Rezeki penjual sayur tempatan disekat
RAMAI pekerja asing yang sebelum ini bekerja di kebun
sayur kini didapati bijak mencari peluang apabila memberanikan diri
membuka gerai sayur secara haram di pasar-pasar besar di sekitar Kuala
Lumpur.
Tindakan mereka sekali gus bukan sahaja menyekat rezeki penjual sayur
tempatan, malah nyawa mereka turut terancam serta kerugian harta benda.
Perkara ini didedahkan Pengerusi Persatuan Penjual-Penjual Sayur
Malaysia, Datuk Soo Cheng Kee seperti yang dilaporkan dalam China Press.
“Satu insiden telah berlaku di Kuala Lumpur minggu lalu apabila salah
seorang ahli dalam persatuan kami telah dirompak dan dicederakan seorang
penjual sayur haram yang dipercayai seorang warga asing.
“Ini membuktikan ancaman pekerja asing terhadap peniaga sayur telah
semakin hari semakin serius. Persatuan kami telah membuat laporan
kejadian itu kepada pihak polis dan akan mengemukakan laporan kepada
Kementerian Dalam Negeri agar mengenakan tindakan segera untuk
membanteras kegiatan pendatang asing tanpa izin ini,” katanya.
Dalam usaha mengurangkan jumlah pekerja asing tanpa izin di negara
kita, Cheng Kee berharap kerajaan dapat membanterasnya dengan berjaya
bagi memastikan tiada lagi golongan pekerja asing ini menggugat
keselamatan dan sumber pendapatan peniaga sayur tempatan.
Ambiga yakin rakyat sokong pembangkang
Bekas Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan yakin pembangkang
tetap dapat menerima sokongan daripada pengundi pada PRU akan datang.
Katanya, walaupun parti-parti pembangkang kini menghadapi krisis, namun
akibat rakyat inginkan perubahan, BN dan Pas didapati masih sukar untuk
memenangi dengan lebih banyak kerusi.
“Pakatan Harapan masih berpeluang kerana tidak mungkin ramai pengundi di kerusi kawasan bandar akan mengundi Pas.
“Pas tidak akan berjaya di kawasan bandar. Sebelum ini mereka berjaya
kerana bersama dengan Pakatan Rakyat dan pengundi memilih mereka dengan
harapan mereka memainkan peranan untuk menyingkir kerajaan,” katanya
seperti dilaporkan dalam Oriental Daily.
Amiga berkata, kemunculan Bersatu jelas ternyata memberi kelebihan
kepada Pakatan Harapan kerana beliau yakin rakyat akan memberi banyak
undi kepada parti itu berbanding Umno.
“Bersatu kini dilihat telah menarik perhatian oleh ramai pengundi di
luar bandar. Mereka telah memasuki kawasan-kawasan yang sebelum ini
dikatakan sukar ditembusi oleh parti pembangkang. Ini satu tanda yang
positif kepada Pakatan Harapan,” katanya.
300,000 kanak-kanak tiada kerakyatan
Hampir 300,000 kanak-kanak tidak bernegara gagal dalam permohonannya
untuk mendapatkan kerakyatan negara ini sehingga sukar untuk melanjutkan
pelajaran dan mendapatkan hak yang saksama seperti warganegara.
Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching berkata, nasib kanak-kanak ini perlu
diberi pembelaan sewajarnya kerana mereka menetap di negara ini sejak
dilahirkan.
“Masalah itu telah dibangkitkan berkali-kali oleh pihak pembangkang di parlimen, namun sehingga kini tidak diselesaikan.
“Saya telah membangkitkan perkara ini di parlimen berkali-kali. Malah,
saya tidak berseorangan dalam membangkitkannya,” kata Nie Ching seperti
dilaporkan dalam Sin Chew Daily.
Menurutnya, meskipun menteri ataupun timbalan menteri dalam jawapan
balasnya menyatakan rasa simpati dan bersetuju bahawa mereka adalah
kanak-kanak tidak berdosa, sehingga kini tidak ada tindakan diambil
untuk menyelesaikan masalah berkenaan.
Beliau menggesa kerajaan memudahkan proses berkenaan kerana mereka sebenarnya adalah warganegara Malaysia.
“Kerakyatan seharusnya diberikan jika seseorang ayah itu memberikan
laporan DNA, atau telah secara sah mengambil kanak-kanak itu sebagai
anak angkat,” katanya yang juga Penolong Setiausaha Publisiti DAP.
3 orang berkata:
KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [9413] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 790 JUTA , wassalam.
pas caw dh lumpuh...
geng muda dh lari...
tinggal geng tua sorang dua je yg x pandai it..
rasa mcm x macho bila dlm pas..
x tau ape stand pas skrg???
pro pembangkang @ pro BN..?
Melalui jalan pesugihan sekarang saya sudah sukses,ini semua berkat bantuan PAK AGUSTAN yang memberikan pesugihan dana ghaib sebesar 700 juta,saya sangat bersyukur kebun orang tua yang dulunya di gadai kini sudah ditebus kembali,dan hutang2 saya yang di rentenir semuanya sudah saya lunasi,tanpa bantuan beliau gak tau nasib saya seperti apa,terima kasih banyak PAK AGUSTAN jasa-jasamu tidak akan saya lupakan,jika saudarah2 perlu bantuan,apalagi yang terlilit hutang silahkan tlpn atau sms di nomor 0853 4290 1718 atas nama PAK AGUSTAN,beliau seorang paranormal yang bisa di percaya,karna sudah banyak paranormal yang saya hubungi maupun yang saya datangi,cuma PAK AGUSTAN yang memberikan hasil,ingat kesempatan tidak akan datang untuk kedua kali,jadi giliran anda untuk membuktikannya,inilah kisah nyata dari saya seri wulansi..
Inilah Jenis Pesugihan Tampa Tumbal Dari PAK AGUSTAN
1.Pesugihan Dana Ghaib
2.Pesugihan Tuyul
3.Pesugihan Uang Balik
4.Pesugihan Penarik Uang
5 Pesugihan Pelaris Usaha
6.Pesugihan Putih
7.Pesugihan Nomor Togel
Post a Comment