TIADA SESIAPA YANG BOLEH MEMACU NASA
BUAT SESUATU.
FULL STOP.
JIKA RAFIZI BUAT LAPORAN KEPADA SPRM
BIAR SPRM TENTUKAN PERATURAN YANG
MEREKA ADA
FULL STOP.
PENGADU TIADA HAK PAKSA NASA BUAT SESUATU
FULL STOP.
APA YANG PENTING NASA WAJIB BERTINDAK
KERANA NAMANYA TELAH TERCEMAR
FULL STOP.
ANDAINYA NASA TELAH MELAKUKAN SESUATU KESALAHAN, MAKA DIA KENA TANGGUNG SENDIRI
BIAR MAHKAMAH TENTUKAN.
FULL STOP.
Pak Karamu
'Sebelum saman saya, buat dulu akuan berkanun'
SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli sentiasa bersedia sekiranya
Datuk Dr Nasharudin Mat Isa mahu mengambil tindakan perundangan
terhadapnya berhubung dakwaan bekas Timbalan Presiden Pas itu mendapat
dana 1MDB daripada akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, sekiranya beliau disaman 'itulah masa yang ditungu-tunggu olehnya'.
"Jika beliau (Nasharudin) ingin menyaman saya, saya akan menunggu untuk
menyoal siasat beliau di dalam kandang saksi kerana orang yang menyaman
adalah orang yang pertama yang perlu beri keterangan di dalam kandang
saksi.
"Saya ada beratus-ratus soalan yang akan ditanyakan mengenai
penglibatan beliau dalam melobi pimpinan Pas supaya menjadi lunak dengan
pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, sehingga Pas dilihat tidak
lantang memperjuangkan keamanahan Perdana Menteri dalam skandal 1MDB,"
katanya dalam satu kenyataan hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Rafizi dedah nama tokoh Pas terlibat dengan 1MDB]
Semalam, Nasharudin menafikan ada kaitan berhubung dakwaan Rafizi yang mengaitkan beliau dengan isu penerimaan dana tersebut.
Ujarnya, kenyataan Rafizi yang mengaitkan beliau dengan isu itu adalah
tidak benar malah kenyataannya itu adalah fitnah dan berniat jahat
kepadanya dan Pas.
Oleh itu, beliau menafikan dengan sekeras-kerasnya pernah menerima apa
jua bentuk bayaran atau sumbangan daripada sumber-sumber seperti yang
dinyatakan oleh Rafizi.
Tambah Nasharudin lagi, beliau bersedia untuk bekerjasama dalam
sebarang siasatan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM).
Ujarnya lagi, beliau juga telah menyerahkan kepada pasukan peguam untuk
langkah seterusnya termasuk memulakan tindakan undang-undang dan apa
jua tindakan menurut lunas undang-undang yang mana dianggap wajar dan
suai manfaat.
[ARTIKEL BERKAITAN: Tuduhan Rafizi fitnah, berniat jahat: Nasharudin]
Mengulas lanjut, Rafizi berkata, sementara menunggu proses saman yang
mungkin memakan masa, beliau menyarankan Nasharudin mengambil jalan
yang lebih mudah dan menunjukkan keyakinan kepada 'kebenaran yang kita
pegang'.
"Saya sarankan Nasharudin membuat satu akuan berkanun mengisytiharkan
semua harta, pendapatan dan sumbangan kepada beliau secara peribadi
serta semua organisasi yang beliau terajui seperti Yayasan Nassar dan
mana-mana projek lain," katanya.
Kata Rafizi lagi, Nasharudin juga perlu perincikan di dalam akuan
berkanun bagaimana harta, pendapatan dan sumbangan ini dibelanjakan dan
kepada siapa wang yang disumbangkan kepada beliau dibelanjakan.
"Saya sarankan beliau buat akuan berkanun itu bagi setiap tahun dari tahun 2012 ke atas sehingga 2017.
