakinkan pengundi agar mempercayai
janji-janji kosong atau kata -kata manis, modus operandi adalah untuk
mengelirukan rakyat agar menimbulkan ketidakpercayaan serta kemarahan
terhadap kerajaan BN.
“Kita sudah lama berada dalam ‘defensive mode’ (mode pertahanan).
Cukuplah, tiba masanya untuk kita menyerang!," tulis Pengerusi BN itu
dalam blog miliknya.
Sebelum ini, Najib pernah mengeluarkan kenyataan mengatakan setiap
berita atau dakwaan terhadap sesuatu isu disebarkan pembangkang terutama
menjelang PRU14 tidak boleh diterima bulat-bulat sebaliknya perlu
diselidik terlebih dalulu bagi membuktikan kesahihannya.
[ARTIKEL BERKAITAN: Selidik dahulu berita disebarkan pembangkang]
Tindakan itu penting bagi mengelak terperangkap dengan agenda
pembangkang yang sentiasa mmenanam rasa benci rakyat kepada kerajaan.
Katanya, berita dan dakwaan tidak benar dimainkan pembangkang sebagai
modal politik boleh menjejaskan masa depan negara sekiranya rakyat yang
termakan dakyah mereka membuat keputusan silap pada PRU akan datang.
Tambah Najib lagi, medan perang kini juga sudah berubah di mana ia
tidak lagi berada dalam bentuk fizikal atau bersemuka tetapi menggunakan
alam maya atau ruang siber.
“Saya berkeyakinan tinggi para aktivis media sosial kita ini juga akan
terus memainkan peranan mempertahan kerajaan dan membantu mengekalkan BN
di Putrajaya.
“Bagaimanapun, saya menyeru kepada semua untuk mengelakkan pertelagahan
sesama sendiri dan kekal komited kepada perjuangan menegakkan BN.
“Kemudian, kita juga harus memperluaskan lagi rangkaian alam maya agar
mesej dapat dikongsi kepada rakyat dapat tersebar lebih luas dan
jadikan PRU13 sebagai iktibar dan pengajaran,” katanya lagi.
8 orang berkata:
InsyaAllah pas akan selamat sbb pas sudah byk tolong umno. Jgn risau sgt dgn umno sbb umno dan pas dah kawan rapat. Apa yg umno suka, pas suka. Apa yg umno tak suka, pas pun tak suka.
Insyaallah, umno hanya akan serang dap, pkr, amanah dan bersatu. Jadi pas pun perlu bantu umno untuk serang musuh yg sama.
Klu ada rezeki, presiden boleh jadi tpm, nik abduh boleh jadi menteri agama dan nik amar jadi menteri komunikasi.
Takbir
Kesian pas sebab nak bayar bil letrik pun tak ada duit dlm akaun. Kenapa nasa tak tolong bantu bayar bil elektrik pejabat pas? Jgnlah makan sorang2
Rafizi bersyukur sbb Nasa ahli pas nak saman dia. No akaun akan keluar dalam mahkamah.
Insya Allah.. PH akan berkubur dan Pan lenyap tanpa nisan.
Pas kena berbaik dan join dgn umno kalau presiden bercita2 tinggi nak jadi tpm atau pm
Ialah.. kalau balaci boleh lah dapat bantuan dari kapir harbi.
Puak budget Alim Ulamak pun makan duit rasuah.
Mcm VAVI
AMANAT HADI skrg LAHANAT HADI dan PAS.
Post a Comment