Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

'Demi ALLAH! Aku tidak melantik orang yang meminta jawatan


PM: Pas tak calonkan sesiapa
Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang
 
SHAH ALAM - Pas tidak menamakan sesiapa sebagai calon perdana menteri walaupun parti lain sedang sibuk membincangkan isu itu.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau mengikuti perbincangan hangat dalam kalangan semua parti yang sedang berjuang menghadapi PRU14 yang begitu galak menamakan calon perdana menteri, kecuali Pas.

Katanya secara sinis, dahulu ada pemimpin jadian dalam Pas juga berwirid dengan nada yang sama, sekarang sudah meninggalkan Pas.

“Semua pihak berasa hairan mengapa Pas diam membisu? Adapun ahli dan penyokong Pas yang sangat setia sanggup tidak berpeluh dan berpecah kepala bertanya siapa calonnya sama ada jawatan penghulu kampung, Adun, parlimen dan jauh sekali siapa calon perdana menteri,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Abdul Hadi berkata, persoalan siapa pilihan perdana menteri Pas juga pernah ditanya oleh Duta Amerika Syarikat (AS) kepada beliau.

"Ketika PRU13 dahulu, Duta Amerika minta mahu bertemu saya, setelah dia membatalkan kesediaannya untuk datang ke Pejabat Pas, saya pula dijemput ke rumahnya.

"Dengan rasa kehairanan, saya pergi ditemani Datuk Mustafa Ali dan Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, setiausaha politik saya. Duta bersama dua pegawai, katanya salah seorang daripadanya datang dari AS," katanya.

Pada pertemuan itu, beliau menjangka akan ditanya mengenai hudud yang biasanya dijadikan senjata menghina Islam, rupanya perbualan politik secara umum khususnya PRU.

"Apabila saya bertanya, mengapa AS bersama kerajaan diktator di beberapa negara Islam sehingga kalau parti Islam menang dibatalkannya dengan kuasa tentera dan ada juga negara Islam yang tidak ada pilihan raya, padahal AS adalah negara besar yang paling lantang mendokong demokrasi. Dia menjawab bahawa polisi AS tidak mencampuri urusan dalaman negara lain.

“Akhirnya, dia bertanya saya: 'Siapakah Pas calonkan jadi perdana menteri Malaysia kalau menang PRU?' Saya menjawab secara spontan: 'Siapakah calon yang dipersetujui oleh AS?'. Mereka semua ketawa besar, kemudian terdiam,” katanya.

Jelasnya, Pas menyambung perjuangan Islam yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW mengikut al-Quran dan Sunnah serta diriwayatkan oleh para ulama dalam kitab-kitab yang banyak.

Beliau turut memetik dua buah hadis iaitu 'Demi ALLAH! Aku tidak melantik orang yang meminta jawatan atau rakus mahukan jawatan' dan 'Di antara kemusnahan umatku di akhir zaman apabila jawatan menjadi pemimpin dianggap peluang untuk diri, keluarga dan kroni.'

15 orang berkata:

Anonymous said...

Ini baru ikut akhlaq islam.....bercakap dan buat keputusan bersandarkan nas2 syarak. Ini tidak,,dok dlm penjara dan dibuktikan bersalah ( walaupun dgn undang2 dunia ), teringin lagi nak calon diri jadi pm....mana mat sabu? Mat awang mana? Menyepi je,,korang sedih ke tiada dlm senarai pilihan jadi pm....

Anonymous said...

Berapa kati dedak dah makan bro?

Anonymous said...

Ye tak ye juge,,mat sabu yg kena tangkap khalwat dgn bini org tu tak ade disebut2 calom pm ke ape ke?? Hairan juge....dap dah menyampah agakye dgn parti nyamuk tu?

antiug said...

Aku lg heran hadi tu presiden tp xde pun org nak lantik ia jd presiden kalau pad menang...kah kah kah....

Anonymous said...

Apa benda yg hang heran tu,,? Yg aku tahu memang hj hadi presiden pas,,tanpa bertanding lagi. Semua ahli bersetuju dia jadi presiden la tu. Masa "baruah" dap ade dlm pas je dia dicabar oleh mat awang "baruah" kapir dap lawan hj hadi. He he...

Anonymous said...

dasar diktator...
dulu time Ahmd Awng lawan kau.. kau pancung dia kaw... kau lobi.. kau tubuh Geng ostad...geng ala samseng.. mane2 teknokrat, Dr, Lawyer dlm pas yg lawan kau.. kau pancung.... kau bagi ank menantu kau jawatan besaq2.. kt selangor menantu kau ceo 0' gaji beribu2 padahal dia x layak pun... kt perak pun menantu kau yg berkuasa..pj pun ats syor menantu kau... ketua pemuda malaysia anak kau yg x de karisma langsung....pe2 isu jadi tunggul je..

Anonymous said...

Mat awang baruah dap pegi mane sekarang ye,,dah melingkup ke?

Anonymous said...

Parti yg x Ada planing ialah parti yg memang sudah tahu nak kalah. Sbb tu tak planning siapa pm dan tpm. Nana MB pun x ada sbb tak ada MB pas selepas pru14.

Anonymous said...

Kesiannya...
Tak ada orang pom yg nak hj Badi bin Bawang jadi PM kalu menang. Awat terok babi sangat ker Hj Badi bin Bawang tu?

Anonymous said...

Anak babi ko ni

Anonymous said...

Oiii abam....
Drp abam mengumpat mat Sabu time puasa ni, baik abam pegi kedai jual khinzir kmdian belikan mak abam sebungkus khinzir goreng. Okay ke abam?

Anonymous said...

pas nk calon sape???
sape yg layak...???
Hadi Awang???
Din Ayam??
Khalil?
Tantawi velfire?
En Somi Al-Audi?
x de tokoh kt Pas yg layak pun..
x perasan.. jadi mb pun lingkop..
Tggnu 99-04
Kedah 08-13
Kelantan nyawa2 ikang je skrg..
lingkop Malaysia....

Anonymous said...

Pas nk jadi Pm malaysia...?????
air bersih kt Kelantan pun x selesai lagi...
selesai dulu air pastu balak,hiv,dadah,kemiskinan,banjir,Kebersihan,gaji cikgu... baru pikir calon Pm..
tidak pun kau pikir jadi Pm utk budak2 Pasti lagi cukup le...cuma Pasti je yg aku rasa Pas boleh tadbir pun...

Anonymous said...

Kubu terakhir...
Akan jadi Kubur Besar Parti Pas...
tu kajian aku kalau Pas masih dipimpin oleh Hj Abdul Hadi Awang...
Taktikal syok sendiri yg dipandu anak menantu... Taktikal Pas skrg rugi..Taktikal Lalang tapi mesra Umno.. Akar Umbi yg cerdik XYZ akn memberontak dlm diam... cuma yg lembam ABC je mengekor pun...

Anonymous said...

Parti yg akan berjaya adalah parti yg berserabut & berebut nak jadi PM... ha ha ha...

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.