Bersatu serah pada Pakatan Harapan
SHAH ALAM - Bersatu menyerahkan kepada Pakatan Harapan berhubung
mengenai perkembangan tindakan Parti Generasi Baru yang membatalkan
hasratnya untuk menyertai blok pembangkang.
Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Kamaruddin Mohd Noor berkata, ini
adalah di dalam Pakatan Harapan, semua keputusan secara konsensus dan
mengikut amalan serta kaedah yang dipersetujui secara bersama.
“Itu hak mereka (untuk batal sertai Pakatan Harapan). Kita (Bersatu)
serahkan kepada Pakatan Harapan mengenai perkara ini,” katanya ketika
dihubungi Sinar Harian, semalam.
Menerusi kenyataan Parti Generasi Baru kelmarin, tindakan tersebut akan
diambil sehingga isu-isu yang melanda kepimpinan gabungan pembangkang
diselesaikan.
Selain itu, kenyataan tersebut turut mendakwa mendapat maklumat dari
sumber sahih berkaitan dengan pakatan sebilangan pemimpin tertinggi
Bersatu dengan pemimpin Umno, termasuk menteri besar dan menteri
kabinet.
Sehubungan itu, Kamaruddin memaklumkan bahawa dakwaan tersebut adalah
tidak benar memandangkan Bersatu di bawah pimpinan Pengerusinya, Tun Dr
Mahathir Mohamad tidak akan menjalinkan sebarang hubungan dengan Umno.
“Bersatu hanya ada pakatan dengan Pakatan Harapan dan parti lain. Oleh itu, kita tak ada kaitan,” katanya.
Mengenai cadangan Parti Generasi Baru yang memilih Timbalan Presiden
PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai perdana menteri pembangkang,
Kamaruddin menegaskan bahawa keputusan tersebut sewajarnya dibuat oleh
anggota Pakatan Harapan sahaja.
“Yang bukan anggota Pakatan Harapan tak payah sibuk.
“Apa yang paling penting buat masa ini adalah untuk memenangi PRU. Selepas itu baru kita bincang,” katanya.
Mengenai dakwaan krisis kepimpinan dalam Pakatan Harapan, Kamaruddin menjelaskan blok pembangkang masih berjalan seperti biasa.
Katanya, terdapat perbezaan pendapat di dalam Pakatan Harapan, tetapi itu perkara biasa dalam politik.
“Berbeza pendapat tak bermakna kita bermusuh dan saya nak maklumkan
yang tak ada sebarang masalah dalam Pakatan Harapan,” katanya.
2 orang berkata:
KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [1464] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 890 JUTA , wassalam.
Semua parti baik kecuali bn dan pas
Post a Comment