PRU14: Pas patut tanding sebanyak mungkin kerusi
SHAH ALAM - Sasaran Pas untuk bertanding di 80 kerusi Parlimen pada PRU14 mungkin strategi terbaik parti itu.
Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan
dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Prof Dr Mohd
Azizuddin Mohd Sani berkata, langkah itu merupakan jalan terbaik untuk
Pas meluaskan 'empayar jajahan Parlimen' mereka.
"Mereka (Pas) tak perlu fikirkan parti lain, yang penting Pas perlu
bertanding sebanyak mungkin untuk menjadi sebuah parti dominan di
Malaysia," katanya kepada Sinar Online.
Mohd Azizuddin berkata demikian bagi mengulas kenyataan Naib Presiden
Pas, Idris Ahmad yang menyasarkan parti itu untuk bertanding di 80
kerusi Parlimen pada PRU14 dan tidak menolak kemungkinan bertanding di
kerusi tradisi DAP dan PKR.
[ARTIKEL BERKAITAN: Lembah Pantai, Batu antara 80 Parlimen sasaran Pas]
Dalam pada itu, ketika ditanya adakah tindakan Pas ini akan memberi
laluan sukar buat pakatan pembangkang dalam PRU14 nanti, Mohd Azizuddin
menegaskan "sekarang tiada pakatan pembangkang".
"Pembangkang berpecah, jadi Pas harus bertanding sebanyak mungkin
kerusi, menang kalah hanya ketentuan ILLAHI, jadi perancangan untuk
Putrajaya, pas mengetahuinya," katanya lagi.
Pada PRU13 lalu, Pas hanya menang 21 daripada 73 kerusi Parlimen yang ditandinginya.
Sementara bagi kerusi Dun, Pas memenangi 85 daripada 237 kerusi yang ditandingi.
12 orang berkata:
Tbaik.....insyaAllah
Ya itulah yang sebaik.
Pas nuga patut bertsnding dimana sahaja dalam malaysia . Klu x menang pun misi dskwah sampai..
Banyak duit Pas skrg kan? Tin milo pun dah tak laku..90juta bukan sikit duit tuu..agama pun sanggup digadaikan..tambah pulak dpt duit haram hasil rompakan rakyat marhaen..tunggulah kehancuran parti yg peralatkan Islam utk politik kotor.
Syabas. Bertandinglah. Mudah2an menang semua. Insyaallah boleh jadi pm baru lepas pru14
Alhamdulillah. ADA peluang Pak karamu jadi calon pas. Saya Alan sokong Pak karamu.
Klu Pak karamu menang, saya tumpang senang
Pak karamu nak masuk calon pas mana? Pak karamu boleh menang klu lawan najib
Klu menang Pak karamu boleh jadi pm ganti najib. Bini boleh naik jet free. Pak Karam boleh dapat derma free
Untung la Pak Karam.
Untung la Pak karamu
Belanjakan rm1juta utk 1 kerusi parlimen masa berkempen. Pas dah ada rm90juta! Fuhhh! Senang2 jer boleh menang 90 kerusi parlimen.
Post a Comment