Tuduhan Rafizi fitnah, berniat jahat: Nasharudin
SHAH ALAM - Bekas Timbalan Presiden Pas, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa
menafikan ada kaitan berhubung dakwaan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli
yang mengaitkan beliau dengan isu penerimaan dana 1MDB daripada akaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Saya dengan ini menegaskan bahawa segala pernyataan beliau yang
melibatkan saya adalah tidak benar malah kenyataannya itu adalah fitnah
dan berniat jahat kepada saya serta Pas.
"Saya dengan ini juga menafikan dengan sekeras-kerasnya pernah menerima
apa jua bentuk bayaran atau sumbangan daripada sumber-sumber seperti
yang dinyatakan oleh beliau melalui tuduhan yang tidak berasas dalam
Kenyataan Bersumpah (SD) tersebut," katanya dalam satu kenyataan, hari
ini.
Semalam, Rafizi menerusi sidang media di Ibu Pejabat Invoke berkata,
pendedahan itu dibuat setelah seminggu beliau mendakwa ada wang dari
akaun peribadi Najib mengalir kepada tokoh yang rapat dengan pimpinan
Pas.
[ARTIKEL BERKAITAN: Rafizi dedah nama tokoh Pas terlibat dengan 1MDB]
Sementara itu, tambah Nasharudin lagi, beliau bersedia untuk
bekerjasama dalam sebarang siasatan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM).
"Saya juga telah menyerahkan kepada pasukan peguam untuk langkah
seterusnya termasuk memulakan tindakan undang-undang dan apa jua
tindakan menurut lunas undang-undang yang mana dianggap wajar dan suai
manfaat," tegas beliau lagi.
5 orang berkata:
Najib dah chop hari selasa..nasha nak sanan hari apa?
Hari isnin blm ada org chop. Bole la tu
Saman lah Rafizi tunggu kat mahkamah...Husam hari2 tunggu takde juga...senasiblah dgn SR.
bodoh babi lah lebai
yeezy shoes
nike flyknit racer
http://www.kobebasketballshoes.us.com
basketball shoes
chrome hearts online
michael kors outlet
balenciaga sneakers
nike shoes
lacoste outlet
vibram fivefingers
Post a Comment