Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS BERTANDING 30 DARI 59 KERUSI DUN PERAK


Pas Perak jangka tanding 30 kerusi Dun pada PRU14
Razman Zakaria
Razman Zakaria
IPOH - Pas Perak menjangka bertanding sekurang-kurangnya di 30 kerusi Dun di seluruh negeri pada PRU14 yang dijangka berlangsung tidak lama lagi.

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, perkara itu telah dibincangkan di peringkat parti dengan memfokuskan kepada kerusi Dun yang mempunyai bilangan majoriti pengundi berbangsa Melayu.

"Di Perak ada 59 kerusi Dun yang mana kalau kita nak memerintah sekurang-kurangnya perlu tandingi 30 kerusi atau lebih.

"Kita takkan bertanding di bawah jumlah itu kerana kita nak memerintah dan fokus kita lebih kepada kerusi Dun yang mempunyai lebih 60 peratus pengundi Melayu," katanya kepada pemberita selepas Iftar Perdana Pas Perak di sini, hari ini.

Beliau berkata walaupun tindakan itu akan memungkinkan berlaku pertandingan tiga penjuru di beberapa kerusi Dun yang ditandingi, namun ia bukan satu halangan untuk Pas melakar kejutan.

Razman berkata dengan sokongan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan 150 badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membentuk Gagasan Sejahtera, pihaknya percaya parti mampu menambah kekuatan untuk menghadapi PRU14 khususnya di Perak.

"Kita tak kisah, datang tiga, empat atau lima penjuru pun kita akan tetap bertanding dan kita telah buktikan semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kuala Kangsar serta Sungai Besar yang berlangsung tidak lama dulu," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Perak, Muhammad Ismi Mat Taib berkata, Pas akan terus komited dengan perjuangan yang dibawa bersama Gagasan Sejahtera selain optimis tidak akan membentuk kerjasama politik bersama Pakatan Harapan.

Katanya perkara itu jelas memandangkan kebanyakan daripada pemimpin yang berada dalam Pakatan Harapan pada ketika ini merupakan antara individu yang pernah mengkhianati perjuangan Pas.

"Mana mungkin kita nak bekerjasama dengan mereka dan kalau kita lihat rata-rata daripada pimpinan mereka merupakan antara individu yang banyak melontarkan fitnah kepada Pas," katanya. – Bernama

7 orang berkata:

Anonymous said...

30 mana cukup, tanding semua 59 kerusi, tanding 30 menang 5 nak memerintah apa? tanding 59 menang 15 join bn 15 baru boleh memerintah

Anonymous said...

yang kalah saman fitnah dialah yang buat fitnah, itupun tak ingat ke?????macam mana nak jadi pemimpin????

Anonymous said...

dia ni x tau pe2.dia ni org baik..ilmu politik dia zero...x mrh dia.. dia ni org bendul... menang pj pun sb menantu Tn Presideng je... Kalau menantu dia jadi pj nampak sgt.. so diaorg cari org bendul yg jadi senang dicontrol.... mcm kt selangor.. pj x de kuasa pe2... ding ayang le yg control.....

Anonymous said...

setuju bro.... tanding semua.. Ps Perak skrg kuat..Ahli bertambah.. Caw bertambah.. Org umno yg masuk Ps pun ramai... Pengundi DAP yg sokong Ps pun ramai.... tambah pula bakal MB perak pun hebbat!!!!!!! bukan mamat diatas la..mamat diatas taw pe??? ckp pun pelat..kes kt mahkamah pun byk..dok asyik fitnah org je
fakta x de pun..mamat diatas cuma dijadikan kambeng hitam je... calonnya adalah menantu Tuan Presideng la....

Anonymous said...

kambeng hitam...
dia je x sedar....kesian..
kami ahli bwh boleh nampak...

Unknown said...

Akhirnya impian saya tercapai untuk pulang ke indonesia,terima kasih MBAH SERO atas bantuannya,saya bisa berkumpul kembali dengan keluarga,karna melalui jalan togel sekarang saya bisa sukses,ini semua berkat bantuan MBAH SERO yang memberikan angka 4d bocoran singapura,alhamdulillah dapat 250 juta,saya sangat bersyukur kebun orang tua yang dulunya di gadai buat biaya saya untuk berangkat kesingapura,kini sudah saya tebus kembali,tanpa bantuan beliau mungkin belum bisa saya pulang kampung,terima kasih banyak MBAH SERO jasa-jasamu tidak akan saya lupakan,bagi saudarah2 di indo maupun di luar negeri butuh bantuan,apalagi yang terlilit hutang silahkan tlpn atau sms di nomor 082 370 357 999 atas nama MBAH SERO,beliau seorang paranormal yang bisa di percaya,karna sudah memberkan hasil,ingat kesempatan tidak akan datang untuk kedua kali,jadi giliran anda untuk membuktikannya,inilah kisah nyata dari saya ibu irma tki singapura.

Anonymous said...

Lobai tak payah bertanding la,,,siapa nak undinye? Kasi pan ja yg bertanding,,org cina kafir tak sabo2 lagi nak pangkah pan..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.