Pakatan Harapan macam drama Melayu: Penganalisis
SHAH ALAM - Gabungan Pakatan Harapan dilihat seperti drama Melayu yang penuh dengan plot dan penceritaan.
Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian
Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berkata,
parti gabungan pembangkang ini terlalu banyak kisah yang membuatkan
mereka terus popular.
“Mereka ada hero, heroin dan plot cerita mereka membuatkan ramai ingin tahu sama seperti drama-drama Melayu.
“Dengan semua tokoh politik yang ada bersama Pakatan Harapan, jelas
mereka keliru dasar perjuangan mereka dalam dunia politik ini,” katanya
kepada Sinar Harian Online.
Beliau berkata, sejak awal penubuhan lagi, Pakatan Harapan dilihat tidak konsisten dengan perjuangan mereka.
“Pakatan Harapan dilihat semakin sukar untuk mendapat kemenangan besar
dalam PRU14 apatah lagi membentuk kerajaan. Sejak daripada pentadbiran
Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak 1999, pembangkang tidak dapat memecahkan
tembok pemerintahan BN.
“Perkara utama yang dilihat adalah sehingga kini, mereka gagal untuk meletakkan nama calon perdana menteri.
“Pembangkang masih keliru dan tidak dapat menyenaraikan nama perdana
menteri. Ini sangat penting kerana calon inilah yang akan mentadbir
negara apabila mereka berjaya dalam PRU14 nanti,” katanya lagi.
Malah ujarnya, keputusan yang hendak diambil juga menampakkan mereka masih tidak dapat melakukannya secara sebulat suara.
“Ada yang mahu Anwar diangkat sebagai perdana menteri, namun ada juga
yang meletakkan Tun Dr Mahathir Mohamad disebabkan pengalaman dan
kecekapan beliau memacu negara suatu ketika dahulu.
“Ada juga nama-nama lain yang disebut sebagai calon perdana menteri
kerana kebanyakan pengundi mahukan ‘darah muda’ sebagai pentadbir di
mana, ia lebih peka dengan situasi semasa,” katanya.
Disebabkan ini, pengundi juga sukar membuat pilihan hanya kerana ketidaksepakatan yang ditunjukkan.
“Tidak hanya pengundi tegar mereka, malah pengundi atas pagar juga
dilihat kurang yakin dengan kemampuan pakatan harapan untuk mentadbir
negara.
“Harus diingat, pengundi hari ini lebih bijak berbanding 2013.
Melihatkan senario politik semasa dan isu-isu yang berlegar di
sekeliling, pengundi atas pagar yang jadi penentu mungkin memilih untuk
tidak mengundi,” jelasnya.
Md Shukri berkata, Pakatan Harapan masih belum bersedia untuk menjadi pembangkang, apatah lagi menjadi kerajaan.
“Duduk sebagai pembangkang sahaja mereka tidak kuat, bagaimana nak jadi
kerajaan? Dikhuatiri mereka akan jadi seperti perdana menteri Britain
Theresa May yang sukar membentuk kerajaan di atas kelemahan sendiri.
“Apa yang saya lihat, pembangkang sejak awal penubuhannya tidak dapat
dikoordinasi dengan baik. Mereka tidak ada titik fokus sebenar,”
katanya.
Jelasnya, Pakatan Harapan terus dibelenggu apabila terdapat terlalu ramai tokoh di dalamnya.
“Tokoh-tokoh pembangkang terus menjadi liabiliti. Kerana itu kita lihat
Pas tarik diri dan membentuk pakatan sendiri (masih sebagai
pembangkang),” ujarnya.
9 orang berkata:
Kikiki pak karam petik cerita umat umno yg nak umno terus kekal jajah melayu.
Pak karam dah hulur derma tabung utk lawan SR atau belum? Jgn kedekut sangat pak karam. Duit komisyen jadi agen jual nombor ekor judi haram yg pak karam dapat kan banyak, kasi laa kurang2 rm5k.
nak tanya pak karam, bila ada iklan judi pak karam dapat apa ya???????
Kangkung uum tu macai umno. Otak dia mcm amat mazlan. Objektif nak naik pangkat cepat. Kipas bole tahan.
Bila rasa dah nak karam mulalah guna prof kangkong atau pensyarah kangkong untuk pengaruhi fikiran rakyat.
Budak2 suruhan kangkong bole la dia kelentong....
Pendapat mamat ni mungkin betul. Jadi semua pemimpin dan ahli PH perlu berusaha 500% agar PH menjadi pilihan dlm pru14.
Gunting dlm lipatan wajib segera dipecat. Kepala mereka perlu dipijak dan diludah sebelum najis babi dalam otak mereka merebak.
Pengaruh Kesatuan PIGS Semalaysia juga wajib dihapuskan. PIGS yg najis ini perlu diludah dan dikahakkan. Biarlah PIGS makan dedak bercampur ludah dan kahak rakyat. Biar mereka merasa nikmatnya ludah, kahak dan kencing.
Kenapa Hadi macam tak suka je dengan DOJ? Ehemmm ehemmm
Nak bayor loyar saman SR pun kena mintak sedekoh Tim Milo. Esok kalu kalah saman mintok sedekoh tin Milo lagi.
Anak menantu kan kayoo.
شركة تسليك مجارى بالاحساء
شركة تسليك مجارى بصفوى
شركة تسليك مجارى بعنك
Post a Comment