Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PUNCANYA ADA DIDALAM AL QURAN


BILA KAMU TAHU MENGURUT BELAKANG ORANG ARAB, KAMU AKAN SENANG TINGGAL DENGAN MEREKA.
JIKA KAMU MEMPUNYAI KEKUATAN YANG TIDAK ADA PADA ORANG ARAB, MAKA KAMU BOLEH MAIN BELAKANG MEREKA.
BILA KAMU ADA APA YANG ORANG ARAB TIDAK ADA MAKA KAMU BOLEH TUDING JARI KEMUDIAN ORANG ARAB AKAN MELUTUT DENGAN KAMU
-Pak Karamu-
Kemelut baharu Timur Tengah


Kemelut baharu Timur Tengah


IA adalah krisis politik terbesar yang melanda Timur Tengah sejak Perang Teluk pada 1991.

Pada Isnin lalu, beberapa negara kuasa Arab terbesar memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar, sebuah negara kecil yang kaya gas dan minyak kerana didakwa menyokong ekstremisme.

Langkah dramatik secara tiba-tiba oleh tiga negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) itu diambil beberapa tahun selepas ketegangan tercetus antara Doha dan negara jiran di rantau Teluk, terutamanya Arab Saudi.

Ia berlaku tidak sampai sebulan selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengadakan lawatan ke Riyadh.

Perselisihan itu juga menyaksikan sembilan negara, Saudi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Libya, Bahrain, Mesir, Yaman, Maldives, Mauritius dan Mauritania mengambil langkah pembekuan diplomatik tersebut yang tidak pernah berlaku sebelum ini, sekali gus menutup laluan darat, udara serta udara hingga memberi kesan besar kepada syarikat penerbangan Doha.

Rakyat Qatar turut terkesan kerana mereka diberi tempoh 14 hari bermula Selasa lalu untuk meninggalkan Riyadh, Abu Dhabi dan Manama, manakala warga negara terbabit dilarang memasuki Doha.

Setiausaha Agung PBB, Antoni Guterres berkata, beliau amat bimbang dengan situasi tersebut dan menawarkan sokongan untuk menyelesaikan kes itu melalui saluran diplomatik.

Sejak sekian lama, Qatar mengamalkan dasar luar yang bercita-cita tinggi dengan keutamaan berbeza terhadap jirannya.

Tetapi, isu utama yang mencetuskan kemarahan beberapa negara Arab adalah berkaitan sokongan Doha terhadap beberapa pertubuhan yang sebahagiannya disokong Iran termasuk gerakan Ikhwanul Muslimin yang diisytiharkan sebagai kumpulan pengganas di Timur Tengah.

Konflik tersebut menjadi semakin tegang selepas insiden penggodaman ke atas agensi berita rasmi negara itu yang didakwa menyebarkan berita palsu memetik kenyataan Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al Thani  mengecam permusuhan Washington terhadap Teheran yang digelar sebagai ‘kuasa besar dalam menstabilkan rantau Arab’.  

Tidak lama selepas kejadian itu, agensi berita Qatar mengesahkan laman web dan akaun Twitter milik mereka digodam entiti tidak diketahui yang bertanggungjawab menerbitkan kenyataan palsu terbabit.

Riyadh, Abu Dhabi dan Kaherah bagaimanapun mengambil langkah menyekat agensi berita al-Jazeera serta platform digital lain.

Bakal tuan rumah Piala Dunia 2022 itu mendakwa ia menjadi mangsa kempen penipuan media yang bertujuan untuk meletakkan Doha di bawah kawalan politik.

Di tengah-tengah ketegangan semakin memuncak, Kuwait menawarkan bantuan untuk menjadi pengantara bagi menyelesaikan isu itu.

Turki juga mezahirkan sokongan penuh terhadap Qatar selain menyatakan komitmen untuk mencari jalan penyelesaian terhadap krisis itu.

Beberapa hari selepas embargo tersebut dikuatkuasakan, Parlimen Ankara turut meluluskan penghantaran ribuan tentera ke Doha.

Beberapa negara Barat termasuk Perancis dan Jerman juga menggesa agar menggunakan penyelesaian diplomatik terhadap kemelut itu.

Timbalan Pengarah Pusat ANU untuk Pengajian Arab dan Islam, Prof James Piscatori berkata, keputusan untuk memutuskan hubungan diplomatik itu mungkin kerana kebimbangan terhadap pengaruh Qatar yang semakin meningkat.

“Sama ada kenyataan itu palsu atau tidak bukan menjadi persoalan utama. Ia seperti sudah dirancang kerana sesuatu telah berlaku selama hampir sebulan dan Doha terus menjadi mangsa kritikan di rantau itu.

‘Hubungan di Timur Tengah mungkin berubah disebabkan konflik berlarutan di Syria dan kewujudan Daesh,” katanya.

Jelasnya, emel yang dibocorkan baru-baru ini jelas menunjukkan terdapat kempen untuk menurunkan taraf Qatar dan kuasa serantau serta global.

