Pas Kepala Batas sedia tanding tiga penjuru
SUNGAI DUA - Pas Kawasan Kepala Batas sedia untuk bertanding tiga
penjuru andai mana-mana parti daripada Pakatan Harapan meletakkan calon
untuk bertanding.
Yang Dipertua Pas Kawasan Kepala Batas, Bukhori Ghazali berkata, buat
masa ini antara kawasan Kepala Batas yang dipertandingkan Pas adalah
Kepala Batas dan di kawasan Penaga.
"InsyaALLAH, buat masa ini, di peringkat Pas Kawasan Kepala Batas kita
bersedia untuk menghadapi pilihan raya tiga penjuru di kawasan yang
dipertandingkan Pas sebelum ini.
"Bagaimanapun, Pas Kawasan Kepala Batas akan mematuhi apa saja yang
diputuskan dalam muktamar yang akan datang ini, dan pada saya bagi
kawasan Kepala Batas dan Penaga, sekiranya ada parti lain daripada
Pakatan Harapan bertanding, kita akan sedia untuk bertanding juga kerana
itu sememangnya kerusi yang Pas pertandingkan sejak dahulu," katanya.
Katanya, jentera Pas Kawasan Kepala Batas berada dalam keadaan siap siaga untuk menghadapi pilihanraya pada bila-bila masa.
"Buat masa ini, daripada segi jentera, kita sememangnya berada dalam kebersiap siagaan yang tinggi.
"Dan jentera pilihanraya juga telah dilancarkan pada minggu lalu, dan
Alhamdulillah, setakat ini sokongan padu diterima daripada semua ahli,"
katanya.
Menurutnya, bagi perancangan untuk PRU yang akan datang ini, Pas juga
bakal meletakkan calon untuk bertanding di kawasan Pinang Tunggal dan
Bertam.
"Dari kajian yang kita lakukan, kedua-dua kawasan ini majoritinya
adalah terdiri daripada Melayu dan bagi Pas ini tidak jadi masalah untuk
kita bertanding bagi kedua-dua kerusi ini," katanya.
Dalam masa yang sama, Pas Kepala Batas turut mengadakan himpunan bagi
menyokong Rang Undang Undang 355 yang dibentangkan Presiden Pas di
Parlimen baru-baru ini.
Himpunan turut sama diadakan untuk menzahirkan dukacita terhadap
ahli-ahli parlimen DAP, Amanah dan PKR yang cuba mengganggu dan
memperlekehkan pembentangan yg dibuat pada sidang parlimen minggu lepas.
Selain itu, himpunan aman ini juga ingin mengecam tindakan akhbar
Nanyang Siang Pau yang menyiarkan karikatur yang bukan saja menghina
Presiden Pas dan Speaker Dewan Rakyat, malah menghina RUU 355 itu
sendiri.
9 orang berkata:
Tak ada masalah. Lebai duit akan menang.
Seronok betul pas dpt bertanding 3 penjuru. Maklumlah ahli parti berjota2. Tu yg kompiden menang turr
Heeeee
Klu zaman tgna yg dihormati dan dgn bantuan dap, pkr pun cuma menang 1 undi, cuba fikir berapa boleh menang dlm keadaan pemimpin dibenci, pkr reject, dap tolak dan dia sendiri dah pecah jadi dua??
Bolehkah dia menang 5 undi?
Hahaha
Insyaallah dengan separuh pas dah tukar jadi amanah, separuh umno dah tukar jadi bersatu dan 90% mca dah tukar dap; peluang pas utk tewaskan PH nampak mcm babi boleh terbang.
bodoh babi lebai unta
Kelantan pun melePAS.
Kelantan melepas memang kompom
Apala nasa ko makang sorg2. Kesian parti nak baya letrik pong x ada duit. Pass la sikik buat baya bil letrik sbb akaung dah x ada duit
Bertanding lah 10 penjuru pun x pe . Yg penting Rakyar sebagai Hakim kena bijak . Tolak parti rasuah & parti yg bersama perasuah . Undi parti yg menentang RASUAH . Negara akan selamat insyallahp
Post a Comment