Guan Eng enggan jawab gesaan BN
Beliau yang ditemui ketika mengadakan sidang media di Pejabat Ketua Menteri, Komtar hanya berkata "mungkin hari lain (untuk jawab)" kepada media yang bertanyakan isu tersebut kepadanya.
Beliau kemudiannya bangun dari kerusi dan terus meminta sesi bergambar diadakan.
Kelmarin, Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan memberi tempoh seminggu kepada Kerajaan Pulau Pinang untuk menerangkan sebab bayaran kepada pemegang konsesi untuk projek pembinaan infrastruktur tersebut adalah empat kali ganda lebih tinggi daripada kadar bayaran yang dibenarkan.
Abdul Rahman berkata, jika gagal, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk membawa perkara itu ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Mengikut rekod, isu terbabit pernah dibangkitkan Naib Presiden1 Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan apabila membuat dua laporan kepada SPRM berhubung syarikat yang dipertanggungjawabkan melaksanakan projek tersebut.
Pada mulanya, Cheng Guan membuat laporan berhubung kos tiga kajian pelaksanaan projek mega itu bernilai RM305 juta yang didakwa mengandungi unsur mencurigakan.
Cheng Guan turut membuat satu lagi laporan dengan mendakwa Consortium Zenith BUCG (CZBUCG) telah membuat perubahan besar dalam pegangan saham besar ini Mei tahun lalu berbanding Mac 2012.
Cheng Guan mendakwa, sebelum ini, China Railway Construction Corporation Ltd adalah pemegang saham dalam CZBUCG namun selepas semakan dibuat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), syarikat itu tidak lagi memegang pemegang saham dalam CZBUCG.
Susulan daripada itu, Pengerusi CZBUCG, Datuk Zarul Zulkifli memfailkan saman fitnah terhadap Cheng Guan selepas mendakwa tidak mampu lagi menahan sabar apabila Cheng Huan sering kali membangkitkan pelbagai dakwaan berhubung isu pembinaan terowong dasar laut dan projek tiga buah lebuhraya tersebut.
Menurutnya, dia mengambil tindakan itu kerana semua dakwaan yang dibuat Cheng Guan memperlihatkan reputasi diri dan syarikatnya buruk selain menjejaskan keyakinan pihak bank terhadap syarikatnya itu.
2 orang berkata:
Ada 7 tahun saya jadi tki di singapura akhirnya impian saya tercapai untuk pulang ke indonesia,terima kasih MBAH SERO atas bantuannya,saya bisa berkumpul kembali dengan keluarga di kampung,karna melalui jalan togel sekarang saya bisa sukses,ini semua berkat bantuan MBAH SERO yang memberikan angka 4d bocoran singapura,alhamdulillah dapat 250 juta,saya sangat bersyukur kebun orang tua yang dulunya di gadai buat biaya saya untuk berangkat kesingapura,kini sudah saya tebus kembali,tanpa bantuan beliau mungkin belum bisa saya pulang kampung,terima kasih banyak MBAH SERO jasa-jasamu tidak akan saya lupakan,bagi saudarah2 di indonesia maupun di luar negeri butuh bantuan,apalagi yang terlilit hutang silahkan tlpn atau sms di nomor 082 370 357 999 atas nama MBAH SERO,untuk info lebih jalasnya kunjungi website KLIK DISINI PESUGIHAN TANPA TUMBAL beliau seorang paranormal yang bisa di percaya,karna sudah memberkan hasil,ingat kesempatan tidak akan datang untuk kedua kali,jadi giliran anda untuk membuktikannya,inilah kisah nyata dari saya ibu irma tki singapura..
Bukan kebal.
Tapi tuduhan tidak berasas.
Ini tender dokumen melibat kerajaan negeri pembangkang yang dipantau ketat oleh sprm (wakil kerajaan BN)
Kalau benar dah lama kena tibai.
Tapi siapa tahu skrip baru dibuat selepas ini memaksa sprm menyerbu bagi tujuan mendapatkan penjelasan. Sudah lali skrip ini.
Slot dlm media tv 3 suku, Rtm akan putar sehingga pilihanraya.
Kes pula hanya akan disebut selepas pilihanraya.
Janji rakyat iq rendah percaya dan memutuskan untuk mengundi bn.
Itu misi dan matlamatnya.
Sekian
Post a Comment