Beri impak pada ekonomi penerbangan

Etihad Airways dan Emirates bertindak menggantung kesemua penerbangan ke dan dari Doha bermula pagi Selasa lalu.

Syarikat penerbangan tambang murah, FlyDubai dan Air Arabia juga membatalkan laluan ke Doha.

Langkah itu dibuat selepas Arab Saudi, UAE, Bahrain dan Mesir memutuskan untuk menghentikan penerbangan keluar dan masuk dari Qatar serta menutup laluan udara terhadap Qatar Airways.

Keputusan itu akan memberi kesan kepada puluhan penerbangan sehari ke Dubai, Abu Dhabi, Riyadh dan Kaherah.

Ia juga melibatkan masalah besar yang mana pesawat terpaksa mengubah laluan penerbangan dan mungkin mengambil masa lebih lama.

Qatar Airways dikenali sebagai hab syarikat penerbangan menghubungkan Asia dan Eropah melalui Doha.

“Jika perjalanan ke Eropah yang biasanya ambil masa enam jam mungkin jadi lapan atau sembilan jam kerana pesawat kini terpaksa menukar laluan,” kata Pengarah di Firma Penasihat Cornerstone Global, Ghanem Nuseibeh.

Jika sekatan itu berterusan, hasil Qatar Airways dijangka boleh jatuh hingga 30 peratus.

Bekalan makanan

Qatar dihubungkan oleh satu-satunya jalan darat melalui sempadan Arab Saudi dan setiap hari, ratusan lori merentasi sempadan membawa pelbagai bekalan termasuk makanan.

Kira-kira 40 peratus daripada bekalan makanan di Doha dipercayai dihantar dari laluan tersebut. Keputusan Riyadh menutup laluan itu akan menyebabkan Qatar terpaksa bergantung dengan pengangkutan udara dan laut.

“Situasi ini akan mengakibatkan inflasi yang secara langsung memberi kesan kepada penduduk negara itu.

“Jika keadaan semakin terdesak, kita akan menyaksikan rakyat meningkatkan tekanan politik dan seterusnya menuntut perubahan kepimpinan,” jelas Nuseibeh.

Menurutnya lagi, kebanyakan penduduk miskin di Qatar membeli barang keperluan mereka di Riyadh kerana harganya didakwa lebih murah dan penutupan sempadan dilihat akan memberi kesan besar kepada golongan itu.

Tidak lama selepas keputusan pembekuan diplomatik itu dibuat, kebanyakan penduduk di Doha mula panik dan dilihat berpusu-pusu ke pasar raya untuk mendapatkan bekalan makanan.

Ancam industri pembinaan

Pelabuhan baharu, zon perubatan, projek metro dan lapan stadium untuk Piala Dunia 2022 adalah sebahagian daripada projek pembinaan utama yang sedang berjalan di Qatar.

Bahan binaan utama termasuk konkrit dan keluli dihantar melalui kapal dan juga laluan darat dari Saudi.

Penutupan sempadan dilihat akan menaikkan harga dan menyebabkan kelewatan berikutan kekurangan bahan binaan telah mengancam industri pembinaan di negara itu.

Pakar Negara Teluk di Institut Baker berpusat di AS, Kristian Ulrichsen berkata, penutupan panjang ruang udara dan laluan sempadan akan menyebabkan ‘malapetaka’ pada garis masa penghantaran bahan binaan untuk Piala Dunia 2022.

Dalam tempoh jangka masa pendek, Qatar mungkin boleh bertahan dengan langkah boikot itu kerana ia menjalinkan hubungan yang baik dengan negara Eropah dan Asia melalui eksport sejumlah besar gas.

Bursa Saham Qatar juga menjunam hampir sembilan peratus minggu ini, selepas krisis diplomatik itu tercetus.

Tidak jejas eksport LNG, minyak Felow di Brookings Doha Center dan Universiti Qatar, Luiz Pinto berkata eksport gas asli cecair (LNG) dan minyak dari Qatar tidak akan terjejas melainkan krisis tersebut berada pada peringkat prapeperangan.

“Keupayaan Doha menggunakan laluan alternatif dan mencari pembekal baharu akan menentukan kesan inflasi krisis. Kapal dan tangki LNG masih mempunyai akses ke perairan Iran serta Oman. 

Walaupun Muscat mungkin menyertai embargo itu, kapal dari Doha masih boleh melalui Selat Hormuz melalui sektor Teheran,” jelasnya.

Menurutnya, Qatar berkemungkinan masih ada akses ke Terusan Suez, membolehkan eksport ke Eropah dan membekalkan gas ke UAE melalui saluran paip Dolphin yang menghubungkan telaga minyak dan gas, North Field dengan UAE dan Oman.

“Jika perang tercetus, Doha yang membekalkan lebih 25 peratus penggunaan gas asli di Abu Dhabi juga boleh memotong eksport gas asli melalui saluran paip Dolphin, sekali gus mewujudkan masalah yang besar ke atas negara itu,” katanya.

Angkara penggodam Rusia?

Penyiasat AS percayai penggodam Rusia menanam berita palsu yang mencetuskan krisis politik di Timur Tengah. Biro Siasatan Persekutuan (FBI) menghantar kumpulan penyiasat, bantu kerajaan Qatar menyiasat.

