LAAA, BARU TAHU KE ?
KAN KE PAN TU DIDALAM KANDUNGAN DAP ?
TU SEBAB DIA IKUT SISTEM DAP,
NAK NAFIKAN ???
SEBAB ITU LA JUGA KIT SIANG BERANI SYOR
HUSAN JADI EM BI, TU TUNJUK ABANG LONG TU !
BERANI LAWAN ?
USTAZ DALAM PAN ? ERMM ....
TAK LAMA LAGI DEPA TUKAQ LA JADI CIKGU LAK !
MACAM TUKAQ MUSLIMAT KE WANITA PAN !
-Pak Karamu-
Amanah lebih mirip kepada DAP
SHAH ALAM - Ketua Penerangan Umno Selangor, Datuk Zein Isma Ismail mendakwa Parti Amanah Negara (Amanah) lebih mirip kepada DAP dan jauh menyimpang dari acuan Pas.
Katanya, walaupun pemimpin Amanah pernah bersama Pas suatu ketika dahulu, namun pengaruh DAP ternyata lebih kuat dalam parti berkenaan.
“Sebagai contoh, mengikut perlembagaan Pas, pemegang jawatan tertinggi dalam Pas iaitu presiden, timbalan presiden, tiga naib presiden dan 18 ahli jawatankuasa kerja hendaklah dipilih dalam Muktamar Tahunan Pas setiap dua tahun sekali.
“Mengikut perlembagaan DAP pula, pemegang tertinggi iaitu pengerusi, timbalan pengerusi, lima naib pengerusi, setiausaha agung dan bendahari hendaklah dilantik oleh 20 Ahli Jawatankuasa Tertingg parti dalam Kongres Kebangsaan DAP setiap tiga tahun.
"Ternyata jawatan tertinggi Amanah dipilih mengikut kaedah seperti DAP iaitu 25 Ahli Jawatankuasa Tertinggi dalam Kongres Kebangsaan setiap tiga tahun melantik presiden, timbalan dan tiga naib presiden,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Justeru beliau menimbulkan persoalan adakah Amanah layak diberikan kepercayaan memartabatkan Islam di negera ini.
“Perlembagaan DAP jelas bertentangan dengan syariat Islam. Apakah Amanah bersama rakan dalam Pakatan Harapan mampu menghalang agenda besar DAP untuk mensakularkan negara ini?
“DAP ibarat abang sulong dalam Pakatan Harapan. Adik -adik yang masih baru, muda dan tidak kuat, pastinya perlu dibantu oleh abang long. Jika abang long yang membiayai kewangan adik, apakah adik berani melawan kehendak abang long?”solanya.
Menurutnya, merujuk Fasal dua Perlembagaan DAP, matlamat perjuangan parti itu adalah mengiktiraf kebebasan beragama sebagai hak asasi yang merangkumi kebebasan pelbagai agama daripada diancam oleh undang-undang yang bersifat menindas dan akta-akta berunsur diskriminasi.
“Hakikatnya, kerana itu DAP menentang keras pindaan Akta 355, kerana itu DAP menyokong kebebasan beragama dan mahukan hak supaya orang Islam juga bebas menukar agama. Sebab itu mereka menolak cadangan untuk memperkasakan kedudukan mahkamah syariah di Selangor,” katanya.
Beliau berkata, meskipun Perlembagaan DAP bertentangan dengan Islam, masih ada mereka yang bergelar ustaz dalam Amanah dan PKR terus menyokong dan bersengkokol.
“Apakah ada perjuangan lebih mulia darjatnya dari menjaga kesucian agama dan memartabatkan kedudukan Islam paling tinggi tidak ada yang lebih tinggi dari Islam?,”soalnya.
6 orang berkata:
Muka bengkak sebab banyak makan dedak
Dagu 2 perut buncit
Ada lagi ke org dengan umno - rakan karib cina komunis tanah besar
Dagu bengkak pun tak ape,,tak di sabitkan khalwat dgn bini kawan sendiri mcm mat sabu tu...
Marah sgt dgn bini kau ke?
Sudah berkali-kali saya mencari tempat yang menyediakan pesugihan,mungkin lebih dari 15 kali saya mencari paranormal mulai dari daerah jawa garut,sukabumi, cirebon, semarang, hingga pernah sampai ke bali ,namun tidak satupun berhasil, niat mendapat uang dengan jalan pintas namun yang ada malah kehabisan uang hingga puluhan juta, suatu hari saya sedang iseng buka-buka internet dan menemukan website dari MBAH BUDI HARTONO, sebenarnya saya ragu-ragu jangan sampai sama dengan yang lainnya tidak ada hasil juga, saya coba konsultasikan dan bertanya meminta petunjuk pesugihan apa yang bagus dan cepat untuk saya, nasehatnya pada saya hanya disuruh yakin dan melaksanakan apa yang di sampaikan Mbah Budi Hartono, semua petunjuk saya ikuti dan hanya 1 hari alhamdulilah akhirnya MBAH BUDI HARTONO membantu saya pesugihan dana gaib 3M yang saya tunggu-tunggu tidak mengecewakan, yang di janjikan cair keesokan harinya, kini saya sudah melunasi hutang-hutang saya dan saat ini saya sudah memiliki usaha sendiri di palembang, setiap kali ada teman saya yang mengeluhkan nasibnya, saya sering menyarankan untuk menghubungi MBAH BUDI HARTONO di 085256077899 atau kunjungi wibsitenya agar lebih di mengerti KLIK PESUGIHAN DANA GAIB DISINI tidak lansung datang ke jawa juga bisa, saya sendiri dulu hanya berkonsultasi jarak jauh. alhamdulillah hasilnya sama baik
Dengan isteri siapapun tak boleh berkhalwat. Bukan dgn isteri org ka, isteri anon 11.26 ka,,kerja haram mesti dihindari. Ini lah bezanya akhlaq hj hadi dan akhlaq mat sabu. Apa anon 11.26 suka agaknya mat sabu khalwat dgn isteri-isteri kawan2 dia? Alangkah gilanya puak2 pan baruah dap ni....
Post a Comment