Hadi Awang, Tuan Ibrahim menang tanpa bertanding
KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan
Timbalannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengekalkan jawatan
masing-masing apabila menang tanpa bertanding selepas proses pencalonan
bagi Muktamar ke-63 parti itu.
Hadi, 69, memegang jawatan Presiden Pas sejak 2002 menggantikan
Allahyarham Datuk Dr Fadzil Noor manakala Tuan Ibrahim, 56, memegang
jawatan nombor dua parti sejak 2015.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan
menerusi laman Facebook rasmi parti itu berkata, Muktamar Pas Pusat
ke-63 akan diadakan di Kedah pada 29 April hingga 1 Mei ini, bagi
memilih barisan kepimpinan sesi 2017/2019 untuk menghadapi PRU14.
Sebelum itu, Dewan-Dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat akan mengadakan
Muktamar di peringkat masing-masing mulai 27 April ini.
"Setelah pencalonan ditutup, jawatan Pengerusi Tetap yang disandang
Hussin Ismail dan Timbalan Pengerusi Tetap (Kamal Shaari), Presiden dan
Timbalan Presiden telah dimenangi tanpa bertanding oleh penyandang.
"Terdapat lima calon untuk jawatan Naib Presiden termasuk tiga
penyandang sebelum ini dan 40 orang telah dicalonkan untuk 18 jawatan
anggota Jawatankuasa PAS Pusat untuk dipilih oleh perwakilan," kata
Takiyiddin.
Tiga penyandang Naib Presiden ialah Ahli Parlimen Bukit Gantang Idris
Ahmad; Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah;
dan Exco Kanan Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad.
Turut dicalonkan bagi jawatan Naib Presiden ialah Ketua Penerangan Pas
yang juga Ahli Parlimen Temerloh, Nasruddin Hassan; serta Takiyuddin
yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu.
Takiyuddin berkata, calon tersenarai yang menerima pencalonan masing-masing dikehendaki membuat pengesahan sebelum 17 April.
Menurut Takiyuddin, peraturan pemilihan kali ini memerlukan
sekurang-kurangnya 10 pencalonan untuk layak disenaraikan sebagai calon
pada pemilihan kali ini berbanding dengan dua pencalonan sebelum ini. -
Bernama
2 orang berkata:
Parti lebai pondan rupanya.
Tak ada kena mengena pun. Kita suka hadi memang sbb senang nak ambik kelantan. Klu hadi menang, pas kuat balik.
Post a Comment