Mohd Anas saman fitnah Muhyiddin RM10j
KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Aktivis Bersatu Negeri Sembilan, Mohd Anas
Sudin memfailkan saman fitnah sebanyak RM10 juta terhadap Presiden
Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas dakwaan memfitnahnya dalam satu
sidang media di Lobi Parlimen dua bulan lepas.
Mohd Anas selaku plaintif memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui peguamnya Hazwan Mohd Nor dengan
menamakan bekas Timbalan Perdana Menteri sebagai defendan.
Melalui penyataan tuntutan, Mohd Anas berkata, beliau telah mengadakan
satu sidang media bagi mengumumkan bahawa seramai 500 ahli Bersatu
diketuai dirinya keluar daripada parti berkenaan pada 28 Mac kerana
tidak berpuas hati terhadap kepimpinan defendan kerana mengamalkan
konsep kronisme.
Menurutnya berikutan kenyataan tersebut, defendan mengadakan satu
sidang media pada 6 April sebagai menjawab soalan wartawan berhubung
tindakan keluar parti.
"Kenyataan defendan jelas merujuk kepada plaintif dengan menuduh plaintif menjadi ahli PKR sebelum keluar dari Bersatu.
Kenyataan itu merupakan fitnah yang memalukanya secara peribadi sehingga ada menggelarnya lalang dan tupai," katanya.
Dakwa plaintif, kenyataan defendan menggambarkan dirinya pengkhianat,
tiada jati diri, tidak berprinsip, dan tiada integriti dalam Bersatu.
Selain itu, katanya tindakan defendan didorong niat jahat telah
mencetuskan kebencian umum ahli Bersatu dan mencetus kemarahan umum
hingga merendahkan taraf plaintif
Sehubungan itu, plaintif menuntut gantirugi am sebanyak RM10 juta,
gantirugi teruk, gantirugi teladan, faedah dan kos selain perintah
injunksi bagi menghalang defendan daripada menerbit atau menyiarkan
semula kenyataan fitnah tersebut.
4 orang berkata:
KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [1560] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 790 JUTA , wassalam.
Nak tanya hj Hadi la..
Dalam Islam ada tak hukum saman 10 juta ni? Tu kalau ikut pemahaman Islam hj Hadi tu haram ke tak?
Itu hukum dlm ruu.
Jgn benci org tpi persenda hukum Islam.
Post a Comment