Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ORANG KELANTAN SANGAT SUKA DAP, ... KITA SOKONG HUSAM JADI EM BI DAPIG


‘Pastikan menang dulu, baru tahu siapa MB’
0
‘Pastikan menang dulu, baru tahu siapa MB’
Mohd Amar (kanan) menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak, hari ini.

KOTA BHARU- “Pastikan menang dahulu dan apabila menang, sesiapa pun boleh jadi Menteri Besar,” kata Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Beliau berkata, selepas parti tersebut menang, barulah boleh melantik siapa Menteri Besar ketika itu.

“Yang penting, pastikan menang dahulu dan Pas tidak campur tangan dia (parti itu) nak pilih siapa Menteri Besar kerana itu adalah hak parti yang menang,” katanya ketika ditemui pada Majlis Hari Raya di kediaman Ahli Parlimen Bachok, Marzuk Shaary di Gunong, hari ini.

Semalam, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menyuarakan dalam ucapan di Majlis Sambutan  Aidilfitri Parti Amanah dengan menjangkakan Pakatan Harapan menamakan Naib Presiden Amanah,  Datuk Husam Musa sebagai calon Menteri Besar Kelantan sekiranya tampuk kerusi di negeri ini bertukar tangan dalam PRU 14 nanti.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, Marzuk berkata, usaha menamakan calon dalam Pakatan Harapan itu adalah strategi politik untuk menunjukkan kabinet bayangan dalam parti.

“Selepas PRU 14 ini, saya yakin Menteri Besarnya adalah dari Pas, kerana kita yakin dengan Pas. Pas akan mempertahankan Kelantan, malah keyakinan ini pasti kerana tiada satu faktor yang besar yang boleh menjadikan negeri ini beralih tangan kepada parti lain.

“Apa yang berlaku termasuk pergolakan politik itu tidaklah sampai ke tahap boleh menjatuhkan kerajaan sedia ada dan kita yakin serta percaya, dengan perkembangan semasa kerajaan negeri, rakyat akan lebih memberi sokongan,” katanya.

Marzuk yang juga Exco Dewan Pemuda Pas Negeri berkata, krisis dalaman yang berlaku sebelum ini, pada pendapatnya ia sudah pulih dan sekarang rakyat hanya menunggu bila tibanya masa PRU14 dan memberi mandat baru kepada Pas.

7 orang berkata:

Anonymous said...

Rekod husam masa jdi exco penuh dgn projek gagal. Tak layak jdi mb. Sembang kencang tpi kosong.

Anonymous said...

Hadi akan kena serangan jantung lepas pru14

Anonymous said...

Mat yakob dah bungkus kain baju ke belum? Hussam nak duduk situ pulak. Kempunan Nik amar

Anonymous said...

Mat yaakob dah nak bungkus baju,,sbb nak jadi menteri pusat pulak. Hussam muse dah bersedia nak jadi pecacai angkut najis dap ke lps pru14 ni.?

Anonymous said...

Husam hanya layak jadi MB kelantan. Nik Amar masuk umno dan jadi Tim menteri belia dan sukan. Hadi jadi tukun.

Anonymous said...

Amat yakob bungkus baju. Husam ganti jadi mb. Amat yakob boleh tolong Hadi bawak sampan tangkap ikang belukang. Amar & abdoh tambah bini baru, bini baru cun giler. Aminnnn

Anonymous said...

Hadey bole buat part time jadi penasihat jo lo 1mdb. Pas tu bole tambah no 4.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.