Bersatu berdepan krisis, bergantung aura Dr M
ALOR SETAR - Parti Bersatu didakwa hanya bergantung kepada aura legasi
Tun Dr Mahathir Mohamad semata-mata dan dijangka tidak mampu bertahan
lama.
Ketua Pemuda Umno Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata,
ini antara punca beberapa Exco Armada bertindak membuat laporan polis
setelah hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti itu.
Menurutnya, parti itu kononnya berjuang untuk sebuah negara yang bersih
dan telus, jadi mereka perlu buktikan pemimpin mereka benar-benar
bersih dan telus. Perlu ada audit khas terhadap kekayaan luar biasa
anak-anak Mahathir dan isu ini perlu dirungkai segera.
"Tindakan beberapa Exco Armada itu ada asasnya, namun ‘dedak’ dan
‘sogokan’ dijadikan alasan bagi mengekang fenomena pemberontakan kecil
dalam parti itu.
“Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman perlu buktikan beliau
layak dan mempunyai daya tahan memimpin sebuah parti pembangkang. Pemuda
Umno Kedah sarankan Armada singkirkan Syed Saddiq kerana status
pendebat terbaik Asia dan ikon media sosial tidak cukup untuk memimpin
dan menangani krisis,” katanya.
Shaiful Hazizy berkata, pihaknya percaya Pakatan Harapan kini mengalami
krisis keyakinan dan kepimpinan yang kronik apabila kepimpinan DAP dan
PKR turut menolak pencalonan Bersatu menjadikan Mahathir calon perdana
menteri pada PRU14.
“Perkara ini sudah dijangka dan akan menjadi kudis, ia akan menjadi
penghalang utama rakyat untuk beri mandat kepimpinan pada PRU akan
datang. Kami tidak yakin sama sekali keupayaan Mahathir sebagai
Pengerusi Pakatan Harapan yang bakal dibentuk, atas faktor umur dan
pendirian U turn selain miliki prinsip mudah dijual beli,” katanya.
Menurutnya, Pemuda Umno Kedah hairan apabila kepimpinan pembangkang sanggup mempertimbangkan cadangan itu.
“Bersatu masih lagi mentah tetapi mempunyai nafsu politik yang besar
mahu menjadi pemain utama politik pembangkang. Rakyat tidak akan
terpengaruh dengan politik Bersatu itu,” katanya.
Shaiful Hazizy berkata, kehadiran Bersatu dalam gabungan pembangkang
hanya akan memburukkan keadaan dan bukan menjadikan mereka bertambah
kuat.
“Tanggapan Mahathir adalah senjata politik baru adalah tidak betul,
malah Mahathir hanya menjadi liabiliti politik kepada pakatan itu. Ini
kerana kenyataan beliau tidak konsisten dan integriti kekayaan luar
biasa keluarga boleh menjadi barah baru dalam pakatan pembangkang,”
katanya.
Tambahnya, pakatan pembangkang mampu menjalankan fungsi dan tanggungjawab mereka dengan lebih baik tanpa Mahathir.
“Adalah lebih baik pimpinan Bersatu bersikap telus dan menjawab segala persoalan diutarakan beberapa Exco Armada.
“Mereka tidak seharusnya diamkan sahaja, jika sebelum ini pimpinan
Bersatu tuduh Umno tidak telus atau bina kekayaan atas dasar kuasa
politik, mereka juga perlu tampil dan beri penjelasan,” katanya.
Sebelum ini, Exco Armada Pusat, Abd Wahazir Abdu Wahab dan Mohd Hafiz
Azhari tampil secara terbuka mendesak Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir
Mohamad dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung isu yang
dikaitkan dengan mereka.
Justeru, Syed Saddiq juga digesa menjawab persoalan berkaitan dengan
kekayaan dan skandal membabitkan pemimpin Bersatu susulan dakwaan Exco
Armada itu.
6 orang berkata:
Aku balik raya kat felda di Johor. Orang pas dahulu kini sudah masuk Amanah.
Ramai gak dlm 3 orang. Itu yang aku kenal.
Mereka mendakwa Pas dah sesat dibawah pimpinan hadi.
Sudah berkawan dengan Syaitan.
Maaf jika lewat pasan ini saya publikasikan dan sampaikan kisah sukses saya.
saya seorang TKI DI MALAYSIA
pengen pulang ke indonesia tapi gak ada ongkos
sempat saya putus asa apalagi dengan keadaan susah
gaji suami saya itupun buat makan sehari2. sedangkan hutang banyak
kebetulan suami saya buka-buka internet Dan mendapatkan
nomor MBAH KASSENG (0853-4288-2547) katanya bisa bantu orang melunasi hutang
melalui jalan TOGEL dan dengan keadaan susah, terpaksa saya
hubungi dan minta angka bocoran Toto/malaysia
angka yang di berikan waktu itu 4D
ternyata betul-betul tembus 100% alhamdulillah dapat 269.jt Oleh Karna itu saya posting no HP MBAH KASSENG ini supaya saudarah-saudara ku di indonesia maupun di luar negri yang sangat kesulitan masalah ekonomi (kesusahan) jangan anda putus asa. Karna jalan masih panjang yang penting anda tdk malu atau takut menghubungi MBAH KASSENG. Semua akan berubah Karna kesuksesan ada pada diri kita sendiri. Yakin dan percaya bahwa itu semua akan tercapai berkat bantuan dari mbah AMIN.
MBAH KASSENG
NO: 0853-4288-2547 / +6285-342-882-547
Muthu Kumar mau masuk pas. Muthu Kumar mau belajar tangkap sotong drp hj Hadi. muthu Kumar mau hj Hadi tolong ajar cara tangkap ikang belukang. Hadi suka makang ikang belukang. Ikang belukang makang tahi aku.
shaiful hazizy yang sebenaqnya apa????sebenaqnya hang takut bn kedah lingkup kan????? takut nanti bila dedak habis muka hang yang tembam tu jadi kecut kan???? nak suruh orang pati lain singkirkan ketuanya pasai apa???? ingatlah bila kita bersekongkol dengan ketua kita yang tak amanah bermakna kita juga redo kepada kemungkaran DIDEPAN ALLAH NANTI JAWABLAH.....
Bersatu ditubuhkan utk jatuhkan pemimpin korup, parti korup dan parti lobai yg bersekongkol dgn parti korup. Sebab koruplah macam2 cukai dikenakan hingga harga barang naik dan rakyat jadi susah. Kita bayar cukai sebab nak bayar hutang pemimpin korup. Bersatu ditubuhkan supaya pemimpin2 korup tu boleh duduk dlm penjara pada hari tua mereka.
Bersatu ditubuhkan untuk membawa keluar ahli umno yang korup.
Amanah ditubuhkan untuk membawa keluar ahli pas yang menjual agama.
Undi pas = undi umno
Penjual agama = Pemakan duit haram
Post a Comment