DUNIA MULA BERGOLAK
-Pak Karamu-
Kenapa Arab musuhi Hamas, Ikhwan lebih dari Israel?
“MUSUH Israel ialah musuh Amerika, manakala musuh Amerika ialah musuh Arab – Tetapi Arab pula bukanlah sahabat Israel”
Mengapa Hamas dan Ikhwan Muslimin lebih dimusuhi sebahagian negara Arab berbanding Israel?
Mengapa Qatar yang melindungi dan membantu kedua-dua gerakan ini ditekan sebegitu hebat sekali?
Sedangkan Israel lebih dahsyat ancamannya pada waktu ini dengan menduduki tanah Palestin secara haram dan besar-besaran?
Ada tiga jawapan yang saling berkait iaitu: menjaga hubungan dengan
Amerika yang memberi pulangan ‘petroDollar’ kepada negara Arab;
memelihara proksi Arab Saudi di Timur Tengah; dan menyekat potensi
pesaing kepada kepimpinan Arab Saudi pada masa hadapan.
Krisis Qatar memasuki episod baru apabila Arab Saudi memberi amaran
agar Qatar segera memutuskan hubungan dengan Hamas dan Ikhwan Muslimin.
Sama sekali bukan rahsia bahawa Hamas ialah benteng yang menghalang Palestin daripada dijajah Israel sejak sekian lama.
Ikhwan Muslimin pula bukan sekadar pernah membantu perkembangan
pendidikan di dunia Arab yang dahulu dibelenggu buta huruf yang
kritikal, tetapi juga dalam sektor perniagaan, kesihatan dan
kesukarelawanan.
Ikhwan Muslimin mempunyai sejarah panjang yang cukup berpengaruh dalam peta dunia Arab hari ini.
Malah Hamas di Palestin sebenarnya ialah cawangan Ikhwan Muslimin yang ditubuhkan oleh As-Syahid Sheikh Ahmed Yassin.
Membezakan Ikhwan Muslimin dengan gerakan politik lain ialah doktrin
fundamentalnya dengan Islam, termasuklah berkenaan menolak hegemoni
Amerika Syarikat dan penjajahan Zionis.
Sebaliknya raja-raja negara Arab memerlukan sistem petrodollar Amerika
di mana hasil petroleum mereka yang dilaburkan dalam mata wang Dollar
memberi pulangan yang jauh lebih besar berbanding melabur atau
menggunakan hasil minyak dalam negara mereka semata-mata.
Berkembangnya pengaruh Ikhwan dalam negara mereka bakal menjejaskan
pulangan lumayan petroleum mereka ini bila mana legitimasi politik
mereka terhakis lalu menjejaskan hubungan dengan Washington.
Umum mengetahui bahawa Washington dipengaruhi kuat para pelobi
pro-Israel lantas jika negara Arab ini memberi pengiktirafan kepada
Hamas dan Ikhwan yang dianggap sebagai ‘pengganas’ oleh Israel dan
Amerika, maka pendapatan lumayan mereka bakal terjejas.
Perlu diketahui pendapatan ini bukan hanya menampung pentadbiran negara
mereka, tetapi juga membiayai ‘survival’ atau kelangsungan rejim
monarki yang digasak hebat arus pendemokrasian.
Kedua-dua gerakan Hamas dan Ikhwan juga mencabar secara langsung sekutu
atau proksi Arab Saudi di dua kawasan berpengaruh iaitu rejim Al-Sisi
Mesir dan autoriti Palestin pimpinan Fatah yang direstui Arab Saudi.
Mesir ialah sekutu penting bagi Arab Saudi kerana bukan sahaja jumlah
populasinya yang besar, tetapi juga kerana lokasi strategiknya, di
samping saiz angkatan tentera kedua terbesar dalam kalangan negara Islam
selepas Turki.
Maka apabila Al-Sisi menghapuskan dasar bantuan Mesir kepada Hamas
Palestin seperti mana yang dilaksanakan di era Morsi, ia memberi isyarat
yang positif untuk bersekutu dengan Arab Saudi yang menjaga kepentingan
hubungan baik dengan Amerika, iaitu sekutu Israel.
Fatah pula lebih mudah untuk menjadi pelaksana agenda Arab Saudi di
Palestin berbanding Hamas, terutama sekali apabila melibatkan rundingan
dengan Israel.
Hal ini dipengaruhi keengganan Hamas untuk berunding sama sekali dengan
Israel selagi mana penjajahan dan pendudukan haram Yahudi di tanah
Palestin berleluasa.
Sebaliknya pendekatan lunak Fatah bakal memberi laba imej ‘positif’
Arab Saudi di mata Washington – disamping memelihara reputasinya sebagai
pemimpin dunia Islam, meskipun rundingan demi rundingan terbukti kurang
berhasil tanpa langkah ofensif.
Lingkungan pengaruh Ikhwan yang luas di Qatar, Mesir, dan negara-negara
Arab lain turut dianggap sebagai ancaman strategik jangka panjang buat
rejim monarki.
Ikhwan bukan semata-mata gerakan politik, tetapi juga ialah gerakan
profesional serta dakwah yang tersebar luas yang berupaya mengakumulasi
pengaruh dalam kalangan massa.
Maka berbeza dengan iklim politik yang agak terbendung di beberapa
negara Teluk, gerakan Ikhwan berupaya untuk bergerak secara aktif dan
meluaskan pengaruh dalam sistem berasaskan demokrasi.
Maka jika Turki pada hari ini yang mesra Ikhwan sahaja sudah berupaya
untuk menyaingi hegemoni Arab Saudi dalam Dunia Islam, tentu sekali jika
lebih banyak negara lain berjaya dikuasai Ikhwan maka pengaruh dan
kepimpinan Arab Saudi akan lebih terpinggir.
Lihat sahaja respon Arab Saudi dan sekutunya setiap kali gerakan
Islamis dan Ikhwan berjaya selepas memenangi pilihan raya di mana-mana
negara, sama ada di Mesir, Turki, Algeria, mahu pun di Palestin sendiri.
Ringkasnya, “Musuh Israel ialah musuh Amerika, manakala musuh Amerika
ialah musuh Arab – Tetapi Arab pula bukanlah sahabat Israel”.
Soalnya kini, selama manakah hubungan status quo segi tiga secara tidak
langsung antara Arab Saudi, Amerika Syarikat, dengan Israel ini akan
berkekalan?
Oleh: Abdul Muein Abadi
Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
2 orang berkata:
Arab? Kat asia barat yang berfahaman ahli sunah hanya 16 % je. Shia hampir 70-80%.
Yang ramai berfahaman ahli sunnah di dunia ialah di asia timur India, Pakistan,Bangladesh dan Nusantara.
Pelik?
zzzzz2018.5.17
nike huarache
snapbacks wholesale
louboutin shoes
ralph lauren outlet
coach outlet
pandora charms outlet
pandora jewelry
air jordan uk
fitflops
giuseppe zanotti
Post a Comment