Syed Hamid terkejut pelantikan Isa
TAN Sri Syed Hamid Albar menganggap pelantikan bekas
Pengerusi Felda Global Ventures Holding Bhd (FGV) Tan Sri Mohd Isa Abdul
Samad sebagai pemangku Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat
(SPAD) amat mengejutkannya.
Beliau yang telah bersara daripada jawatan Pengerusi SPAD bermula 3 Jun
lalu, percaya keputusan dibuat kerajaan itu akan mencetuskan satu lagi
isu kontroversi terbaru.
"Saya rasa terkejut, sama seperti apa yang dirasai oleh semua rakyat," kata Syed Hamid kepada Sin Chew Daily.
Bagaimana pun, kata Syed Hamid, kuasa melantik Mohd Isa adalah terletak
pada tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan beliau
percaya perdana menteri telah memikir sedalam-dalamnya sebelum
mengumumkan pelantikan tersebut.
"Perdana menteri adalah seorang pemimpin politik yang berpengalaman.
Beliau sudah berkecimpung dalam dunia politik lebih daripada 40 tahun
dan sudah memegang jawatan perdana menteri selama tujuh tahun. Beliau
tentu yakin Isa adalah calon yang sesuai," jelas Syed Hamid.
Beliau tidak ingin mengulas lanjut sama ada pelantikan Mohd Isa itu
tepat atau tidak namun mendoakan beliau agar dapat menjalankan tugas
dengan baik.
Ditanya mengenai harapan terhadap Isa, Syed Hamid berkata, beliau sukar
memberikan jawapan tepat kerana Mohd Isa masih belum memulakan
tugasnya.
"Bagaimana pun SPAD telah mengeluarkan kenyataan dengan menyambut baik
pelantikan beliau. Saya harap Mohd Isa dapat memimpin SPAD dengan lebih
baik kerana SPAD telah mempunyai nama yang baik di peringkat
antarabangsa," kata Syed Hamid lagi.
Jamin barangan makanan tiada GST
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani memberi jaminan beliau
tidak akan mencadangkan kepada Kabinet untuk mengenakan cukai barangan
dan perkhidmatan (GST) ke atas 60 lagi barangan makanan.
"Saya berpendapat tidak perlu lagi menambahkan barangan untuk dikenakan
GST. Sebenarnya jumlah cukai ke atas barangan makanan adalah kecil.
Kenapa perlu memeningkan kepala rakyat. Tak payah ( kenakan GST) lah !"
kata Johari ketika memberitahu Sin Chew Daily.
Johari mengakui beliau sendiri tidak tahu-menahu keputusan Jabatan
Kastam yang memuat naik di laman web mengenai pelaksanaan cukai enam
peratus GST ke atas barangan makanan itu mulai 1 Julai
"Saya telah memberitahu Jabatan Kastam bahawa mana-mana isu berkaitan
dengan GST perlu memaklumkan kepada Kementerian Kewangan terlebih dulu
agar ia dapat dibincang dalam jemaah Kabinet. Sebarang pengenaan cukai
GST terhadap mana-mana barangan baru perlu melalui kelulusan Kabinet,"
katanya.
Tender HSR KL-Singapura makin sengit
China kini dilaporkan menerima saingan sengit dari Jepun untuk
mendapatkan tender pembinaan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR)
Kuala Lumpur-Singapura.
Menurut sebuah portal berita daripada China, iaitu Caixin.com, Jepun
dikatakan mempunyai peluang cerah untuk menepikan China yang sebelum ini
diura-ura akan dipilih oleh Kerajaan Malaysia untuk menjalankan projek
landasan sejauh 350 kilometer itu.
Kerajaan Malaysia dan Singapura dijangka memulakan kerja penilaian tender pada suku keempat tahun ini.
"Ketika ini, selain China dan Jepun, negara-negara lain yang turut
menyertai tender ini ialah Korea, Perancis dan Jerman. Namun Jepun kini
dipercayai mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan negara-negara
lain," tulis portal ini.
Antara sebab Jepun mampu mengatasi negara-negara lain, kata portal ini
lagi, ialah kualiti pembinaan landasan negara ini jauh lebih baik dan
mampu bertahan lama seperti yang terbukti di dalam negara mereka
sendiri.
Pada hujung tahun lalu, Malaysia dan Singapura menandatangani
perjanjian dua hala yang memberi laluan kepada pelaksanaan HSR Kuala
Lumpur-Singapura, dan akan mengurangkan masa perjalanan antara dua
bandar itu kepada hanya 90 minit.
Perjanjian itu meliputi aspek teknikal, keselamatan dan kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ) berhubung HSR.
Malaysia dan Singapura komited dengan tarikh akhir projek itu pada
2026. Landasan keret api itu melibatkan lapan hentian iaitu Bandar
Malaysia, Putrajaya, Seremban, Ayer Keroh, Muar, Batu Pahat, Iskandar
Puteri dan Singapura.
2 orang berkata:
ALLAH MAHA MENGETAHUI
Maaf jika lewat pasan ini saya publikasikan dan sampaikan kisah sukses saya.
saya seorang TKI DI MALAYSIA
pengen pulang ke indonesia tapi gak ada ongkos
sempat saya putus asa apalagi dengan keadaan susah
gaji suami saya itupun buat makan sehari2. sedangkan hutang banyak
kebetulan suami saya buka-buka internet Dan mendapatkan
nomor MBAH KASSENG (0853-4288-2547) katanya bisa bantu orang melunasi hutang
melalui jalan TOGEL dan dengan keadaan susah, terpaksa saya
hubungi dan minta angka bocoran Toto/malaysia
angka yang di berikan waktu itu 4D
ternyata betul-betul tembus 100% alhamdulillah dapat 269.jt Oleh Karna itu saya posting no HP MBAH KASSENG ini supaya saudarah-saudara ku di indonesia maupun di luar negri yang sangat kesulitan masalah ekonomi (kesusahan) jangan anda putus asa. Karna jalan masih panjang yang penting anda tdk malu atau takut menghubungi MBAH KASSENG. Semua akan berubah Karna kesuksesan ada pada diri kita sendiri. Yakin dan percaya bahwa itu semua akan tercapai berkat bantuan dari mbah AMIN.
MBAH KASSENG
NO: 0853-4288-2547 / +6285-342-882-547
Post a Comment