Rafizi dedah nama tokoh Pas terlibat dengan 1MDB
SUNGAI BESI - Naib presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa bekas pemimpin
Pas, Dr Nasharudin Mat Isa menerima dana 1MDB daripada akaun Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Pendedahan itu dibuat menerusi sidang media di Ibu Pejabat Invoke, di sini, hari ini.
Menurut Mohd Rafizi, pendedahan itu dibuat setelah seminggu beliau
mendakwa ada wang dari akaun peribadi Najib mengalir kepada tokoh yang
rapat dengan pimpinan Pas.
Difahamkan, Mohd Rafizi juga membuat akuan berkanun berhubung perkara itu.
"Siasatan SPRM ke atas SRC International Sdn Bhd mendapati sejumlah
dana syarikat itu telah dipindahkan ke akaun peribadi Najib. Daripada
akaun Najib, terdapat bayaran kepada peguam tertentu.
"SPRM telah menyoal siasat peguam tersebut dan mendapatkan bukti
tokoh-tokoh yang dibayar menggunakan wang SRC International Sdn Bhd yang
disalurkan melalui peguam tersebut.
"Salah seorang penerima bayaran daripada peguam tersebut adalah Nasharudin," katanya dalam sidang media tersebut.
Menurut Mohd Rafizi lagi, maklumat mengenai dakwaan tersebut didedahkan
oleh seorang kenalannya yang juga merupakan bekas pegawai kanan SPRM.
"Pada 28 Januari lalu, saya bertemu dengan seorang bekas pegawai kanan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk bertanya khabar
setelah beliau bersara daripada perkhidmatan kerajaan. Itu adalah kali
pertama kami berkomunikasi baik secara elektronik mahupun bersua muka.
"Beliau adalah pegawai SPRM terkanan mengetuai siasatan ke atas dana
1MDB dan keterlibatan Najib dalam skandal tersebut. Oleh itu, beliau
mempunyai maklumat yang sahih dan terperinci mengenai siasatan dan
aliran dana daripada 1MDB ke akaun peribadi Najib, seterusnya ke akaun
tokoh politik lain," katanya lagi.
Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya akan ke SPRM esok pada jam 11 pagi bagi membuat laporan berhubung perkara berkenaan.
Beliau turut menyarankan mana-mana pihak tampil membuat laporan polis jika tidak berpuas hati dengan pendedahan yang dibuat.
"Kepada mereka yang banyak cekadak di luar sana, melalak di Facebook
tidak akan mendatangkan hasil. Saya minta mereka buat laporan polis,"
tegasnya.
7 orang berkata:
Uih....Nasa tu ahli pas yer? Apa teruk sgt parti? Ahli makang dedak pong tak pecat.
Haishhhh...Ahli parti agama pun cilok duit
Dlm muktamar pas di kedah akan datang, presiden wajib bertindak spt berikut:
1. Pecat ahli pas yg terima duit itu.
2. Tanya semua perwakilan sama ada yg dah terima duit dr bekas pemimpin itu.
3. Klu ada, tanya duit tu guna utk apa.
Saya akan hadir untuk bertanya soalan itu jika perkara ini tidak dibincang dlm muktamar.
Sibuk berpolitiking sampaikang ahli makang belakang pung tak perasang.
Pecat sja. Semua selesai. Tak kang nak dukung biawak hidup
Patutlah arwah TGNA marah sangat kat mamat neh
PAS mmg rasa tak terkesan pun skrg. Sejak TGNA tiada PAS dah jd Parti Ajaran Syaitan.
Post a Comment