Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

YANG SELALU MENYALAK KENALAH MEMBUAT LAPORAN


 JIKA BANK NEGARAPUN TAK DE KUASA
APAKAH DAPAT DIHARAPKAN
KEPADA SPRAM ?


-Pak Karamu-
 
 
 
1MDB: Rakyat disaran lapor SPRM
1MDB: Rakyat disaran lapor SPRM

SHAH ALAM - Rakyat Malaysia digalakkan untuk melaporkan salah laku dan penyelewengan jenayah penggubahan wang haram 1MDB kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata, ‘keberanian’ rakyat negara ini melaporkan salah laku rasuah 1MDB akan “membantu SPRM merealisasikan revolusi anti-rasuah dalam memastikan negara bebas dari rasuah dan salah guna kuasa dalam tempoh tiga tahun menjelang 2020.”

Beliau berkata demikian sebagai mengulas seruan itu selaras dengan pengumuman Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad yang menggalakkan orang ramai supaya ‘berani’ tampil ke hadapan melaporkan salah laku rasuah kepada agensi tersebut.

Kata Dzulkifli, orang ramai boleh memfailkan aduan terhadap rasuah, penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram oleh 1MDB dengan menelefon nombor bebas tol 1800-88-6000.

“Bagaimanapun, persoalan terbesarnya ialah, adakah SPRM sebagai orang biasa ‘berani’ untuk menyiasat Malaysian Official 1 (MO1) dan isterinya, begitu juga menyiasat pegawai-pegawai 1MDB seperti Jho Low dan yang terlibat atas jenayah yang telah dilakukan mereka kepada negara?” soal Tony seperti yang disiarkan Sin Chew Daily.

Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan itu berkata, pendedahan terkini saman sivil Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat minggu lalu menyebabkan rakyat Malaysia marah dan terkejut.

Dalam tindakan terbaru DoJ itu, ia mendakwa sebanyak AS$4.5 bilion telah dicuri dan diselewengkan dari dana pelaburan 1MDB dan sedang berusaha untuk merampas aset bernilai AS$1.7 bilion.

Wang yang telah diselewengkan itu antara lain digunakan untuk membeli sebuah kapal layar, perniagaan pusat kecergasan, lukisan mewah, barangan kemas dan berlian.
 

2 orang berkata:

Anonymous said...

Pak karam baru bangun tido ke? Mmg dah byk laporan polis dibuat tentang salahlaku 1mdb.

Hadi pun byk jugak keluarkan nas dan dalil untuk halalkan najib dan 1mdb, maklumla dah tumpang sekaki rm90juta.

Anonymous said...

Dulu BN saja sokong 1mdb. Skrg tambah satu lagi, Pas.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.