Sejak beberapa bulan lalu, aktiviti serangan siber Moscow termasuk penggunaan berita palsu meningkat di tengah-tengah pilihan raya di Perancis, Jerman dan negara lain yang bertujuan memecah belahkan AS serta sekutunya.

Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman al-Thani memberitahu FBI, mengesahkan insiden penggodaman itu.

“Keseluruhan krisis ini adalah berpunca daripada maklumat yang salah. Ia wajar diselesaikan menerusi sesi dialog,”ujarnya.

Garis masa hubungan GCC dengan Qatar

3 September 1971 – Qatar mencapai kemerdekaan dari Britain dan antara anggota awal Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (Opec) dan ahli pengasas Majlis Kerjasama Teluk (GCC).

27 Jun 1995 – Sheikh Hamad Khalifa menggulingkan bapanya untuk menjadi Emir Qatar.

1 November 1996 – Stesen TV satelit al-Jazeera dilancarkan sebagai saluran bebas dan dibiayai Emir.
Mac 2001 –Isu pertikaian sempadan antara Arab Saudi dan Bahrain diselesaikan.

September 2007 – Qatar dan UAE menjadi dua pemegang saham terbesar di Bursa Saham London, bursa saham ketiga terbesar di dunia.

Disember 2008 – Riyadh dan Doha capai persetujuan dengan garisan akhir persempadanan dan sepakat tingkat kerjasama selepas hubungan diplomatik pulih

Januari 2011 – Arab Spring melanda beberapa negara Timur Tengah, Emir Shaikh Hamad menyatakan Doha menyokong revolusi kebangkitan rakyat itu.

24 Jun 2013 – Shaikh Hamad serah kuasa kepada Putera Mahkota Tamim.

4 Mac 2014 – UAE, Bahrain, Arab Saudi panggil pulang duta dari Qatar sebagai tanda protes terhadap ketidakpatuhan Doha tentang perjanjian dimeterai November 2013.

16 November 2014 – Abu Dhabi, Manama dan Riyadh setuju hantar semula duta ke Doha, sekali gus menamatkan kemelut.

25 Mac 2015 – Qatar dan empat negara anggota GCC sertai gabungan Arab diketuai Riyadh untuk kembalikan kerajaan sah digulingkan pemberontak Houthi disokong Iran.

24 Mei 2017 – Media tempatan mengeluarkan kenyataan Emir Qatar pertahan Hamas dan Hizbullah serta mengecam pihak memusuhi Iran. Doha dakwa agensi berita digodam dan ia adalah berita palsu.

25 Mei 2017 – Menteri Luar Qatar, Shaikh Mohammed Abdul Rahman al-Thani dakwa Doha jadi mangsa kempen penipuan media.

26 Mei 2017– Menteri Luar Kuwait bertemu pemerintah Qatar, bincang langkah redakan ketegangan tercetus dengan negara Teluk.

28 Mei 2017 – Menteri Hal Ehwal Luar UAE, Anwar Gargash dakwa negara Teluk bakal berdepan krisis baharu, gesa Qatar mengubah sikap.

3 Jun 2017 – Akaun Twitter Menteri Luar Bahrain, Khalid Ahmad al-Khalifa digodam dan didakwa didalangi serangan siber Qatar.

5 Jun 2017 – UAE, Bahrain dan Arab Saudi putuskan hubungan diplomatik dengan Qatar.

5 orang berkata:

Ky darsa said...

KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [4498] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 790 JUTA , wassalam.

Anonymous said...

KEPADA YANG KERAP IKLANKAN IKLAN JUDI, ADAKAH KAMU SEMUA BERUGAMA ISLAM?????KALAU KAMU SEMUA BERUGAMA ISLAM, TIDAK KAH KAMU TAHU JUDI ITU HARAM????DARI GAYA BAHASA TULISAN KAMU KAMU SEMUA NI KELIHATAN SEPERTI ORANG INDONESIA, ADAKAH DITEMPAT KAMU SEMUA JUDI ITU DIHALALKAN????KAMU SEMUA PERCAYA KEPADA AKI EMBAH DLL BUKAN PERCAYA KEPADA ALLAH, ALLAH MENEGAH DARI MENGAMALKAN JUDI TAPI KAMU SIAP TULIS INSYAALLAH LAGI, JIKA KAMU SEMUA BERUGAMA ISLAM BERTAUBATLAH SEBELUM AJAL KAMU SAMPAI, HENTIKAN IKLAN JUDI

Anonymous said...

Anon 8.18,
jgn la marah2 dgn iklan judi tu. itu kawan pak karam laa. pak karam tolong promote, boleh la dapat komisen.

Anonymous said...

Pakkaram ni pula pujaan Powertrain.

Anonymous said...

Tak faham. Kenapa pak karamu asyik dok siarkan yg seolah mempersendakan Allah dari seorang yg mengucap t/kadih kpd AKI kerana dia menang nombor.
Adakah kerana post tu berupa iklan yg berbayar?

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.