MAKLUMAT BOCOR DAN DIBOCORKAN OLEH
ORANG DALAM KEPADA ORANG POLITIK ?
IA MENJADI ISU MENYIMPAN RAHSIA
DAN KERAHSIAAN KERAJAAN ?
DALAM RAMAI YANG MENERIMA DANA MAKA
NASA YANG MENJADI PRIORITY RAFIZI
SEHINGGA HEBOH SATU NEGARA.
MUNGKIN ADA MOTIF POLITIK ?
POKOKNYA ISU INI SEPATUTNYA RAFIZI
PERLU BUAT LAPORAN TERHADAP NAJIB KEPADA POLIS ATAU KEPADA SPRM SENDIRI, TAPI YANG DIA NAMPAK SANGAT-SANGAT TERHADAP NASA.
BERERTI BERITA DARI SPRM KEMUDIAN BUAT LAPORANG JUGA KEPADA SPRM ?
JIKA DEMIKIAN SPRM LA NI DALAM PANAS ????
-Pak Karamu-
Rafizi desak Nasharudin letak jawatan penasihat SPRM
PUTRAJAYA - Selepas mendedahkan bekas Timbalan Presiden Pas, Datuk Dr
Nasharudin Mat Isa yang didakwanya menerima dana daripada syarikat
pembangunan strategik, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Naib
Presiden PKR, Rafizi Ramli membuat laporan terhadap isu tersebut kepada
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini.
Beliau hadir ke ibu pejabat SPRM di sini, kira-kira jam 12 tengah hari,
ditemani bekas pemimpin DAP, Ronnie Liu dan Pengarah Strategi parti
Amanah, Datuk Dzulkefly Ahmad.
“Dari segi maklumat, SPRM sudah mempunyai maklumat, iaitu wang daripada
akaun SRC International masuk ke dalam akaun Perdana Menteri.
[ARTIKEL BERKAITAN: Tuduhan Rafizi fitnah, berniat jahat: Nasharudin]
“Daripada akaun Perdana Menteri, wang itu dimasukkan ke dalam akaun
peguam sebelum dipindahkan ke akaun beberapa penerima lain dan salah
seorangnya, Datuk Nasharudin,” katanya kepada pihak media.
Beliau turut memetik kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi
Ali daripada sebuah laporan media tempatan yang menyatakan siasatan
terhadap bekas salah sebuah anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn
Bhd masih lagi berjalan.
“Oleh itu, saya teruskan membuat akuan bersumpah semalam dengan
(merujuk) kenyataan Peguam Negara ini, bermakna tidak ada sebarang
alasan untuk mempercepatkan siasatan kes ini,” katanya.
Selain Nasharudin, Rafizi meminta SPRM untuk menyiasat individu atau
pihak lain yang dipercayai menerima wang daripada 1MDB juga.
Beliau turut meminta Nasharudin untuk meletakkan jawatan sebagai salah
seorang ahli panel penasihat SPRM kerana bimbang berlaku konflik
kepentingan dalam siasatan kes berkenaan.
“Demi menjaga nama baik SPRM, beliau perlu meletakkan jawatan,” tegasnya.
Kelmarin, Rafizi mendedahkan perkara ini setelah mendapat maklumat
selepas bertemu dengan seorang kenalannya iaitu seorang bekas pegawai
kanan SPRM yang mengetuai siasatan berhubung dana 1MDB dan penglibatan
Datuk Seri Najib Tun Razak dalam skandal itu.
4 orang berkata:
Nasa dlm panas. Pas demam panas. Duit itu syubhah. Makan duit syubhah dosa.
Eloklah bocor. Klu x bocor rakyat x tau mana duit cukai yg dia bayor tu pergi. Sekarang sudah tau.
Bila dah bocor baru kita tahu ada ahli pas pun boleh tahan jugak. Aku ingat alim. Rupanya alim taik kucinh
Nampak x sekarang ni dengan jelas ? Bila kena batang hidung PAS terus di bangkitkan soal kerahsian kakitangan kerjaan yg mendedahkan peyelewangan @ salah laku kepada ahli politik . Walaupun kesalahan tapi rahsia x boleg di bocorkan . Wow ...hebat islam PAS sekarang ini . Nampak kan sekarang ????
Post a Comment