Kerajaan diminta memasukkan afidavit
KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam memerintahkan
kerajaan memfailkan afidavit dalam kes saman yang difailkan bekas ketua
pembangkang Anwar Ibrahim untuk membatalkan sabitan liwatnya.
Perkara itu dimaklumkan peguam Latheefa Koya bagi pihak Anwar selepas
kes itu disebut dalam kamar hakim Hakim Kamaludin Md Said.
Latheefa berkata, Mahkamah Tinggi juga mengarahkan peguam Tan Sri
Muhammad Shafee Abdullah memfailkan kesnya sebagai tindak balas kepada
permohonan Anwar supaya peguam itu mendedahkan transaksi akaun banknya
antara Ogos 2013 dan Mac 2014.
Anwar memfailkan saman berkenaan dengan alasan bahawa dia dinafikan
satu perbicaraan yang adil, berikutan dakwaan bahawa seorang pendakwa
senior telah menerima berjuta-juta ringgit daripada perdana menteri.
Anwar turut menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tub Razak dan
Muhammad Shafee untuk mendedahkan butiran akaun bank masing-masing.
"Kerajaan perlu memfailkan afidavitnya pada 12 Julai, manakala Muhammad Shafee pada 17 Julai," katanya.
Melalui saman yang difailkan pada 6 Jun itu, Anwar mendakwa perbicaraan
kes liwat yang dihadapinya dikendalikan peguam yang dilantik oleh
pendakwa raya yang bertentangan dengan amalan biasa kamar peguam negara
dan pendakwa raya.
Dakwanya, peguam tersebut iaitu Muhammad Shafee mengendalikan kes
dengan sikap melampau dan tidak adil, yang bercanggah dengan prinsip
amalan pendakwaan.
Menurutnya beliau baharu mendapat tahu bahawa Muhammad Shafee dibayar
RM9.5 juta oleh Datuk Seri Najib Razak dan menyifatkan peguam tersebut
bukan pendakwa yang bebas kerana mempunyai kepentingan kewangan secara
langsung.
Sehubungan itu, Anwar menuntut deklarasi bahawa sabitan oleh Mahkamah
Rayuan atas pertuduhan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan bertarikh 7
Mac 2014 dan perintah Mahkamah Persekutuan bertarikh 10 Februari 2015
yang mengesahkan perintah mahkamah rayuan adalah bercanggah dengan
Perlembagaan Persekutuan, tidak sah dan terbatal.
7 orang berkata:
hadi wajib bantah ni!! bahaya ni!! nanti terlepas pulak anwar susah laa lebai hadi dah tak jadi tumpuan. hadi wajib nasihatkan najib untuk tambah bayaran pada shafee, biar anwar meringkuk dalam penjara sampai mati baru la hadi ada peluang jadi penasihat najib, kurang2 hadi wajib jadi TPM. barulah terangkat martabat islam di bumi melayu... membangun bersama dedak!!.. oops!! silap.. membangun bersama ulamak.
Maaf jika lewat pasan ini saya publikasikan dan sampaikan kisah sukses saya.
saya seorang TKI DI MALAYSIA
pengen pulang ke indonesia tapi gak ada ongkos
sempat saya putus asa apalagi dengan keadaan susah
gaji suami saya itupun buat makan sehari2. sedangkan hutang banyak
kebetulan suami saya buka-buka internet Dan mendapatkan
nomor MBAH KASSENG (0853-4288-2547) katanya bisa bantu orang melunasi hutang
melalui jalan TOGEL dan dengan keadaan susah, terpaksa saya
hubungi dan minta angka bocoran Toto/malaysia
angka yang di berikan waktu itu 4D
ternyata betul-betul tembus 100% alhamdulillah dapat 269.jt Oleh Karna itu saya posting no HP MBAH KASSENG ini supaya saudarah-saudara ku di indonesia maupun di luar negri yang sangat kesulitan masalah ekonomi (kesusahan) jangan anda putus asa. Karna jalan masih panjang yang penting anda tdk malu atau takut menghubungi MBAH KASSENG. Semua akan berubah Karna kesuksesan ada pada diri kita sendiri. Yakin dan percaya bahwa itu semua akan tercapai berkat bantuan dari mbah AMIN.
MBAH KASSENG
NO: 0853-4288-2547 / +6285-342-882-547
PRU 14 - KEMENANGAN BESAR KEPADA BN.
Selain sudah panjang bersiri pendedahan DOJ pada rompakan harta rakyat yg luar SPR pula terus dipergunakan utk tindakan yg sungguh tak disangka, dan memalukan.
1. Sejak April 2017, puluhan protes atas Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) S1/2017 dinyatakan oleh rakyat apabila pertama kali dlm sejarah SPR bertindak halang CD info RDPT S1/2017 diserahkan pada parti politik, tanpa alasan munasabah. (Rujuk di sini)
2. Kesannya 326 ribu pengundi baru/tukar alamat gagal diperiksa dlm 2 minggu tempoh semakan. Bagaimana mahu disemak? Petugas terpaksa beratur menyelak hingga puluhan ribu kertas pameran di Pejabat SPR, hanya tujuan menyemak nama yg baru didaftar atau ditukarkan alamat itu. Proses yg langsung tidak masuk akal.
3. Lebih tak disangka, hampir 30% nama pengundi muda dan baru/tukar alamat itu TIDAK disertakan NO RUMAH, yg mustahil semakan nama dan IC itu dapat dilaksanakan. Belum dikira lagi puluhan ribu pengundi bandar yg tiada maklumat jalan & nama lokaliti sebenar rumah mereka, yg cuba disorokkan!
