Qazaf rayuan akhir Anwar ditolak
SHAH ALAM - Rayuan akhir bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar
Ibrahim untuk memulakan prosiding qazaf terhadap peguam kanan Tan Sri
Muhammad Shafee Abdullah yang didakwa memfitnah beliau berhubung kes
liwatnya tidak kesampaian apabila permohonannya ditolak Mahkamah Rayuan
Syariah hari ini.
Keputusan sebulat suara tiga panel hakim itu dibacakan oleh Pengerusi
Panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Datuk Seri Dr Md Yusuf Che Teh.
Dalam keputusan itu, beliau berkata, tuduhan liwat tidak terpakai dalam
kes qazaf di bawah Seksyen 36 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995
kerana undang- undang memperuntukkan qazaf hanya boleh digunakan dalam
kes pertuduhan zina sahaja.
"Oleh yang demikian, kami tiada pilihan lain selain daripada perlu
bersetuju dengan maksud zina di dalam seksyen tersebut yang hanya terhad
kepada persetubuhan haram antara lelaki dan perempuan sahaja serta
tidak termasuk perbuatan liwat," katanya.
Pada 26 Jun 2015, Anwar melalui isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan
Ismail memfailkan aduan itu bahagian penguat kuasa Jabatan Agama Islam
Selangor (JAIS) berikutan kenyataan Muhammad Shafee yang didakwa menuduh
banduan Penjara Sungai Buloh itu melakukan liwat dengan bekas pembantu
peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Pada 17 Februari 2015, Muhammad Shafee didakwa mengeluarkan kenyataan
itu tanpa mengemukakan empat saksi lelaki atau ikrar orang yang dituduh
seperti mana diwajibkan oleh undang-undang pada program dialog terbuka
anjuran Akademi Kepimpinan Kapten Hussein di Kelana Jaya, Petaling Jaya.
AKAN MENYUSUL
10 orang berkata:
Kalau umno dan pas dapat kita tonggengkan dlm pru 14 ini, barulah anwar boleh bebas...
Paspus parti cipap jerman.
Pas parti tukun nasional united orgy tar snake
Pasuk melepas. Serban bau hancing gila.
Pasuk Balak Porn Party
Pan oh pan,,ahli tak sampai 10k satu malaysia...hu hu. Ada hati nak kalahkan umno..nak kalahkan pas pzn tiada harapan,,apatah lagi umno. Umno akan kekal perintah putrajaya lah....
https://youtu.be/jfQaMuzWbxQ
Ni video "bicara seekor barua" yg tak ada prinsip.
Sapa undi pas maknanya dia dah kena kencing keldai tua. Sbb tu otak take boleh jalan
Ahli Amanah cuma 10k?
Sah dah kena kelentong Hadi neh..
Biarkan aku pun dulu Pas siap konvoi dr satu shopping complex ke shoping complex yang lain edar risalah masa pru 13 di Johor Bahru dan Pasir Gudang. Kini tidak lagi Amanah pilihanku.
Post a Comment