June 7, 2017
15 Tun Dr Mahathir Mengalami Amnesia Berpilih, Dalam Negara Cakap Lain, Di Luar Negara Cakap Lain
Bercakap pada Persidangan Antarabangsa ke-23 mengenai Masa Depan Asia,
anjuran Nikkei Inc pada 06/06/2017, Tun Dr Mahathir mencadangkan
ahli-ahli TPPA perlu sebaliknya menjemput China, ekonomi terbesar di
rantau ini setakat ini, untuk menyertai gabungan berkenaan. Kata beliau,
tanpa Amerika, negara-negara ASEAN boleh memikirkan cara-cara baru
untuk bekerjasama antara satu sama lain dengan cara yang lebih saksama.
Amerika katanya cenderung untuk menentukan dan memaksa pandangan
sendiri. Sumber Nikkei Asian Review di sini dan di sini.
Tun Dr Mahathir terbukti telah mengalami amnesia berpilih. Apabila
beliau berucap di pentas antarabangsa, beliau telah memuji China sebagai
satu kuasa ekonomi terbesar yang mencorakkan perdagangan dunia.
Sebaliknya, di dalam ceramah-ceramah beliau di dalam negara, apabila
Perdana Menteri DS Najib Tun Razak, menjalinkan kerjasama dengan
Kerajaan China, beliau menuduh DS Najib ingin menjual negara.
Mengenai initiatif 'One Belt One Road (OBOR)', Tun Dr Mahathir berkata
ia adalah "satu idea yang baik jika anda menggunakan laluan laut melalui
Selat Melaka dan Laut China Selatan." Bukankah projek OBOR mendapat
tentangan yang hebat dari pembangkang Malaysia? Sudah 'u-turn' ka? Di
dalam ceramah beliau di Malaysia, beliau sering menegaskan adalah
merbahaya menjalinkan hubungan ekonomi dengan China. Sekarang beliau
menyokong projek OBOR yang mana Malaysia terlibat di dalamnya?
Di Jepun Mahathir memuji negara China pula sedangkan di Malaysia, Mahathir menuduh Malaysia menjual kedaulatan kepada China dalam banyak projek pelaburan negara tersebut di negara ini, termasuklah Bandar Malaysia, pembelian saham Proton oleh Geely, projek ECRL, lawatan Perdana Menteri ke China dan Forest City .
Di Jepun Mahathir memuji negara China pula sedangkan di Malaysia, Mahathir menuduh Malaysia menjual kedaulatan kepada China dalam banyak projek pelaburan negara tersebut di negara ini, termasuklah Bandar Malaysia, pembelian saham Proton oleh Geely, projek ECRL, lawatan Perdana Menteri ke China dan Forest City .
Yang pasti, Tun Dr Mahathir menegaskan sekali lagi beliau ingin menjadi
Perdana Menteri sekali lagi, walaupun untuk jangka masa yang pendek.
Dulu sungguh sungguh menangis kata "tak mau dah" sebab "dah lama dah".
Namun sekarang ini sungguh sungguh hendak jawatan itu balik. Tun Dr
Mahathir sudah terdesak sangat. Sanggup buat apa sahaja demi kroni dan
anak sendiri. Buat 'u turn' pun tidak mengapa janji matlamatnya
tercapai. Ibrata kata, 'the ends justify the means'. Yang tak boleh
tahan, apabila beliau berkata,
The prime minister Najib has become too powerful. I was powerful, but I didn't abuse my powers. That is why I was re-elected five times.
Ya lah Tun, yang baik, zuhud dan tidak pernah salah guna kuasa hanya Tun seorang.
Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2017/06/tun-dr-mahathir-mengalami-amnesia.html#SrQf1jheErjDIs6z.99
1 orang berkata:
Madey macam sesumpah mudah bertukar warna mengikut situasi dia berada...mungkin nyanyuk...mungkin amnesia...mungkin mind lossed...tanda2 ajal dah hamper!
Post a Comment