Syarikat China di Malaysia mungkir
BILA kita tulis atau bercakap berkenaan hegemoni
politik, ekonomi dan ketenteraan China, penyokong China kata kita
khianat dan sengaja hendak takutkan orang ramai.
Walaupun banyak contoh buruk berkaitan pelaburan China di merata dunia,
pemuja China berkata, itu di tempat lain. Di Malaysia perkara macam itu
tidak akan berlaku.
Sebenarnya tanda-tanda sudah ada. Cuma pihak-pihak yang bercita-cita
mengaut keuntungan daripada projek-projek China sengaja sembunyikan
keburukan itu daripada pengetahuan rakyat jelata.
Baru-baru ini kita baca berita mengenai lebih 8,000 pembeli rumah di
projek raksasa milik China, Forest City dan beberapa buah projek lain di
Johor tersangkut apabila kerajaan China tidak benarkan mereka membawa
keluar duit dari negara China.
Kerajaan China keluarkan perintah itu pasal terlalu banyak duit
mengalir keluar sehingga menyebabkan kadar tukaran mata wang Yuen jatuh.
Boleh dikatakan semua 8,000 pembeli itu adalah dari China dan ramai yang bekerja di projek terbabit adalah juga dari China.
Kalau rakyat jelata dan pekerja mereka sendiri jadi mangsa mereka,
bayangkan apa yang mereka sanggup buat kepada rakyat jelata kita.
Ada laporan mengatakan pekerja China itu dibiarkan kelaparan apabila
projek-projek hartanah China di Johor terbengkalai sehingga terpaksa
dibantu penderma tempatan.
Apa yang lebih membimbangkan adalah sebahagian besar projek-projek
China di negara kita dulunya adalah milik kita, tetapi dibeli 1MDB dan
kemudiannya dijual kepada syarikat dari negara China atau projek baharu
kerajaan yang kita bagi seperti Bandar Malaysia dan Kompleks Kewangan
Tun Razak (TRX).
Turut dikhuatiri, apabila laporan media massa mengatakan kerajaan kita
telah luluskan permit kepada hampir 2,500 warganegara China untuk
bekerja di Johor saja.
Sebenarnya ciri-ciri penipuan dan mungkir janji ini telah pun berlaku
cuma tidak ramai orang kita yang faham atau peduli sebab belum sentuh
poket mereka secara besar-besaran. Secara kecil-kecilan sudah berlaku.
Saya sudah banyak kali tulis hal ini. Tapi boleh jadi orang kita tidak
percaya sebab mereka tidak faham atau tidak lalui sendiri.
Jadi apa kata saya ulang cerita itu dengan memetik sebuah berita yang
ditulis penulis Cina dan disiarkan akhbar terkenal The Star.
Pada 10 Jun, surat khabar milik MCA itu siar sebuah rencana bertajuk
When Liberalisation Attracts Flops (apabila dasar terbuka menarik
(syarikat) yang gagal) oleh wartawannya, Errol Oh.
Dalam rencana itu, Oh menceritakan macam mana dasar pasaran terbuka
yang dianuti Suruhanjaya Sekuriti pada 2008 untuk majukan pasaran saham
tempatan telah diambil kesempatan oleh pelabur dari negara China.
Mereka guna dasar itu untuk cari modal di negara kita dengan menjual
saham mereka di Bursa Malaysia. Saya pernah ceritakan macam mana apabila
sesetengah syarikat China itu cuba jual saham mereka di China,
Singapura dan Hong Kong tetapi ditolak kerana tidak cukup syarat.
Oh berkata, menjelang akhir tahun 2013, sebanyak 10 buah syarikat dari
China telah buat tawaran awam permulaan (IPO) di Bursa Malaysia dan
berjaya kutip modal kira-kira RM630 juta.
Saya masih ingat macam mana seronok dan bangganya pegawai dan eksekutif kita dengan kemasukan syarikat negara China itu.
Tapi apa yang telah terjadi? Satu demi satu syarikat negara China itu
buat hal. Ada yang tidak simpan akaun dengan baik sehingga ditolak oleh
syarikat pengauditan tempatan.
Oh menulis: “Malangnya mutu bukanlah perkara pertama yang terlintas di
fikiran apabila seseorang itu mengkaji apa yang telah berlaku kepada 10
buah syarikat China tersebut.”
Apa yang berlaku adalah semua atau sebahagian besar daripadanya telah
mungkir janji, rugi, harga saham mereka jatuh merudum, diklasifikasikan
sebagai syarikat bermasalah PN17 dan diherdik oleh Bursa Malaysia.
Contohnya China Automobile Part Holdings Ltd. Harga sahamnya merudum
daripada harga IPO 68 sen kepada satu sen pada 8 Jun lepas. K-Star
Sports Ltd jatuh daripada harga IPO RM2.15 kepada 10 sen. Tak ada sebuah
pun yang sahamnya naik.
Sesiapa yang membeli saham syarikat negara China tersebut mengalami
kerugian teruk. Nilai pelaburan mereka merudum dan mereka tidak dibayar
dividen.
Maaf cakaplah kalau saya kata, unsur-unsur penipuan, putar-belit dan
sambil lewa nampaknya berleluasa dalam syarikat-syarikat dari China.
Piawaian mereka sangat rendah. Jadi berhati-hatilah.
Apa yang dikhuatiri adalah pelabur China yang diberikan projek dan
konsesi berpuluh bilion ringgit oleh kerajaan akan melakukan hal yang
sama. Wallahuaklam.
3 orang berkata:
KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [3411] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 790 JUTA , wassalam.
Ada 7 tahun saya jadi tki di singapura akhirnya impian saya tercapai untuk pulang ke indonesia,terima kasih MBAH SERO atas bantuannya,saya bisa berkumpul kembali dengan keluarga di kampung,karna melalui jalan togel sekarang saya bisa sukses,ini semua berkat bantuan MBAH SERO yang memberikan angka 4d bocoran singapura,alhamdulillah dapat 250 juta,saya sangat bersyukur kebun orang tua yang dulunya di gadai buat biaya saya untuk berangkat kesingapura,kini sudah saya tebus kembali,tanpa bantuan beliau mungkin belum bisa saya pulang kampung,terima kasih banyak MBAH SERO jasa-jasamu tidak akan saya lupakan,bagi saudarah2 di indonesia maupun di luar negeri butuh bantuan,apalagi yang terlilit hutang silahkan tlpn atau sms di nomor 082 370 357 999 atas nama MBAH SERO,beliau seorang paranormal yang bisa di percaya,karna sudah memberkan hasil,ingat kesempatan tidak akan datang untuk kedua kali,jadi giliran anda untuk membuktikannya,inilah kisah nyata dari saya ibu irma tki singapura..
Yg nak kena tipu tu memang pandaiiiiiiiiiiiiiiii
Post a Comment