Kerajaan diminta memasukkan afidavit
KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam memerintahkan
kerajaan memfailkan afidavit dalam kes saman yang difailkan bekas ketua
pembangkang Anwar Ibrahim untuk membatalkan sabitan liwatnya.
Perkara itu dimaklumkan peguam Latheefa Koya bagi pihak Anwar selepas
kes itu disebut dalam kamar hakim Hakim Kamaludin Md Said.
Latheefa berkata, Mahkamah Tinggi juga mengarahkan peguam Tan Sri
Muhammad Shafee Abdullah memfailkan kesnya sebagai tindak balas kepada
permohonan Anwar supaya peguam itu mendedahkan transaksi akaun banknya
antara Ogos 2013 dan Mac 2014.
Anwar memfailkan saman berkenaan dengan alasan bahawa dia dinafikan
satu perbicaraan yang adil, berikutan dakwaan bahawa seorang pendakwa
senior telah menerima berjuta-juta ringgit daripada perdana menteri.
Anwar turut menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tub Razak dan
Muhammad Shafee untuk mendedahkan butiran akaun bank masing-masing.
"Kerajaan perlu memfailkan afidavitnya pada 12 Julai, manakala Muhammad Shafee pada 17 Julai," katanya.
Melalui saman yang difailkan pada 6 Jun itu, Anwar mendakwa perbicaraan
kes liwat yang dihadapinya dikendalikan peguam yang dilantik oleh
pendakwa raya yang bertentangan dengan amalan biasa kamar peguam negara
dan pendakwa raya.
Dakwanya, peguam tersebut iaitu Muhammad Shafee mengendalikan kes
dengan sikap melampau dan tidak adil, yang bercanggah dengan prinsip
amalan pendakwaan.
Menurutnya beliau baharu mendapat tahu bahawa Muhammad Shafee dibayar
RM9.5 juta oleh Datuk Seri Najib Razak dan menyifatkan peguam tersebut
bukan pendakwa yang bebas kerana mempunyai kepentingan kewangan secara
langsung.
Sehubungan itu, Anwar menuntut deklarasi bahawa sabitan oleh Mahkamah
Rayuan atas pertuduhan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan bertarikh 7
Mac 2014 dan perintah Mahkamah Persekutuan bertarikh 10 Februari 2015
yang mengesahkan perintah mahkamah rayuan adalah bercanggah dengan
Perlembagaan Persekutuan, tidak sah dan terbatal.
1 orang berkata:
Maaf jika lewat pasan ini saya publikasikan dan sampaikan kisah sukses saya.
saya seorang TKI DI MALAYSIA
pengen pulang ke indonesia tapi gak ada ongkos
sempat saya putus asa apalagi dengan keadaan susah
gaji suami saya itupun buat makan sehari2. sedangkan hutang banyak
kebetulan suami saya buka-buka internet Dan mendapatkan
nomor MBAH KASSENG (0853-4288-2547) katanya bisa bantu orang melunasi hutang
melalui jalan TOGEL dan dengan keadaan susah, terpaksa saya
hubungi dan minta angka bocoran Toto/malaysia
angka yang di berikan waktu itu 4D
ternyata betul-betul tembus 100% alhamdulillah dapat 269.jt Oleh Karna itu saya posting no HP MBAH KASSENG ini supaya saudarah-saudara ku di indonesia maupun di luar negri yang sangat kesulitan masalah ekonomi (kesusahan) jangan anda putus asa. Karna jalan masih panjang yang penting anda tdk malu atau takut menghubungi MBAH KASSENG. Semua akan berubah Karna kesuksesan ada pada diri kita sendiri. Yakin dan percaya bahwa itu semua akan tercapai berkat bantuan dari mbah AMIN.
MBAH KASSENG
NO: 0853-4288-2547 / +6285-342-882-547
Post a Comment