Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MAHUKAH KERAJAAN BN TUMBANG KERANA 1MDB ?


1MDB: Kerajaan jangan hidup dalam sindrom penafian
Mahfodz Mohamed
Mahfodz Mohamed
 
ALOR SETAR - Dewan Ulama Pas Pusat mendesak kerajaan agar tidak terus berada dalam sindrom penafian berhubung isu 1MDB.

Ketuanya, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, siasatan perlu dilakukan susulan beberapa petunjuk menunjukkan berlaku salah guna kuasa.

"Kami bimbang kerajaan terus berhutang yang  majoritinya atas riba. Perbuatan itu mengundang  peperangan dengan ALLAH SWT selain menolak keberkatan negara," katanya, ketika menyampaikan ucaptama pada Muktamar Pas Pusat, di Sekolah Rendah Islam Darul Ulum (Sridu).

Menurutnya, kerajaan BN didakwa mentadbir negara tanpa takwa sehingga berlaku pelbagai kemudaratan dalam negara.

"Pemerintahan yang utamakan kekayaan dan langgar tadbir urus yang baik seperti kes 1MDB, bebanan hutang AS$11 bilion menyumbang kepada kegawatan negara dan rakyat yang tanggung  bebannya, pelabur pula hilang keyakinan," katanya.

Mahfodz berkata, pelbagai ancaman yang berlaku dalam negara langsung tidak menimbulkan  kegerunan pada kerajaan BN.

"Sepatutnya kerajaan yang bawa konsep wassatiyah guna pndekatan patuh syariah. Negara yang baik dan sejahtera beroleh keberkatan ALLAH SWT dan terhasil dari pemerintahan tadbir urus yang baik," katanya.

Menurutnya, serangan pemikiran yang menongkah penghayatan akidah akan terus menjadi cabaran sama ada peringkat individu mahupun organisasi.

 "Dibimbangi unsur itu menyerap dalam kerajaan BN yang dilihat gagal bina negara sejhtera selain pelbagai kerosakan serta kegawatan ekonomi namun tidak menginsafkan BN untuk jadikan Islam sebagai panduan," katanya.
 

1 orang berkata:

Anonymous said...

BN tak ada kena mengena. Target Kita ialah menumbangkan kelantan. Jangan bagi satu kerusi pun kpd pas di malaysia. Kita mesti kalahkan hadi dan geng2nya. Biar dia insaf dgn apa yg dia dah buat.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.