Isu karikatur: Sensitiviti antara kaum perlu dijaga
SHAH ALAM - “Bahaya jika kita tidak menjaga sensitiviti antara kaum,”
demikian kata Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF),
Datuk Seri Ayub Yaakob bagi mengulas lakaran karikatur daripada akhbar
berbahasa Cina yang dilihat menghina Islam.
Beliau berkata, jika perkara sebegini dibiarkan , ia akan menimbulkan
suasana yang tidak baik di negara majmuk seperti Malaysia.
Menurutnya, jika bercakap tentang perpaduan mungkin ia nampak senang,
tapi di negara kita ini sepatutnya menggunakan kepelbagaian anugerah
yang ada di dalam memakmurkan negara seperti makanan.
“Pelbagai jenis makanan ada..makanan Cina, Melayu dan India semua boleh didapati di Negara kita.
“Jadi bercakap tentang itu, kefahaman penting dalam kepelbagaian ini
kerana hubungan komuniti sangat penting,” katanya ketika ditemui semasa
hadir ke Kompleks Kumpulan Karangkraf, hari ini.
Tambahnya, beberapa inisiatif dapat dilakukan bagi mengeratkan hubungan
antara kaum ini seperti mewujudkan aktiviti sukan dan kokurikulum yang
dilakukan bersama di pelbagai peringkat. Ini dapat memberi ruang anak
muda bergaul dan mengenal bangsa lain serta mampu memupuk rasa hormat
sesama mereka.
Jelasnya, perkara ini mampu menjadi ‘tambah nilai’ yang penting dalam tatanegara.
“Tidak tolak kemungkinan isu-isu sebegini mungkin ada agenda tertentu
oleh pihak-pihak berkaitan, jika kita tidak jaga sensitiviti ini, ia
berbahaya untuk perpaduan kita,” katanya.
Dalam pada itu, beliau menyokong langkah Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang memanggil pengarang akhbar terbabit.
Katanya, baginya, ia penting sebagai pengajaran kepada semua pihak bagi
memastikan agar tidak melakukan perkara-perkara yang melepasi garisan
yang ditetapkan.
Dalam pada itu, Ayub turut memberi pandangan tentang isu-isu berkaitan laporan orang hilang.
“Sebenarnya kita ambil utama kepada kes-kes sebegini. Sistem yang ada
pada Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah menyeluruh dan dalam beberapa
saat maklumat akan disebar oleh sistem sehingga ke sempadan bagi
mengesan mangsa.
“Saya nasihatkan kepada orang ramai, jika ada spekulasi yang tidak
sahih usah dipanjangkan bagi mengelakkan ianya berlanjutan. Biar polis
jalankan siasatan dahulu bagi mengetahui punca dan kejadian sebenar,”
katanya.
4 orang berkata:
Berok
Beruk atas pokok
Hadi nate beruk atas pokok
Jadi DAP ini anak butir taik PAP. (Saya) sebut dengan bahasa yang kasar sikit, ini dia," ucapan hj Hadi di majlis ceramah perdana sempena kejayaan pembentangan rang undang-undang meminda Akta 355 (RUU355).
Apakah kerana karikatur yang disiarkan akhbar yang Nanyang Siang... maka Tok Lebai Marang ingat akhbar tu ada kaitan dengan Lim Kit Siang? Kah! Kah! Kah!
Kenapa nak marah DAP pula , akhbar tu milik MCA, rakan kongsi Umno yang Pas memang sokong!
Malulah dengan orang bukan-Islam kalau beginilah akhlak seorang ulama apa lagi apabila seorang yang diberi gelar Tuan Guru tapi memaparkan akhlk yang sangat buruk.
Post a Comment