4. Tatkala tutup semakan/bantahan pada 22/5/2017, hampir tiada (atau sgt minima) bantahan diterima, satu negara. Sebab tiada siapa yg mampu melakukan semakan tanpa maklumat alamat asas yg menjadi rujukan sejak sekian lama. Tidak cukup lagi dengan itu
5. Selang seminggu selepas itu, secara tiba-tiba SPR memasukkan lagi tambahan 28 ribu tentera sbg pengundi, atas alasan "SPR telah tercicir nama mereka" ketika pameran RDPT S1/2017 sebelum itu.
6. SPR langsung tidak pedulikan proses memasukkan nama (tuntutan) yg salah laku sekalipun, kerana tiada "Borang B" dan salinan "Borang A" yg menjadi dokumen wajib pembuktian oleh individu yg mahu menuntut nama mereka.
7. Sekali lagi tiada seorg pun dari 28 ribu tentera yg dimasukkan itu memiliki alamat rumah yg boleh dikesan oleh petugas yg lakukan semakan! Puluhan bantahan.
8. Dari segala kerosakan yg timbul, puluhan sudah bantahan besaran pada SPR dilaporkan. Segala perjumpaan dgn SPR ditolak. Janji SPR dlm kenyataan media untuk maklumkan secara rasmi perubahan pada proses itu pada parti politik masih tak dilakukan, hingga hari ini. Walau SPR berbangga menyatakan parti politik lah sbg "stakeholder" utama mereka.
9. SPR juga menolak berjumpa dgn BERSIH, yg secara konsisten sejak sekian lama membongkar puluhan kepincangan SPR pada sistem demokrasi negara. Apa seterusnya?
10. Bukan sahaja segala teguran atas kerosakan dan salahguna kuasa SPR itu diabaikan sahaja. Tanpa disangka, SPR dengan beraninya melakukan "perwartaan ke atas RDPT S1/2017" pada Jumaat 16/6/2017 kelmarin, tanpa sebarang makluman pada media/rakyat yg membantah. (Rujuk di sini)
11. Dan ya, inilah proses perwartaan yg begitu pantas pernah dilaksanakan sejak sekian lama. Dan undang-undang SPR sendiri jelas nyatakan bahawa rakyat telah di "check-mate" atas perwartaan ini, kerana perwartaan (gazetted) membawa erti segala kejahatan dan kerosakan SPR itu sudah tidak boleh lagi dipertaikan (cannot be challenged) olah mana-mana individu organisasi atau atau mahkamah, di dunia!
12. Maka jika berlakunya PRU14 bermula hari ini, kesemua nama 326 ribu + 28 ribu yg tidak diketahui itu "pasti akan keluar" memangkah apa yg mereka mahukan. Itulah ikhwah, Siri kezaliman dan kebrobokan yg terus melanda negara kita tercinta ini!
Walau semakin kebrobokan dibongkar, masih bertalu kebrobokan lain datang menindas rakyat dan menafikan hak demokrasi kita.
And yes, this incoming GE14 would be the dirtiest and corrupted ever, perhaps in the whole world in this modern age!
Dan ya, tanpa disangka atas segala kebejatan dan korupsi sistem yg sudah jelas dihadapan kita, masih wujud lagi mereka yg sanggup terus berkata "tak kisah apa yg berlaku" dan membiarkan diri mereka bersekongkol dgn penguasa itu, hanyalah kononnya mahu pertahankan kepuakan melayu & Islam mereka. W'alam.
"Moga ruh dan persiapan dalam barokah Ramadhan terakhir sebelum PRU14 ini menyiapkan kita menjadi individu dan jentera yg benar-benar tangkas dan bersedia menghadapi peperangan besar yg menanti di hadapan sana.."
STATEMENT BANGANG PAGI HARI:
Mohd Amar menyatakan Pas rela kalah di Kelantan daripada berpakat dengan Amanah kerana Amanah adalah parti pengkhianat, tuduhnya.
" Tak ada kira-kira dengan Pan (Amanah) ni....kita (pas) rela kalah dalam pilihanraya di Kelantan ni dan kita tidak akan pakat dengan Pan (Amanah ) di Kelantan ni . .... itu pendirian kita," tegas Mohd Amar dengan nada angkuh!
Tapi yang paling lawaknya bila Mohd Amar meletakkan kekalahan Pas itu disebabkan parti Amanah turut bertanding menjadikan pertandingan 3 penjuru.
STATEMENT BANGANG PAGI HARI:
Umno telah berjaya menyakinkan PAS bahawa DAP itu adalah musuh. Bahawa Amanah itu adalah khadam DAP. Pas akur apa saja yang Umno katakan. Apa yang Umno tuturkan, maka itulah juga yang akan dituturi oleh Pas.
Maka kini PAS dan Umno masing-masing menganggap DAP dan Amanah adalah musuh utama mereka....
Dulu Umno kata, Pas khadam DAP. Sekarang bila Pas dah berbaik dengan Umno, Pas pula kata, Amanah khadam DAP!
Pendirian pemimpin PAS hari ini telah jauh berbeza setelah kematian TGNA.
BAIK JANGAN JOIN PAS:
Pengarah Eksekutif Ilham Centre Mohamad Hisomuddin Bakar berkata sokongan kepada PPBM di kawasan pengundi campuran di Johor, Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor akan terganggu sekiranya kerjasama dengan PAS menjadi kenyataan.
Post a Comment