Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

kes ragu tak boleh repot polis untuk siasat ?

PKR desak siasat akaun Shafee
PKR desak siasat akaun Shafee
Laporan muka depan Sinar Harian, semalam.
 
SHAH ALAM -  PKR Selangor menggesa satu siasatan segera dilaksanakan bagi menyiasat dakwaan bayaran sejumlah wang sebanyak RM9.5 juta daripada akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke akaun peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Ketua penerangannya, Shuhaimi Shafiei berkata, situasi ini menimbulkan keraguan dan konflik kepentingan tatkala waktu penyaluran wang tersebut berlaku sekitar waktu kes pembunuhan Pengasas AmBank, Hussein Ahmad Najadi dan juga pendakwaan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti didakwa Sarawak Report.

"Perdana menteri perlu menjelaskan hubungan istimewa antara beliau dan Shafee Abdullah yang menyebabkan penyaluran RM9.5 juta jika berlaku seperti dilaporkan.

"PDRM dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) boleh menyiasat kes ini berdasarkan Seksyen 405 Kanun Keseksaan yang mungkin melibatkan situasi pecah amanah termasuk yang berkaitan dengan skandal 1MDB dan SRC International," katanya menerusi kenyataan.

Shuhaimi yang juga Adun Sri Muda berkata, siasatan juga boleh dijalankan di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 kerana penyalahgunaan dana awam sekiranya aliran kewangan seperti didakwa berkaitan dengan wang 1MDB.

"Saya menegaskan agar tindakan siasatan secara bebas dan adil dapat dijalankan segera bagi memastikan isu yang melibatkan dakwaan terhadap salah laku perdana menteri ini dapat dibawa ke muka pengadilan dengan sewajarnya," katanya.

Kelmarin, AMK Pusat dan AMK Selangor membuat laporan polis untuk mendesak siasatan segera dilakukan terhadap dakwaan skandal terbaharu yang didedahkan Sarawak Report itu.

Malah, Pas turut menggesa SPRM, Bank Negara dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) campur tangan skandal membabitkan transaksi dana RM9.5 juta dari syarikat SRC International yang disalur ke akaun Shafee.

11 orang berkata:

Ky darsa said...

KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [6382] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 790 JUTA , wassalam.


Anonymous said...

Pkr ni percaya sungguh no dgn laporan sr. Berapa kali dah sr fitnah kerajaan,,,,1mdb,90 juta,,,pkr menyanjung lidah org kafir demi kerana politik jijik. Tapi,,kita serah kpd pihak berwajib utk siasat. Masalahnya, pkrpandap hanya percaya kpd pihak berwajib jika ianya positif kpd mereka, sebailknya mereka menuduh ada campurtangan pilitik jika sesuatu itu tidak memihak kpd mereka seperti isu salah guna kuasa km ppinang...manusia hipokrit sebegini boleh ka kita nak serah putrajaya kpd mereka?

Anonymous said...

nk serah putrajaya kt Pas????
kahhhhhh
kahhhhhhh
kahhhhhhhhhh
2x5 je....
tadbir kelantan bagi elok dulu lobai oooooiiiiiii.....

Anonymous said...

Pemakan dedak umngok PIGS
Kesian

Hamba Allah said...

Alhamdulillah kerajaan pas kelantan xdak lg rekod rasuah atau yg buruk2 mcm kerajaan png dan kerajaan selangor....kahkahkahkah

Anonymous said...

yg gondol hutan lojing & gua musang tu sape punya kerja...ade yg x kena tu.. gondol sampai turun bala banjir besar 1 negeri......
Hiv No1 kt Malaysia..
Dadah No1 kt Malaysia..
Pil Kuda No1 kt Malaysia..
Negeri paling mundur kt Malaysia No1..
x de keje..
x de pelabur..
rakyat negeri sendiri pun merempat kt negeri luar.
Alhamdulillah ye?????
org Otak ABC je ckp cam tu...
ape guna org bagi kuasa perintah negeri... tapi cara keja Lembam... kau pergi sekolah dulu le lobai...

Anonymous said...

air paip pun mcm teh tarik....

Anonymous said...

kt kelantan...
tiap hari boleh minum teh tarik free...
buka paip je...keluar je teh tarik dari kepala paip tu.... mandi,basuh baju pun dgn air teh tarik...

Anonymous said...

Disabitkan rasuah atau tidak berdasarkan keputusan makkamah. Kerajaan Kelantan tiada rekod. Apa balaci fikir dengan menyenarai tuduhan bertaraf najis babi dap tu,,org boleh terima ke? Apa la kepala hotak cina dap ni. Bodoh tahap mendadak ni...

Anonymous said...

tu bukan tuduhan...
kau coba pergi kt lamam web kementerian2....kt sinar harian pun ade..
cth mcm kes pil kuda semlm keluar perangkaan...kelantan no1
dadah & hiv 2 minggu lepas keluar perangkaan..kelantan no1
bab kemajuan,pelaburan,pengangguran,kau tgk sendiri @ kau beli naskah audit negara ka.. kau tgk & study betul2 ape yg pas dh buat.coba kau pikir..bab banjir..tempat lain pun ade gak tebang balak.. tapi.. tak le seteruk Kelantan.. tebang sampai banjir 1 negeri..

Anonymous said...

terima la lobai ooooiii...

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.