"Pengisytiharan itu tidaklah susah kerana saya melakukannya setiap
tahun, tetapi beliau perlu juga sedar ada beratus akauntan dan peguam
yang akan meneliti satu persatu ayat di dalam akuan berkanun itu. Jika
ada maklumat yang tidak tepat, akan ada rakyat Malaysia yang membuat
laporan polis terhadap beliau dan beliau boleh dipenjara," katanya lagi.
Tambah Rafizi, beliau yakin dengan kebenaran maklumat yang beliau terima dan harta yang beliau isytiharkan.
"Sebab itu saya menggunakan kaedah Akuan Berkanun sepanjang masa," katanya.
Katanya, kalau Nasharudin juga yakin beliau tidak menerima satu sen pun
dari mana-mana sumber yang berasal dari SRC Internasional Sdn Bhd,
beliau perlu mengisytiharkan pendapatan, harta dan semua sumbangan yang
diterima beliau dalam bentuk akuan berkanun dengan segera.
15 orang berkata:
Fizi....
Janganlah ko bagi tekanan yg begitu tinggi kat nasa. Kesian aku tengok nasa mcm tu. Berilah dia ketenangan dan kebahagiaan hidup di dunia yg fana ini.
Bodoh dan bacul... itu lah yang sesuai .. dah tuduh orang tanpa bukti. Pastu suruh pulak orang yang dituduh saman..
Kalau awak nak tahu berapa jumlah, bila, di mana, no akaun, kpd siapa dia pergi, utk belanja apa dll, ko kena suruh dia saman rafizi dan husam. Kat mahkamah semua detail tu boleh dpt. Ada undang2 yg boleh suruh rafizi, husam dan sprm buka mulut.
Harap awak fahamlah ye.
Tapi kalau nak senang lagi, ko suruh sje pas saman.
Nak bukti yg kukuh, sila saman di mahkamah. Jgan cuma tahu menyalak. Cuma org dan parti bacul dan pondan sja yg tak nak saman bila maruah dah jatuh bawah tapak kaki. Jgn cuma jadi jantan di facebook dan ceramah politik shj...
Tuduhan dah dibuat melalui akaun bersumpah. Bukan melalui facebook. Penafian tertuduh juga sudah dibuat tapi bukan melalui akuan bersumpah. Rakyat boleh menilai.
ZAMAN INI ZAMAN PENAFIAN. ORANG TAKUT MASUK MAHKAMAH. PENAFIAN GUNA FACEBOOK PUN SUDAH CUKUP???
Janganlah risau. Kesalahan ini tidak ada dalam ruu 355 persendirian hadi. InsyaAllah selamat la tu...relak la.
Anak muda yg baik
Hahaha senang betul hidup sebagai lebai, ostat dan olamak ni yer. Mentekedarah duit juta2 lepas tu cuma perlu nafikan dlm facebook.
Hahaha balak disapu tanpa rasa bersalah pada alam dan org asal. Duit dari 1mdb pun dibaham tanpa rasa bersalah pada rakyat. Hidup bermewah2 harga jubah beribu ringgit, pandu kereta mewah masuk keluar kampung. Perangai sekor sekor mcm biawak makan bangkai, lepas tu ada hati nak buat undang2 hudud.
Konon beruk yang alim
Pas bukan agama, hanya sebuah parti politik. Rasuah itu terpaksa terima kerana bantuan derma tin milo sudah kurang. Rencah nak menang Pas kena main isu agama dan pakai serban besar skit. Pasti masyarakat kampung akan sanjung tinggi melangit.
Siang malam cerita Syurga Neraka tapi rasuah tetap ambil. Kesian
Takpe kita sokong janji pakai serban bukan sekular. Bab rembat itu hak peribadi. Tak gitu pak lebai?
apa yg kau melalut ni, cukup 2lah jadi khinzir si kafir.
Parti lebai2 rasuah pondan.
Lebai alim2 kucing. Nafsu buaya.
Pas skrg dah jd PIGS. Cukup2lah jadi khinzir lebai2 rasuah jual agama 90juta.
Marah ke penganut penjual agama?
Post a Comment