SPRM akan panggil pengurusan FGV
KEPALA BATAS - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan
memanggil beberapa saksi termasuk pengurusan tertinggi Felda Global
Ventures Holdings Bhd (FGV) berhubung siasatan terhadap syarikat
berkaitan kerajaan (GLC) itu.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad berkata semua saksi
termasuk pengerusi FGV akan dipanggil dalam masa terdekat untuk
direkodkan keterangan mereka bagi membantu siasatan.
"Semalam SPRM telah mengambil dokumen-dokumen yang diperlukan dari
pejabat FGV dan sekarang pegawai saya tengah teliti serta mengkaji
(dokumen) dan melihat kepentingan untuk memanggil saksi untuk direkodkan
keterangan.
"Saksi itu tidak kira sesiapa sahaja termasuk di peringkat kepimpinan
serta pengerusi FGV tertakluk kepada dapatan daripada kajian dokumen
yang pegawai saya sedang teliti serta fakta kes," katanya kepada
pemberita pada Program Ihya Ramadan SPRM di Masjid Al Jamiul Badawi di
sini hari ini.
Beliau berkata siasatan kes akan diselesai secepat mungkin namun akan
mengambil sedikit masa sekiranya dokumen serta siasatan melibatkan pihak
di luar negara.
Dzulkifli berkata pihaknya juga menerima beberapa laporan berhubung
siasatan FGV itu, namun beliau enggan mendedahkan sama ada laporan
berkenaan dibuat membabitkan salah guna kuasa atau rasuah.
"Saya tidak boleh maklumkan siasatan kes itu menjurus kepada rasuah
atau penyelewengan kuasa kerana ia sedang disiasat dan cuma saya boleh
pastikan siasatan tersebut akan dibuat secara terperinci, profesional
serta telus," katanya.
Semalam sepasukan pegawai dan anggota SPRM mengambil masa selama lapan
jam bagi menyelesaikan urusan pengambilan dokumen di pejabat Presiden
Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Datuk Zakaria Arshad di Tingkat
45 Menara Felda di Kuala Lumpur.
Zakaria tampil di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya semalam dengan
berbekalkan beberapa dokumen berhubung FGV dan beliau dilapor memberi
keterangan kepada suruhanjaya itu antaranya mengenai isu tunggakan
bayaran syarikat Safitex kepada anak syarikat FGV iaitu Delima Oil
Products.
Selasa lepas Zakaria dan tiga lagi pegawai pengurusan kanan FGV dan
anak syarikatnya diarahkan bercuti berkuat kuasa serta-merta.
Tiga pegawai kanan itu ialah Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan FGV, Ahmad
Tifli Mohd Talha, Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products Sdn Bhd,
Kamarzaman Karim dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading, Ahmad Salman
Omar. - Bernama
9 orang berkata:
Aku tak setuju idris jala dilantik sebagai pihak bebas utk pantau kemelut, sepatutnya najib lantik lebai hadi, dia boleh rujuk kitab fiqh utk selesaikan isu tu. Lagipun dia nelayan, dia pandai uruskan hal berkaitan pertanian. Tak gitu?
Sebagai bekas ahli pas kelantan yg bersifat totok, saya amat menyokong cadangan sedara. Saya nak sangat lihat fgv di bawah kepimpinan Hadi dapat memajukan penternakan keldai, unta, sotong, ikang belukang dan biawak. Dia jugak dapat memajukan ternakan barua dan berbagai jenis haiwan kaki empat.
Bagi Kat mat yakob la. Dia bole tanam durian kunyit dalam ladang kelapa sawit FGV.
Pru14 dah dekat sangat ler turrr. Ehemmm
Hebat mazlan aliman ahli Amanah bertindak. Nak harap pas, jgn haraplah.....jadi tukun tiruan aje laaa.
KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [8470] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 790 JUTA , wassalam.
nk hrp lobai???? tambah koleksi bini & kereta Mewah boleh le... nk bela rakyat??? hampeh..$@%44%*&$$2°√|€¶<×÷°°^_÷€°_=gycfd&6^^€|€^^.. hujjah ahli lobai bila isu +bini + keta mewah pimpinan tertinggi lobai.... biarlah.. duit depe....ikut suka depa la nk tambah bini ke..kereta ka... ayat aku... duit depa!!!!!! kt masjid aku ostad2 lobai 24jam kutip derma... keta besaq.. bini byk...tgk mewah... muka tak tau malu ke??? Pakcik Umno yg naik kapcai c70 pun x pernah minta derma kt masjid.... kutip derma kata derma jihad... kahhh kahhh kahhhh .... derma jihad... memang jual agama...
bagi kt nik amar la...
ade Tanjak jadi ceo..
keta besar dh...
Rekod Cermelang Urus Balak Kelantan....tip top...
Rakyat Kelantan pun suka sangat bila musim tengkujuh... Dia akan bancuh Teh Tarik percuma dari Sungai Hulu Kelantan sampai KB... x payah berebut ambik.. Air Teh Tarik nik amar akn dijamin sampai hingga ke dalam rumah rakyat..
Sprm pun ambik rasuah..
kahhhh...
kahhhhh....
kahhhhhhh.....
Post a Comment