SIAPA TOPET ???
RUU355 dijangka dibentang 6 April: TPM
RUU355 dijangka dibentang 6 April: TPM
PETALING JAYA - Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah
(Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 dijangka dibentangkan di Dewan
Rakyat pada 6 April ini.
Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid
Hamidi berkata, ia tertakluk kepada budi bicara Yang Dipertua Dewan
Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Menurutnya, keputusan untuk membentangkan RUU 355 diserahkan kepada
budi bicara Speaker sama ada tempoh huraian pindaan ini diberi
secukupnya dan juga perbahasan akan dibuat atau sebaliknya.
"Tetapi saya yakin pengundian tidak akan dilakukan, walau bagaimanapun
terserah kepada Speaker untuk menentukan tatacara di dalam persidangan
dewan itu diikuti budi bicaranya,"katanya selepas mempengerusikan
Mesyuarat Agung Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), ke 24 di
sini hari ini.
Beliau berkata, kini RUU 355 akan dibentangkan oleh Ahli Parlimen
Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai rang undang-undang
persendirian.
"Peluang untuk membentangkan RUU 355 adalah selepas semua urusan
kerajaan selesai, persidangan Dewan Rakyat kali ini akan berakhir pada 6
April,"katanya.
Tegas Ahmad Zahid, Dewan Rakyat mempunyai perundangan rasmi untuk
menggunakan kuasa Speaker bagi menentukan sama ada RUU 355 boleh
dibentangkan sebagai usul persendirian atau melalui tatacara.
Terdahulu, bekas anggota parlimen Benut, Mohamed Tawfik Ismail,
mengemukakan permohonan mendapatkan pengisytiharan mahkamah dengan
mendakwa usul meminda Akta 355 yang dibawa Abdul Hadi Awang di Dewan
Rakyat sebagai bercanggah dengan perlembagaan.
"Saya menyedari apa yang dibuat oleh Mohamed Tawfik, dan itu adalah hak
dia sebagai rakyat untuk melakukan tindakan mahkamah,"katanya.
Dalam permohonannya Mohamed Tawfik mendakwa, usul Presiden Pas itu akan
memberi kesan perundangan kepada dasar negara berkait undang-undang
jenayah sekali gus memberi kesan kepada orang Islam dan bukan Islam di
Malaysia.
Mohamed Tawfik memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur supaya
melarang Dewan Rakyat memberi laluan kepada usul Abdul Hadi atau
sebarang usul lain yang ada kaitan dengan Akta 355 sama ada dibentang
atau dibahaskan
0 orang berkata:
Post a Comment