FGV: Dua-dua perlu letak jawatan
SHAH ALAM – Pengerusi Felda Global Holding Berhad (FGV) Tan Sri Mohd
Isa Abdul Samad dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Datuk
Zakaria Arshad perlu meletak jawatan, demikian saranan Ahli Majlis
Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.
Beliau berkata, peletakan jawatan itu akan dapat mengelakkan ‘trust
deficit’ yang boleh mengakibatkan harga saham FGV jatuh menjunam.
“Semoga Pengerusi Felda Tan Seri Shahrir Samad tidak terlalu lama
berdiam diri. Mereka berdua juga tidak perlulah menunggu campur tangan
perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
“Sewajarnya kedua-dua mereka meletak jawatan secara sukarela. Ambil
jalan yang lebih bermaruah. Ambil jalan mengalah. Letak jawatan segera,”
ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, pertelingkahan yang menjadi peperangan terbuka itu amat mendukacitakan.
“Ini episod memalukan kerana amat ketara sekali tidak ada musyawarah
sesama mereka. Mana mungkin mereka boleh bekerjasama selepas ini.
“Mereka berdua perlu dipisahkan. Biar mereka berada di tempat baru tetapi berlainan,” katanya.
Beliau menambah, jawatan tertinggi itu perlu diberikan kepada muka dan
tenaga baru untuk meneruskan usaha agar FGV menguntungkan pemegang saham
terutamanya para peneroka.
“Sampai masanya dikaji semula bidang kuasa seseorang Pengerusi, Ketua
Pegawai Eksekutif, termasuk siapa yang berkuasa melantik Ahli Lembaga
Pengarah agar institusi berkaitan bukan menjadi medan kepentingan
peribadi.
“Adakalanya kita mendengar seseorang Pengerusi menjadi Pengerusi pula
kepada beberapa anak syarikat lain. Kalau satu dua tidak mengapa.
Terdapat dakwaan, kebanyakan anak-anak syarikat Pengerusinya adalah
orang yang sama,” jelasnya.
[ARTIKEL BERKAITAN: Siasatan ke atas CEO FGV libatkan jutaan ringgit]
Terdahulu, FGV memaklumkan kepada Bursa Malaysia, Zakaria akan bercuti
sementara menunggu hasil siasatan pelbagai urus niaga yang dijalankan
oleh anak syarikatnya, Delima Oil Products Sdn Bhd.
Siasatan SPRM ke atas Zakaria melibatkan jutaan ringgit.
Dalam pada itu, Zakaria memerusi akaun tweeeternya berkata, arahan seumpama itu tidak pernah berlaku dalam organisasi Felda.
1 orang berkata:
Kes ni siapa yg bawak? Kalau blok Pakatan yg bangkitkan.
Ada parti blok kerajaan yg nak bawa ke isu penyelewengan jutaan ringgit. Jawapannya tiada. Sudah terlampau banyak kes rasuah hingga berbilion ringgit. Ketua cawagan shj dan makan ratus ribu ringgit. Ini sumber rezeki diaorg.
Yang pelik melayu tetap memangkah parti korup ini.
Modal modus operandi parti korup BN sangat senang ..bangkitkan isu kedaulatan Melayu dan Islam mesti orang tidak berpaling tadah. Percaya bulat2. Terbakar semangat Hang Tuah dan Saidina
Umar.
Padahal rasuah dikategorikan sebagai pengkhianat Negara, Bangsa dan Negara.
Di negara kapir yang dibenci sangat tu spt di China hukumnya 'Tembak' .
Kesimpulannya siapa yang lagi Kapir? Negara kapir ke negara Islam spt Malaysia ?
So janganlah syok sendiri bawa isu Melayu dan Islam di Malaysia. Belum lagi masanya! Isu moral spt rasuah pun belum mampu nak lawan.
Post a Comment