Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PATUT AKHBAR TERSEBUT DITUTUP



KDN panggil Ketua Pengarang Nanyang Siang Pau

11/04/2017 7:34pm


Lukisan kartun yang dianggap menghina Speaker Dewan Rakyat dan Presiden PAS.


PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memanggil Ketua Pengarang akhbar harian berbahasa Cina, Nanyang Siang Pau Sdn. Bhd. hari ini berhubung karikatur yang dianggap menghina Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

KDN dalam satu kenyataan berkata, satu Surat Tunjuk Sebab bertarikh hari ini turut dikeluarkan kepada syarikat tersebut di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984.

KDN memberikan tempoh tiga hari kepada penerbit untuk menjawab Surat Tunjuk Sebab tersebut dan tindakan lanjut akan diambil berdasarkan peraturan dan prosedur yang ditetapkan.

“(Karikatur) mungkin memudaratkan ketenteraman awam kerana menggalakkan perasaan niat jahat, perseteruan, permusuhan, kebencian dan prasangka buruk terhadap orang atau kaum lain.

“Ia secara tidak langsung seolah-olah telah mempersendakan Parlimen dan agama Islam kerana Rang Undang-Undang (RUU) 355 yang digambarkan dalam karikatur itu adalah berkait dengan hal ehwal agama Islam,” kata kenyataan itu di sini hari ini. 

Nanyang Siang Pau sebelum ini menyiarkan sebuah kartun yang menggambarkan seekor monyet memakai songkok dan dilabelkan sebagai ‘speaker’ manakala seekor lagi monyet memakai serban dan diberi label ‘Hadi Awang’ pada Sabtu lalu di portal mereka. - K! ONLINE

2 orang berkata:

Anonymous said...

Parti lebai beruk gadai agama 90juta.

Usop ali said...

Sekor lagi gadai bangsa melayu..sesuai LA mereka bergabung...satu tim perompak so n satu tim penyangak ...kita tengok sapa yang kena.
.
Tapi yang paling rugi.pengundi yang tidak bijak....so jadi LA pengundi yang bijak dan berilmu...jangan di bodohkan oleh penjual bangsa n penjual islam....fikir fikirkan...

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.