JIKA TAK SAMAN BETUL LA CERITA TUH !
Dakwaan Najib bayar Shafee tidak benar
PETALING JAYA - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menafikan
laporan Sarawak Report yang mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Tun Razak membayar RM9.5 juta kepada peguam, Tan Sri Muhammad Shafee
Abdullah pada 11 September 2013 dan 17 Februari 2014.
Menurutnya, adalah mustahil akaun yang ditutup pada Ogos 2013 boleh membuat pengaliran wang keluar pada September 2013.
“Ini satu dakwaan yang tidak betul,” katanya dalam satu sidang media, di sini.
Khamis lalu, laman sesawang Sarawak Report mendakwa seorang peguam kanan menerima RM9.5 juta daripada Najib.
Laman sesawang itu mengaitkan bayaran itu dibuat melalui akaun bank
milik perdana menteri, yang menerima dana daripada syarikat milik
negara, SRC International Sdn Bhd iaitu bekas anak syarikat 1MDB.
"Pemimpin pembangkang sibuk membuat laporan polis kononnya Najib
membayar RM9.5 juta pada 11 September 2013 dan 17 September 2014 dengan
menggunakan dana yang dicuri dari 1MDB untuk penjarakan Datuk Seri Anwar
Ibrahim. Ini adalah pembohongan yang melampau," kata Musa.
Beliau berkata, pembayaran yang didakwa kepada Muhammad Shafee tidak
munasabah kerana keputusan Mahkamah Rayuan pada 2014 dan hukuman
muktamad Mahkamah Persekutuan pada 2015 dibuat berdasarkan kepada lapan
orang hakim yang mendengar segala bukti.
“Muhammad Shafee tidak menerima sogokan untuk masukan Anwar dalam
penjara kerana daripada keputusan yang telah dibuat lapan hakim, jelas
Anwar telah disabitkan kesalahan," katanya.
Baru-baru ini AMK Selangor yang diketuai Afzainizam Rahman tampil
membuat laporan polis mendesak agar pihak berkuasa membuat siasatan
segera berkenaan dakwaan laporan Sarawak Report itu.
Menurut Afzainizam, mereka menggesa agar Anwar dibebaskan segera jika
dakwaan Sarawak Report itu terbukti benar kerana jelas wujud campur
tangan dan konspirasi politik dalam kes fitnah Anwar.
Pada sidang media yang sama, Musa turut menafikan kenyataan yang dibuat
oleh laman sesawang Steadyaku47 artikel yang bertajuk 'Najib dan Shafee
Abdullah Texting'.
"Dalam isu itu kononnya Najib menghubungi saya dalam kes Altantuyaa, dan semua itu adalah pembohongan.
"Beliau (Najib), tidak pernah sesekali pun menghubungi saya untuk membincangkan kes tersebut pada masa dan tarikh yang didakwa.
"Justeru, saya memohon polis mengambil tindakan tegas terhadap penyebar fitnah itu dengan segera," katanya.
3 orang berkata:
KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [2760] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 790 JUTA , wassalam.
Org tua ni, bulan puasa pun jadi batu API jugak. Tak ingat syurga neraka dah..
Sekurang2nya dia cuba pertahankan bos dia dgn sesuatu fakta tapi kau cuba pertahan bos kau dgn auta
Post a Comment