Bayar RM250,000 jika mahu jawatan Bersatu?
SHAH ALAM - Belum pun reda kemelut ahli keluar parti, Bersatu terpalit
pula dakwaan wujud aktiviti jual jawatan tertinggi peringkat bahagian di
Johor.
Mendedahkan perkara itu kepada Sinar Harian, sumber yang berkepentingan
dalam parti itu mendakwa, seorang individu telah ditawarkan jawatan
ketua bahagian Bersatu di negeri itu namun perlu mematuhi syarat-syarat
tertentu.
Beliau mendakwa, antara syarat tawaran yang diberikan menerusi aplikasi
WhatsApp itu ialah individu itu perlu membayar RM250,000 untuk
mendapatkan jawatan tersebut selain syarat sampingan yang perlu dipatuhi
ketika jawatan itu menjadi miliknya.
"Selain wang tunai yang perlu diberikan, syarat lain yang perlu
dilaksanakan ialah menyediakan pejabat kekal, mengekalkan ahli jawatan
kuasa sedia ada dan elaun bulanan mengikut ranking, memberikan gaji
kepada setiausaha dan meneruskan serta menambah program di bahagian
tersebut.
“Itu baru satu bahagian. Bagaimana pula dengan bahagian Bersatu yang lain?,” dedahnya kepada Sinar Harian.
Sumber tersebut turut mendedahkan, ada kalangan ketua bahagian parti itu berstatus muflis tetapi tetap dilantik.
“Malah, beberapa ketua bahagian juga didakwa mempunyai rekod
dikehendaki polis. Bagaimana lantikan dan sumpah ikrar terhadap
presiden parti itu boleh dilakukan sekiranya ada ketua bahagian muflis
dan mempunyai rekod polis?
“Sebelum lantikan dibuat, seharusnya kesemua calon ketua bahagian
diselidik latar belakang mereka. Tidak sukar untuk menyemak sejumlah
nama ini,” katanya.
Sementara itu, sumber tersebut mempersoalkan adakah pucuk pimpinan
tertinggi Bersatu menyedari perkara tersebut atau adakah lantikan itu
dilakukan secara tangkap muat bagi membuktikan bahawa mereka merupakan
parti yang sudah bersedia berdepan PRU14 nanti.
“Pucuk pimpinan tertinggi Bersatu seharusnya memandang serius berhubung
apa yang berlaku di negeri ini. Jangan kerana nila setitik, perjuangan
Bersatu terus berkubu,” katanya.
Katanya, tindakan beberapa individu ini telah merosakkan parti dan ia telah melemahkan semangat akar umbi.
“Mereka membawa budaya politik dari parti-parti tertentu. Kita di bawah
mahukan pemimpin yang benar-benar ikhlas bagi membawa negara ke arah
yang tepat,” katanya.
Sementara itu, Sinar Harian sedang berusaha mendapatkan respons Bersatu berhubung dakwaan ini.
2 orang berkata:
Benda wassupp cam ni pun lebai2 boleh percaya 100%. Benda dah buat sd tak percaya pulak. Akaun aping beng tak pecaya pulak. Apa punya bangang
Wassup je pun. Bukannya fatwa.
Post a Comment